Sunday, March 2, 2014

GERAKAN UTHMANI MUDA DAN TURKI MUDA

Terangkan kemunculan dan perkembangan Gerakan Uthmani Muda dan Turki Muda.
 [20 markah]

Pendahuluan ~ Uthmani Muda atau Yeni Osmanlilar - mengkritik dasar dan polisi kerajaan yang dirasakan mengabaikan hak rakyat dan bertentangan dengan Islam.
Turki Muda merupakan titik tolak perubahan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke 19M.  Kebangkitan mereka adalah bertujuan memperbaiki kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyah.


Isi-isi penting:

GERAKAN UTHMANI MUDA 
  1. Terdiri daripada golongan intelektual yang berpendidikan Barat yang bekerja sebagai wartawan dan penterjemah di Biro Terjemahan di Jabatan Perdana Menteri.
  2. Tokoh-tokohnya ; Nemik Kemal, Ali Suavi, Nuri Bey, Ziya Pasha dan Mustafa fazil Pasha.
  3. Terpengaruh dengan gerakan di Eropah seperti Young Spain, Young Italy, Young France.
  4. Muncul pada 1860an lantaran ketidakpuasan hati terhadap sistem pemerintahan yang memperuntukkan kuasa yang lebih kepada perdana menteri  serta dasar dalam era Tanzimat yang pro-barat.
  5. Jati diri masyarakat Uthmaniyah mula terhakis lantaran pembaharuan ala Barat yang semakin meluas.
  6. Penguasaan Barat terhadap pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Uthmaniyah mula  mencengkam dan  mengancam kestabilan politik dalaman dan luaran  disebabkan kebergantungan yang melampau golongan pentadbir dan bangsawan kepada kuasa Eropah.
  7. Antara pembaharuan yang dipelopori golongan ini ialah menukar sistem politik yang sedia ada kepada "sistem khalifah berpelembagaan" yang berasaskan sistem Syura. Mereka berkeyakinan bahawa dapat mengembalikan kegemilangan kerajaan Uthmaniyah.
  8. Mereka melihat bahawa ajaran Islam sudah tidak diendahkan dan pengambilan budaya Barat secara berleluasa sehingga mengancam ajaran Islam.
  9. Gerakan ini berkembang luas semasa pemerintahan Sultan Abd Al Aziz kerana baginda bersifat otokratik serta keadaan kewangan Turki yang goyah dan muflis.
Gerakan Turki Muda


Gerakan Turki Muda 
  1. Gerakan awal ditubuhkan di Akademi Perubatan Tentera di Istanbul pada bulan Mei 1887 apabila Kazim Nami Duru menubuhkan Ittihat ve Terakki Cemiyeti ( Persatuan Perpaduan dan Kemajuan)
  2. Pada tahun  1889 pula, sekumpulan pelajar dari akademi tersebut telah membentuk sebuah pertubuhan rahsia yang bertujuan untuk menjatuhkan Sultan 'Abd al Hamid II.
  3. Idea pergerakan ini telah diteruskan oleh Ibrahim temo yang merupakan Muslim Albania. Beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Akademi Perubatan Tentera selama beberapa tahun.
  4. Pada Mei 1889M, Ibrahim Temo bersama beberapa orang rakan iaitu Ishak Sukuti, Cerkez Mehmed Resad dan Abdullah Cevdez telah mencadangkan supaya satu pertubuhan rahsia duwujudkan di kalangan pelajar.
  5. Pertubuhan ini telah menerima keanggotaan daripada beberapa orang pelajar seperti Sarafuddin Magmumi, Giritli, Cevdet Othman, Karim Sebati, Mekkeli Sabri dan Selanikli.
  6. Pertubuhan ini dikenali sebagai Ittihat Osmani Cemiyetti (Ottoman Union Comittee). Kemudian ditukarkan kepada nama Ittihat ve Terraki ( Union and Progress) dan menjadi terkenal dengan nama tersebut.
  7. Perjuangan mereka adalah ke arah "constitutionalism, Ottomanism dan kebebasan, untuk menggulingkan Sultan  'Abd al Hamid II dan menggantikan dengan Murad V atau Mehmed Resad.
  8. Gerakan ini berkembang sehingga ke sekolah-sekolah tinggi kerajaan yang lain di Istanbul seperti Akademi Tentera, Sekolah Pertanian, Kolej Awam, Akademi Tentera Laut, dan Akademi Arteleri dan kejuruteraan.
  9. Gerakan Turki Muda ini juga berkembang di kalangan rakyat Uthmaniyah yang berada di luar negara, di antaranya perlarian politik.
  10. Di Paris, golongan yang berfaham liberal telah  telah bergabung untuk menggerakkan idea revolusi.
  11. Pada tahun 1889, kumpulan tersebut dipimpin oleh Ahmad Riza, yang terkenal dalam gerakan Turki Muda di Eropah. Mereka telah menerbitkan akhbar bernama Mesveret dan ia  telah menjadi pemankin kepada kebangkitan dan perkembangan pemikiran rakyat. Pada tahun 1896, Ahmad Riza telah dilantik sebagai Presiden gerakan tersebut. 
  12. Di samping itu Mehmed Murad Afendi juga seorang lagi tokoh gerakan Turki Muda di luar negara. Beliau telah pergi ke Mesir dan menerbitkan akhbar Mizan. Ishak Sukuti pula menggerakkan gerakan Turki Muda dari Geneva.
Kesimpulan:
Kemunculan Gerakan Uthmani Muda dan Turki Muda berkait rapat dengan pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Uthmaniyah. Era Tanzimat yang banyak mengikut acuan Barat menjadi pendorong gerakan ini. Reaksi yang diberikan ialah supaya kerajaan melaksanakan sistem kerajaan berpelembagaan.


Jom Belajar Sejarah !!