Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Hello semua, Cik gu mengucapkan selamat hari raya untuk semua!!!

PY.. selamat hari raya. 4a, 4k, 5n & 5u selamat hari raya..

maaf sekiranya terdapat salah dan silap dari cik gu.. halalkan makan & minum & jika ada terlebih dan terkurang.

Sesungguhnya hari raya kali ini jauh berbeza dari tahun2 yang lalu kerana dia ibu ku yang tercinta telah pergi buat selamanya. Adikku Maryana juga telah pergi kerahmatullah selang 4 hari sebelum ibuku..
Betapa sepinya hati ini. Air mata ini tak pernah henti..


kasih ibu membawa ke syurga.. i love you mom!

al Fatihah...



maryatirahmani
1 syawal = 20 september
melawati

Tuesday, September 1, 2009

SEPTEMBER 1st

Hai- Hai korang.. ada 1 lagu tau zaman 1970an..

lagu zaman orang dulu2, sikit2 lirik dia;

Ku masih ingat perkenalan ku
di bulan september..
september...

HARI INI SEPTEMBER bermula percubaan SPM, STPM
Kemudian tu PMR,
Kemudian SPM & STPM
Kemudian
Peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 & Enam Rendah..

Saya mendoakan semuga korang semua dapat menempuh peperiksaan dengan senang dan beroleh kejayaan yang cemerlang.

Kemudian 16 September pula ialah hari penubuhan Malaysia, iaitu pada 16 September 1963 dimana Malaya (Tanah Melayu), Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk Persekutuan Malaysia. Wbp Singapura kemudiannya telah keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

"SELAMAT MAJU JAYA MALAYSIA: I LOVE YOU"



maryatirahmani

rupa & jiwa yang merdeka
SEPTEMBER 2009