Tuesday, December 25, 2012

MASYARAKAT ARAB JAHILLIYAH

Assalamualaikum...
Salam sejahtera....
Berjumpa lagi dengan semua pelajar yang dikasihi....

Bermulalah perjuangan kita untuk Semester Ke 2 bagi Sesi  2013. Semoga anda semua mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk terus mara di semester ini!!


GENGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG !!

Topik pertama yang kita akan discuss ialah masyarakat Arab Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab. Senang saja. Jangan tension !

Mula-mula  anda kena tahu :

Di mana Semenanjung Tanah Arab ??




Kemudian :

Konsep Jahiliah - berasal dari,  istilah Arab jahala bermaksud bodoh, dan ciri-ciri jahiliah dalam masyarakat Arab dapat dirujuk kepada empat iaitu:
  1. Tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
  2. Tidak mempunyai peradaban atau tamadun.
  3. Masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
  4. Masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca.
Keempat-empat sifat ini memang terdapat di kalangan masyarakat Arab di Semenanjung Tanah Arab sebelum kedatangan Islam.



Masyarakat Arab JAhiliah 

Jangkamasa Zaman Jahiliah:

- Bermula  zaman Jahiliah ini ialah selepas keruntuhan kerajaan Saba'. Sekitar tahun 3000M hingga turunnya Al Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610M.

Masyarakat Arab dikatakan jahil bukan sahaja dari aspek agama dan akhlak, tetapi juga politik, ekonomi, sosial dan juga ilmu pengetahuan.

AGAMA 

- Majusi, Nasrani, Yahudi, Hanif, Wathani
- sebahagian tidak beragama & mengamalkan animisme, unsur-unsur karut dan tahyul, bertenung nasib.

POLITIK

- Tidak mempunyai struktur kerajaan yang teratur dan berkuasa.
- kedudukan politik tergugat akibat penjajahan
- hidup berpuak-puak/ sering berperang sesama sendiri - sering berlaku peperangan untuk mendapatkan kuasa.

EKONOMI 

- Berlaku kemerosotan ekonomi, hasil pengeluaran pertanian di Selatan semenanjung Arab merosot dengan teruk skibat tiada sistem pengairana yang baik.
- perdagangan mereka pula tidak menguntungkan/ berlaku penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin/ riba.
- rompakan ke atas kafilah-kafilah perdagangan 
- penternakan dilakukan oleh golongan Badawi secara nomad.

SOSIAL 

- Masyarakat Arab terbahagi kepada dua - bandar (Hadari) dan padang pasir (Badwi).
- Tertakluk kepada sistem kabilah - iaitu satu unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran masyarakat.
- Penyatuan masyarakat berkabilah berdasarkan pertalian darah dan keturunan yang diistilahkan sebagai assabiyah.
- Bermegah dengan kabilah sendiri dan memandang hina terhadap kabilah yang lain. 
- Setiap kabilah mempunyai nama dan kemegahan & sering berlaku peperangan - Perang Al Basus melibatkan 2 kabilah.
- Kedudukan wanita tidak mendapat tempat sewajarnya dalam masyarakat dan keluarga/ beranggapan anak perempuan membawa masalah apabila besar/ sanggup bunuh anak perempuan hidup-hidup.
- Mengamalkan sistem perhambaan/ hamba dipandang hina & mempunyai status yang rendah dalam masyarakat. 
- Mengamalkan akhlak yang tidak baik seperti berjudi, minum arak dan berzina.

ILMU PENGETAHUAN 

- Mempunyai sedikit ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti politik dan ekonomi & tidak mampu menjadukan mereka bangsa yang bertamadun.
- Kebanyakkan mereka buta huruf & tradisi ilmu hanyalah dalam bentuk lisan.
- Hanya terdapat 17 orang yang boleh membaca dan menulis. 
- Tradisi kesusasteraan seperti bersajak & bersyair bertujuan mencerca, menyindir dan berseronok semata-mata.

Kabilah Arab




maryatirahmani
rupa & jiwa






Monday, December 17, 2012

PERSEDIAAN UNTUK TAHUN 2013


Hai semua anak-anak murid yang tersayang...

Hari ini sudah 17 Disember...
Sudahkan anda membuat persiapan untuk menempuh hari-hari persekolahan yang bakal tiba lebih kurang 2 minggu lagi??

Semoga semua bersiap sedia..dengan SEMANGAT BARU !!

Cik gu akan siapkan nota SEJARAH  SEMESTER 2 2013.untuk Tingkatan Enam - Pelajar Pra -Universiti.

Untuk Aliran Perdana, cik gu masih belum tahu lagi... adakah saya akan diberikan kelas tingkatan 4 atau 5??

Kita tunggu ya, meski pun pernantian itu satu penyiksaan!!



SELAMAT BERCUTI & Selamat Maju Jaya!

I miss you Devi Priya, Shira, Nabila & Zieta - I wish you all the best & have a nice holiday!


Rupa & Jiwa

maryatirahmani
mulu & lumu
:(


Thursday, November 22, 2012

SEJARAH PRA UNIVERSITI 2015 - KERTAS 2 SEJARAH ISLAM (500-1918)

Pada Semester depan, Januari 2015 - Kertas 2 - 940/2 : Sejarah Islam akan memberi tumpuan kepada sejarah Islam dari tahun 500 hingga 1918. Kertas ini mengandungi tiga tema iaitu Masyrakat, Pemerintahan, Pentadbiran. Pertahanan dan Perhubungan Luar, Pembangunan dan Penerokaan, serta Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa.

Di samping itu juga para pelajar perlu menghasilkan Kerja Kursus/ Kerja Projek. Pelajar dikehendaki memilih satu daripada dua tema yang diberikan dan hasilkan satu tugasan daripada tema yang dipilih.
(Soalan / tema akan diberikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia).
Rujuk MPM http://www.mpm.edu.my

Terdapat tiga tajuk untuk Semester 2 iaitu:
1. Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar.
2. Pembangunan dan Penerokaan
3. Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa






JOM BELAJAR SEJARAH!

Rupa dan  Jiwa


CUTI AKHIR TAHUN 2012

Selamat bercuti saya ucapkan kepada semua pelajar. Semuga anda memenafaatkan musim cuti dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah di saming menyiapkan tugasan masa cuti yang diberikan oleh guru-guru anda.

Kepada para pelajar tingkatan 6 Bawah.... masa ini bolehlah digunakan untuk mencari bahan-bahan yang boleh digunakan untuk semester depan.

STPM - 6 Atas masih lagi berlangsung.... begitu juga SPM.Selamat berjuang ! "Steady" dan FOKUS!! " "Selamat berjuang" dan cik gu mendoakan semuga kejayaan sentiasa bersama anda.

Antara aktiviti masa cuti yang anda boleh buat  ialah.... pergi bercuti, pergi tengok wayang ....tolong ibu & ayah.... belajar memasak.... tolong jaga adik (?) pergi kelas mengaji dan bermacam-macam lagi kerja yang boleh buat .... atau pergi camping !


Belajar buat muffin kat rumah cik gu :)






Ada Rupa Ada Jiwa!

Thursday, July 12, 2012

MALAYAN UNION

Malayan Union: telah menyedarkan orang tempatan tentang maksud penjajahan yang sebenarnya . MalayanUnion merupakan usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yg telah dibina sejak zaman kesultanan Melayu Melaka.

SEBAB-SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION

1. Persediaan membentuk kerajaan sendiri

2. Melahirkan pentadbiran yang licin

3. Mengawal kuasa politik orang Melayu

4. Menjimatkan kos pentadbiran

5. Membentuk Bangsa Malayan Union

JUMPA KEMBALI - JULAI 2012

   "THE SHINING STAR OF MY LIFE"




Rindunya saat-saat aku dapat mengintai 'dia' disini

Hai hai ... Selamat bertemu kembali!! Sekian lama saya mendiamkan diri! terlalu banyak kekangan & rintangan ! Kesibukan ! Keuzuran Kesihatan !

Sepertimana hadis yang bermaksud:
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: mudamu sebelum tuamu,sihatmu sebelum sakitmu, kekayaanmu sebelum kemiskinanmu , waktu lapangmu sebelum waktu sibukmu, dan hidupmu sebelum matimu!


Hari ini terpanggil untuk menghidupkan BLOG ini kerana tanggungjawab & amanah !




RUPA & JIWA
cbn 2012

0

Saturday, April 3, 2010

GOOD FRIDAY. SELAMAT BERCUTI...


Hi Selamat bercuti good Friday & Selamat mengulangkaji...

Bagi yang form 5, Selamat mengulang kaji kerana exam masih lagi berlangsung next wik..

Kepada pelajar-pelajar yang baru lepas f5, sila semak nama untuk masuk lower six..

cik gu harap ramai2 daftar utk lower six @ cbn Ok...


maryati