Saturday, February 21, 2009

SELAMAT BERSUKAN & ALL THE BEST TO AIDAN, XAVIER, PAULINE & ADELE




Helo..hai, hai...
SEMUA PELAJAR2 yang cikgu kasihi..




I

Minggu ini kita sibuk sebab "Hari Sukan" kita dekat Stadium Bukit Jalil pada hari Sabtu nanti.
To all AIDAN, XAVIER, ADELE n PAULINE girls, I wish u all the best. May AIDAN BE THE "JUARA" AGAIN.. ha..ha..

AIDAN IS HOT TO GO..H-O-T-T-O-G-G-O!!!!

To all the CHEERLEADERS.. Do ur best.. Cik gu dengar hadiah tahun ini lumayan!

Minggu depan cik gu kursus kat Melaka, tapi ada home work ok.. masa cik gu tak dak tolong buat home work!

Bye..jumpa lagi next week. Selamat bersukan dan cik gu harap semua cheerleaders dapat memeriahkan hari sukan CBN.


Rupa & Jiwa,

maryatirahmani
taman melawati
21 februari 2009

Wednesday, February 18, 2009

THE GREAT WALL OF CHINA





















Hi, 4A dan 4K.. SELAMAT BERTEMU KEMBALI....

Assalamualaikum wbt..

Hari ini cik gu cari beberapa gambar Great Wall untuk anda semua buat kajian.. TEMBOK BESAR CHINA.

Tembok ini dibina oleh Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin u dan telAH diteruskan oleh Dinasti seterusnya.

Panjangnya lebih kurang 5000 km dari Kangsu ke Beijing. Dipercayai diperbuat daripada batu. Lebarnya 4.5 m hingga 9 m.

Pada zaman Dinasti Ming, disambung menjadi 6400km.

Fungsinya untuk mempertahankan wilayah daripada serangan orang Hun (nomad). Pembinaannya menggunakan tenaga yang ramai, lebih kurang 30,000 orang.


















Cik, gu harap anda semua dapat siapka nota tentang BAB 2 - ZAMAN PENINGKATAN TAMADUN ini. Ingatlah bahawa sejarah adalah suatu yang hidup, menarik dan penuh dengan peristiwa. Kebanyakkan kita lupa bahawa SEJARAH BOLEH BERULANG!


SEJARAH : ADA RUPA ADA JIWA

MaryatiRahmani
smkcbn
kuala lumpur 18 feb 2009

Tuesday, February 17, 2009

JUST DANCE & HOMEWORK FOR 4K & 4A














Sebelum buat Homework boleh dengar lagu dulu ek?

Cik gu tak dapat masukkan lyric kat sini . Nyway u gi yahoo lyric, copy la.. JUST DANCE! Tadi dia org tak mau yang feeeeling2....

Hey.. hai..hai 4A & 4K.. Anda apa khabar? 4AAAAAAA and 4KKKKKKK....

Orait cikgu tak sempat tadi.. ini ada home work orait !!!

LATIHAN BAB 2:

ZAMAN PENINGKATAN TAMADUN YUNANI, ROM, INDIA DAN CHINA.


1. Nyatakan cabang-cabang yang terdapat dalam Undang-Undang Rom

i. ______________________________________

ii. ______________________________________

iii. ______________________________________


2. Apakah yang dimaksudkan dengan kebudayaan Hellenistik?

_____________________________________________________________


3. Namakan TIGA kota yang menjadi pusat penyebaran kebudayaan Hellenistik.

i. _______________________________

ii. _______________________________

iii. _______________________________


4. Nyatakan DUA sebab mengapa Shih Huang Ti berjaya menyatukan seluruh seluruh kerajaan kecil China.

i. _______________________________________________


ii. _______________________________________________


5. Namakan TIGA orang tokoh Falsafah Yunani yang terkenal.


i. _________________________________

ii. _________________________________

iii. _________________________________

LATIHAN TAMAT..

Cik gu nak tanya sikit, u all nak cik gu cakap formal ikut skema atau bahasa pasar? Cikgu guna ganti nama "anda" atau "korang"? Bukan apa takut tak dterima...tapi kalau ikut skema je tak "cool" lak kan....

Rajin-rajin buat h/work ek..



Sejarah mewarnai kehidupan kita semua, tidak kira siapa dan di mana. Amatlah malang bagi mereka yang tidak memahami sejarah..

Rupa & Jiwa.


maryatirahmani
kuala lumpur
17 februari 2009

Sunday, February 15, 2009

ROMAN EMPIRE- EMPAYAR ROM














Hi..Hi.. haiii.. An Introduction to Roman Empire.

Selamat Bertemu kembali.. apa khabar u all.. harap semua sihat! Dalam sibuk2, cik gu dapat juga ambik beberapa gambar untuk u all tengok2.

Ini adalah contoh senibina yang ditinggalkan oleh Tamadun Rom.


COLLOSEUM

The most famous symbol of ancient Rome. An arena in which gladiator contests and other spectacles were held. It could seat more than 45,000 people.


AQUADUCT
Aquaduct adalah saliran yang dibina untuk mengairi air di Rom.

The Pont du Gard Aquaduct di Nimes, telah dibina oleh Roman pada abad 19 B.C.
Penggunaan seni pintu gerbang adalah merupakan pemandangan biasa dalam seni bina Rom

. An Introduction to Roman Empire.

Rome, which was to become the most powerful state in the ancient world, started as Etruscan city. Sited on the southen border of Etruria, it grew up at a crossing point on River Tiber.

Rom pada mulanya diperintah oleh Raja-Raja berketurunan Etruscan, tetapi digulingkan dan ditubuhkan REPUBLIK.

Sila Rujuk Ciri-Ciri Republik Rom drp BUKU TEKS. OK

JULIUS CAESAR

Julius Caesar- is renown as one of the greatest generals of all time.
Beliau kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai diktator di Rom dan
Tamatlah zaman Republik..
GAIUS CAESAR JULIUS CAESAR dan

digantikan oleh....


JULIUS CAESAR OCTAVIANS (OCTAVIAN)

- adalah anak angkat Julius Caesar. Diberi gelaran oleh Senat Rom sebagai AUGUSTUS CAESAR. Memakai gelaran MAHARAJA ROM.
Zaman pemerintahan beliau di panggil sebagai Pax- Romana (Roman Peace)
- Zaman Keamanan Rom
.


Hello... anda boleh baca buku teks kalau nak detail.. boleh juga buat rujukan dari The New Book Of Knowledge by Grolier Inc. atau The First Civilizations.. atau cari laman web yang berkaitan.. Lagi interesting!!!

Nanti cik gu sambung lagi, SAYONARA..BYE ! BYE ! Adios..


Sejarah,
ada rupa - jiwa.....

love u,

maryatirahmani
15 Februari 2009
kuala lumpur



Wednesday, February 4, 2009

TAMADUN MESIR

HELLO..HELLO...hello, hai-hai 4A, 4N & 4K...

Hari ni cik gu dah dapat upload gambar.... dua2nya cikgu ambik drp WIKIPEDIA, harap u all boleh check website2 yang menarik yang telah cik gu minta u all cuba...

  • Tamadun Mesir Purba - digelar anugerah drp Sg Nil. Terletak di Lembah Sg Nil
  • Diketuai oleh Firaun yg dibantu oleh golongan bangsawan
  • Firaun berkuasa mutlak -
  • Digelar anak Tuhan Matahari [Amon Re]
  • Susunlapis masyarakat : Firaun, Pembesar/Bangsawan (rahib, jurutulis, tuan tanah), Rakyat bebas ( petani, pedagang dan artisan) hamba
  • percaya kepada konsep politeisme (banyak tuhan)
SUMBANGAN :
  • SENIBINA - pembinaan Piramid - ilham drp Imhotep iaitu saintis, ahli Fizik, arkitek yg mperkenalkan teknik pembinaan dgn menggunakan batu bata. Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera.
  • PENCIPTAAN KERTAS - dicipta drp pokok papyrus yg banyak hidup di Lembah Nil. Penciptaan kertas memudahkan penyimpanan dan meninggalkan pengantungan kpd kepingan batu bata utk menyimpan segala khazanah bangsa.
  • TULISAN HIEROGLIF - berasaskan kombinasi gambar dan simbol berdasarkan bunyi. Sangat ptg dlm proses perkembangan Tamadun Mesir utk tujuan dan tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian, pengutipan cukai dan tujuan agamaan serta amalan ritual.
  • SISTEM PENDIDIKAN - mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak2 drp keluarga atasan. Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. Institusi pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan.Pendidikan bertujuan untuk melahirkan pegawai kerajaan spt jurutulis yg sempurna & terlatih. Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yg boleh menguruskan hal ehwal petrtanian, pengawalan air Sg Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.
  • ILMU PERUBATAN - Melahirkan pengamal perubatan. Mereka berstatus tinggi dlm masy. Mesir purba dan berkhidmat utk firaun & masyarakat. - Kemahiran memumiakan mayat.
  • PERKEMBANGAN ILMU MATEMATIK - seperti algebra, geometri dan astronomi telah digunakan sepenuhnya utk mengawal banjir Sg Nil yg berlaku sekali dalam setahun.Firaun Senuusret III telaH menebusguna kawasan padang pasir dan membina terusan utk mengairkan tanah seluas 10000 hektar.Memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.


LATIHAN STRUKTUR TAMADUN MESIR :
( Sila buat dalam buku latihan)

1. Senaraikan EMPAT nama bandar yang menjadi pusat pemerintahan penting dalam kerajaan Mesir Purba. [ 4 markah]
  • __________________________
  • __________________________
  • __________________________
  • __________________________
2. Nyatakan TIGA perana firaun dalam bidang pemerintahan dan agama [ 3 markah]
  • __________________________
  • __________________________
  • __________________________
3. Nyatakan TIGA fungsi tulisan hieroglif [ 3 markah]
  • __________________________
  • __________________________
  • __________________________

Cik gu ucapkan terima kasih kepada anda semua yang telah menunjukkan minat yang tinggi kerana:
  • belajar sejarah......
  • menyiapkan nota...
  • menyiapkan latihan ....
  • menjadi anak-anak yang baik
  • menjadi warga cbn yang berhemah tinggi
  • seterusnya menjadi bangsa Malaysia yang berketrampilan

simple in virtue, steadfast in duty

love you,

maryati rahmani
cbn04022009












Tuesday, February 3, 2009

SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA

Hi ....Hai..
Hi, Hi.....hari mood ada, cik gu pun macam sihat..tak batuk .... nota Mesopotamia ni tentang sumbangannya.. bahagian ciri-ciri tamadun Mesopotamia, cik gu minta u all buat dalam bentuk peta minda ok.

1. KOD UNDANG2 HAMMURABI

  • digubal semasa Raja Hammurabi
  • Berteraskan hak rajkyat terhadap keadilan
  • hukuman & denda hendaklah setimpal dgn kesalahan
  • ttp berbeza mengikut susunlapis masyarakat
  • mengandungi +/- 282 undang2 yg dipahat pd tembok serta tiang besar
  • rakyat dpt membaca undang2 tersebut
Kepentingan Undang2 Hammurabi
  • menjadi dasar perundangan dlm Tamadun Mesopotamia
  • berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan dikalangan masy pelbagai kaum & dikalangan susunlapis masyarakat itu sendiri
  • membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangkamasa yang panjang
  • dapat mengujudkan perpaduan
  • dapat mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut
2. SISTEM TULISAN
  • Sistem tulisan Mesopotamia dipanggil CUNEIFORM. Bermula dalam bentuk tulisan bergambar
  • Berkembang kepada tulisan berebntuk simbol yg ditulis pd tanah liat
  • kewujudan sistem tulisan membawa kpd sistem pendidikan yg bertujuan melahirkan jurutulis
  • Kehadiran jurutulis membolehkan urusan pentadbiran & perniagaan dicatat /direkodkan
  • Dlm perdagangan kesemua urusan jualbelinya disertakan dengan resit, nota & surat kredit
  • Sistem tulisan melahirkan tradisi kesusasteraan
  • hasil kesusasteraan yg terkenal ialahEpik Gilgamesh- menceritakan ttg pemerintahan, percintaan kehidupan yg kekal abadi & kesaktian
3. PERKEMBANGAN ILMU ASTRONOMI
  • Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang, matahari membawa kepada perkembangan ilmu matematik : sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, membahagi dan punca gandadua
  • Kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri
  • Penguasaan dlm bidang astronomi juga membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta kalendar yag berasaskan sistem solar yag mengandungi 12 bulan dalam satu tahun
4. PERKEMBANGAN ILMU PERUBATAN
  • Perkembangan ilmu perubatan mendpt perhatian khusus semasa zaman Assyria
  • Kerajaan ini begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya
  • 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatelogkan dan disampelkan penggunaannya
  • Cara mengubat penyakit dgn menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sbg panduan kpd pengamal perubatan
5. PENCIPTAAN RODA
  • Roda digunakan dlm menghasilkan kereta kuda s/ada utk tujuan peperangan atau kegunaan semasa aman
  • membolehkan mereka mencipta kincir air untuk mengairkan air ke kawasan kering
6. CIPTAAN ALAT PEBFANGKUTAN
  • mencipta kapal layar
  • menghasilkan pengangkutan beroda
7. MEMPERKENALKAN TEKNIK MEMBUAT BATU BATA DARIPADA TANAH LIAT
  • Dalam senibina mereka mahir mencipta arca dan tiang batu
  • cth patung Raja Gudea
  • arca tiang batu dpt dilihat dalam senibina ziggurat
8. KEPIMPINAN RAJA SARGON
  • mewujudkan Kerajaan AKKAD, empayar yang pertama di dunia
  • Berjaya menakluk dan menyatukan wilayah2 kerajaan Sumeria di Selatan Mesopotamia
  • perintis kepada pembentukan sebuah empayar yang menjadi ikutan pemerintah seterusnya.
SELAMAT BELAJAR


SIMPLE IN VIRTUE, STEADFAST IN DUTY
03022009
convent bukit nanas, kl

maryatirahmani