Thursday, March 21, 2013

ETIKA PEPERANGAN DALAM ISLAM

Hello... apa khabar semua setelah lama tidak bersua... keputusan peperiksaan telah pun diumumkan . Saya sangat berbangga dengan pencapaian anak-anak murid dan kepada yang berjaya mendapat semua A dalam STPM 2013 diucapkan TAHNIAH. Tahniah ..... kepada yang tidak berjaya, cuba lagi dan  jangan sia-siakan masa muda anda ..

Hari ini tajuk kita ialah ETIKA peperangan dalam Islam,
terbahagi kepada 3 situasi :
  1. etika sebelum peperangan 
  2. etika semasa peperangan
  3. etika selepas peperangan 

Sewaktu di medan perang beberapa prinsip atau etika yang diajar oleh Islam :

  • Ketaatan kepada perintah ketua - contohnya Perang Uhud. 
  • Disamping kekuatan fizikal, keberanian, ilmu pengetahuan , Nabi Muhammad saw mengingatkan tentera Islam supaya sentiasa mengingati Allah dan memohon pertolongan Allah. contoh : Perang Badar.
  • Perjuangan hendaklah dengan dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dengan kerelaan hati dan bukan untuk mendapatkan ganjaran.
  • Sanggup menghadapi apa saja rintangan untuk menegakkan agama Allah.
  • Berjuang dan berperang semata-mata kerana tanggungjawab dan kewajipan kepada agama Islam.
  • Bermesyuarat untuk membuat apa saja tindakan atau keputusan.
  1. Mengajak manusia kepada Islam  sebelum memeranginya - contoh zaman Abu Bakar al Siddiq.
  2. Islam hanya membenarkan umatnya berperang dan memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu - Contoh ketika Perang Badar.
  3. Tentera Islam tidak boleh memerangi orang yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya - kanak-kanak, wanita, orang cacat, orang tua, paderi - golongan ini tidak dikenakan jizyah.
  4. Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah - Contoh ketika mengepung Kota Taif.
  5. Islam menetapkan etika tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah, kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai.
  6. Islam juga melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh - seperti mencencang mayat atau musuh yang terbunuh.
  7. Sebarang perjanjian damai wajib ditaati - contoh ketika pembukaan Kota Makkah pada tahun 8 Hijrah.
  8. Islam menganjurkan agar tawanan perang dilayan dengan baik - kaedah berdakwah yang diajar oleh Nabi Muhammad saw - contoh tawanan semasa Perang Badar.



Sila buat rujukan  dan jawab soalan ini:

1. Bincangkan prinsip-prinsip yang wajar dipatuhi oleh oleh tentera Islam sewaktu di medan perang.

“When it is obvious that the goals cannot be reached, don't adjust the goals, adjust the action steps”                                                                                                                               
                                                                                                                        - Confucius


maryatirahmani
rupa dan jiwa
2132013



PERTAHANAN - JIHAD

Hello... dalam bab ni korang kena faham konsep pertahanan yang merangkumi Jihad, Peperangan dan kepimpinan.

Harapan saya perincikan nota yang saya bagi ini..

Konsep JIHAD:- 

  1. Pengerahan segenab tenaga manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diingini @ menolak sesuatu yang dibenci.
  2. Penumpuan segala tenaga & usaha untuk mencapai suatu cita-cita ; menegakkan syiar Islam
  3. perjuangan di jalan Allah - fisabilillah.
Jenis-Jenis Jihad:
  1. Jihad nyawa & tenaga
  2. Jihad harta
  3. jihad akal fikiran
  4. jihad ilmu
  5. Jihad menentang golongan munafik
  6. Jihad menentang kemungkaran dan mempeertahankan kebenaran.

maryatirahmani
rupa dan jiwa
21 mac 2013

Wednesday, February 20, 2013

PEMERINTAHAN PUSAT & WILAYAH ZAMAN KHULAFA' al RASYIDIN

Hi... jumpa lagi di celah-celah kesibukan setiap hari.  Hari ini kita akan bincangkan pemerintahan Pusat dan wilayah di zaman Khulafa' al Rasyidin..

Madinah Main gate

Latarbelakang :
- Terbentuk secsara rasmi pada 632 H. Abu Bakar ialah khalifah pertama.
- Empat oranf sahabat yang menjadi khalifah:

  1. Abu Bakar al Siddiq
  2. Umar al-Khattab
  3. Uthman bin Affan
  4. Ali bin Abi Talib
Struktur pemerintahan Pusat:
- Madinah ialah pusat pemerintahan
- kekuasaan nya tidak bersifak mutlak & khalifah perlu membuat ijtihad.
- dasar akan diputuskan oleh majlis Syura.
- Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi di zaman Umar al Khattab.
- khalifah merupakan panglima tertingga tentera
- ibu pejabat baitul mal ditubuhkan  & segala sumber pendapatan dan laporan kewangan daripada tanah jajahan akan dihantar melalui gabenor setiap wilayah kepada khalifah setiap tahun.

Struktur pemerintahan Wilayah:           

- Semasa Abu Bakar al Siddiq negara Islam dibahagikan kepada 10 daerah :
  1. Makkah
  2. Ta'if
  3. Yaman
  4. Hadramawt
  5. Khakwan
  6. al Jund
  7. Najran
  8. Zabid
  9. Bahrin
  10. Jarsh
- Struktur pemerintahan Wilayah diperkemaskan semasa Umar al Khattab. - kempen perluasan kuasa &  negara Islam dibahagikan kepada 8 buah wilayah utama:
  1. Madinah
  2. Makkah
  3. Syam
  4. Mesopotamia
  5. Iran
  6. Iraq
  7. Mesir 
  8. Palestin
-   Tiap-tiap negeri mempunyai ibu negeri/ pusat pemerintahan & Umar telah membentuk satu sistem birokrasi yang sistematik.
- Setiap wilayah diperintah oleh gabenor yang akan dibantu oleh setiausaha.
- Beberapa jabatan ditubuhkan seperti Setiausaha Tentera, Pegawai Cukai, Pegawai Polis, Pegawai pembendaharaan negara.
- Semua pegawai wajib melaporkan jumlah hartab sebelum dan setelah selesai menjalankan tanggungjawab.
- setiap wilayah didirikan cawangan baitulmal bagi memudahkan urusan pendapatan dan perbelanjaan negara.



SOALAN : Terangkan struktur pentadbiran kerajaan Islam Madinah pada zaman Khulafa' al Rasyidin. (20m)


RUPA dan JIWA
21 Feb 2013

Wednesday, January 16, 2013

PERKEMBANGAN DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM




Masjid al-Haram (The Holy Mosque) – Saudi Arabia

Hi... jumpa lagi... sori lama tak upload cerita dan bahan... email saya kena hijack!! dan banyak perkara yang perlu dibereskan. VLE pun merupakan puncanya...

Walaubagaimana pun, kita akan bincangkan perkembangan dan perubahan masyarakat di semenanjung Tanah Arab selepas kedatangan Islam:

  1. Daripada mata pedang kepada perdamaian - Kedatangan Islam membawa perubahan baru iaitu  peperangan telah digantikan dengan perdamaian - segala bentuk permusuhan telah dihapuskan - sebelum kedatangan Islam peusuhan adalah lumrah, peperangan adalah jalan penyelasaiannya.
  2. Kekuatan individu terhadap undang-undang -  Selepas kedatangan Islam, masyarakat diikat oleh undang-undang yang ditentukan oleh Allah s.w.t. berbanding dengan zaman jahiliah di mana manusia tidak terikat dengan undang-undang khusus.
  3. Balas dendam kepada qisas (pampasan) - Islam telah mengajar masyarakat supaya bersikap luhur  dan pemaaf agar dapat memupuk masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. Sifat berdendam, amalan menuntut bela, bunuh membunuh dihapuskan.
  4. Membentuk masyarakat yang suci dan halal -Islam mengajar masyarakat menjauhi perkara-perkara haram dan membentuk masyarakat yang suci.
  5. Membentuk masyarakat yang jujur dan boleh dipercayai - menuntut masyarakatnya jujur, ikhlas dan boleh dipercayai . sebelum Islam mereka hidup dengan merompak, merampas dan menipu.
  6. Memupuk keberanian dan kekuatan mempertahankan bangsa dan tanah air - Islam tidak membenarkan umat dan tanah airnya dijajah oleh kuasa lain. dengan semangat ini orang Arab beangkit dan berkembang ke Rom dan Farsi. semasa jahiliah, mereka mengasingkan diri dan takut menghadapi kuasa besar seperti rom dan Parsi.
  7. Membentuk masyarakat yang bertanggung jawab keatas diri sendiri - berbuat kebaikan dan membuang sifat kesukuan.
  8. Menyembah Allah yang satu / mengesakan tuhan - Islam mengajar umatnya percaya kepada Allah s.w.t. berbanding dengan kepercayaan jahilliah.
  9. Memuliakan wanita dan meletakkan mereka di tempat tinggi dalam masyarakat - kedudukan wanita & lelaki sama disisi Allah serta dapat mewarisi harta pusaka.
  10. Melahirkah persamaan taraf di kalangan manusia - status manusia di sisi Allah adalah sama. Darjatnya disisi Allah adalah bergantung kepada ketakwaan kepada Allah s.w.t.
Cordoba Cathedral – The Mezquita – Spain

The Umayyad Mosque – Damascus


Rupa & Jiwa
bukit nanas 2013

Wednesday, January 9, 2013

KERJA KURSUS SEJARAH 2015

Hi .... apa khabar semua? Semoga baik-baik saja! Maaf ye kita tak ada di Nazareth hari ini dan besok  kerana menghadiri Taklimat Kerja Kursus Sejarah... Balik nanti kena beri tahu korang semua tentang apa yang nak kena buat...

Satu benda yang kita nak bagi tau... korang mesti menulis kerja kursus sejarah ni dengan menggunakan Bahasa Malaysia. Penggunaaan laras bahasa dan gaya bahasa yang betul amatlah penting!!

Jadi... kat sini kita berbahasa main-main aje... takut korang boring... tapi dalam EXAM atau KERJA KURSUS buat betul=betul ekkk!!

SILA RUJUK PORTAL MPM http://www.mpm.edu.my/manual-pbs



PEPERIKSAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah

KERJA KURSUS SEJARAH 
Kertas 4 (940/4)

Penggal 2
MANUAL CALON SEKOLAH 

Sila layari 



dan PRINT MANUAL INI !! 



APABILA SIAP DICETAK, FAHAM-FAHAMLAH MESTI BACA !!






maryatirahmani









Wednesday, December 26, 2012

MASYARAKAT JAHILIAH - apa yang perlu kita tahu?

Hi, hari ini  rasa-rasanya semua sedang  sibuk dengan cuti-cuti Malaysia, maklumlah setelah bertungkus lumus dengan peperiksaan Penggal Pertama. 

Walau bagaimanapun, kita bolehlah mulakan pembacaan dan research untuk Penggal Dua..

Orait... dalam tema satu, khususnya dalam perbincangan  tentang masyarakat di  Semenanjung Tanah Arab, apa yang kamu harus tahu ??

Adalah diharapkan agar pelajar  dapat:
  1. menjelaskan konsep dan struktur masyarakat jahiliah
  2. menghuraikan konsep ummah
  3. membincangkan perkembangan  massyarakat Islam
  4. menghuraikan kandungan dan peranan Piagan Madinah
  5. memerihalkan struktur pemerintahan di Madinah
  6. menghuraikan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW
  7. menghuraikan konsep dan ciri-ciri khalifah
  8. membincangkan kaedah pemilihan khalifah
  9. menilai sumbangan:
  • Khalifah Abu Bakar
  • Khalifah Umar al Khattab
  • khalifah Umar Abdul Aziz
  • Khalifah Harun al Rasyid




Selamat Belajar

maryatirahmani !

KERJA KURSUS SEJARAH STPM 2015


Hai... sekolah hampir bermula.. dah ready ke??

Untuk Semester Dua ini nanti, kita juga dikehendaki menjalankan Kerja Kursus. Kerja Kursus ini akan dijalankan sepanjang Semester Dua. Tajuk akan diberikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Sila Klik disini & layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia dan baca maklumat di bawah STPM Baharu.
http://www.mpm.edu.my/

Anda akan didedahkan dengan :


  1. Apa itu Sejarah.
  2. Kaedah Penyelidikan dan Penulisan sejarah.
  3. Penyediaan Cadangan Penyelidikan.
  4. Penyelidikan Bahan.
  5. Penulisan Hasil Penyelidikan

Kerja Kursus (Kerja Projek) 

1 Pengenalan

Kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah STPM (940) merupakan satu daripada komponen 
sukatan pelajaran Sejarah STPM. Setiap calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan,  
calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu wajib melaksanakan tugasan kerja projek 
yang melibatkan penyelidikan sejarah berdasarkan tajuk pilihan mereka sendiri.

Kerja projek adalah satu daripada komponen pentaksiran untuk penggal kedua. Wajaran markah bagi 
komponen kerja projek ini adalah sebanyak 20%. Pada akhir kerja projek calon mesti 
membentangkan esei penyelidikan.   Panjang esei tersebut adalah kira-kira 2500 hingga 3000 patah perkataan, tidak termasuk nota kaki, jadual, rajah, graf, dan bibliografi. 

Panduan dan arahan tugasan kerja projek akan diberikan melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my.  

2 Objektif Kerja projek ini dilaksanakan untuk membolehkan calon: 

(a) memperoleh kemahiran mengumpul, memilih, menilai, dan mentafsir sumber sebagai bukti  
sejarah; 
(b) mengembangkan kemahiran insaniah; 
(c) menganalisis dan merumuskan fakta sejarah secara kritis dan rasional; 
(d) menghayati kepentingan peristiwa, tokoh, isu, dan perubahan sosial dalam masyarakat. 

3 Tema kajian

Calon dikehendaki memilih satu tajuk berdasarkan dua tema yang dikenal pasti pada tahun 
berkenaan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia. Tema-tema tersebut adalah daripada senarai 
di bawah: 

(a) Sejarah ekonomi 
(b) Sejarah kehakiman dan perundangan 
(c) Sejarah ketenteraan  
(d) Sejarah kulinari dan makanan 
(e) Sejarah kumpulan etnik/kaum/klan/suku kaum 
(f)  Sejarah pendidikan 
(g) Sejarah perubatan dan kesihatan 
(h) Sejarah politik 

(i)  Sejarah sains dan teknologi 
(j)  Sejarah seni dan kebudayaan 
(k) Sejarah sukan 
(l)  Sejarah tempat 
(m) Sejarah tokoh 

Calon boleh memilih mana-mana tajuk daripada kajian Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Sejarah 
Islam, dan Sejarah Dunia bermula dari 500 Masihi sehingga 2000 Masihi.  Pemilihan tajuk tidak 
terikat dengan kandungan yang telah dipelajari dalam sukatan pelajaran Sejarah STPM.  









Selamat Bersedia!

maryati rahmani