Tuesday, January 27, 2009

THE FIRST EGYPTIAN KINGDOMS

Around 3000BC, the people living along Nile valley formed into 2 kingdoms. The Upper & Lower Kingdoms. Historians divide the long centuries of Ancient Egyptian into 3 periods:
  1. The Old kingdom
  2. The Middle Kingdom
  3. the New kingdom
The Egyptian state was headed by a king or " PHARAOH/ firaun" who was worshipped as a god. The country was divided into districts, each one under the control of a local prince.

Please look for:

  • Goverment N taxation
  • Egyptian agriculture
  • The family at home
  • Religion and afterlife
  • The Hieroglyphs
Only 5 minutes to study HIS story...& next episode i will write a LOVE STORY...

I LOVE U !

regards,

maryati rahmani ani 
cbn 2009

THE EARLIEST TOOLMAKERS

Hi, Hi, and Hii... I'm not feeling well & my lap top too...

CIVILIZATION -
.... is a difficult word to define...
means much more than growing crops and raising animals; its means more than the invention of writing or the wheel.

No one factor, can account for the rise of what we call civilised society. Each civilization represents an adaption to a unique set of circumstance.

But there is one thing that all civilizations would seem to have in common and that is a
  1. stratified society
  2. a degree of specialization: rules, administrators, soldiers, priests, traders, artisans & peasants
There is no civilization without at least two classes of people; the rich and the poor!!!

THIS, IT SEEMS, IS THE PRICE MANKIND HAS TO PAY FOR BEING CIVILIZED.


love u n wassalam,

maryatirahmani
smkcbn, kl

Thursday, January 22, 2009

TINGKATAN EMPAT - CIRI2 TAMADUN

Tamadun = mudun = madain= madana= tinggi budi bahasa =civilazation = peradaban!

Yep - anda kena tahu apa itu tamadun & ciri-cirinya..

Islam = tamadun mesti merangkumi pembangunan lahiriah & rohaniah.

Ciri2 tamadun ialah:
  1. Petempatan kekal
  2. Kehidupan berorganisasi
  3. Sistem pemerintahan
  4. Pengkhususan pekerjaan
  5. Agama & kepercayaan
  6. Bahasa & sistem tulisan
Kebanyakkan tamadun dunia bermula di lembah sungai ie :
  • Tamadun Mesopotamia - Lembah Sg. Tigris & Sg Euprates
  • Tamadun Mesir - Lembah Sg Nil
  • Tamadun India - Lembah Sg Indus
  • Tamadun China - Lembah Sg Hwang Ho
Kenapa mereka pilih lembah-lembah sungai????

Sebabnya:
  1. Kesuburan tanahnya sesuai untuk pertanian
  2. Adanya kemudahan untuk mendapatkan bekalan air
  3. Mudah untuk mendapat bekalan makanan
  4. Kemudahan pengangkutan dan perhubungan

Cik gu harap anda semua boleh baca & seronok membaca..
Membaca jambatan ilmu dan lakukan sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit..
Sambil-sambil itu dengarlah "LOVE STORY", cik gu tau u all suka, cik gu pun 2x5

Selamat Belajar!

Love;
maryatirahmani
cbn2009
Ok, lima minit

SORRY! SORRY! MAAF! MAAF

Assalamualaikum n hai, hai, hai..

sori la sebab cik gu lama tak jumpa korang, manyak masalah - yang paling besarnya laptop cik gu sudah kong kali kong .... viruses, meletop !!! Sabar je ye.. macam itu lah nak idup, ada ari ok ada ari tak ok.

Wbp cik gu da dpt alternatip baru .. ini la baru dpt jumpa balik. Sebelum terlambat cik gu ucapkan XIN NIN KUAI LER & GONG XI FAA CHAI untuk smua anak murid cik gu yang di kasihi... semua 5B 2008 yang sama-sama makan pizza kat klcc, semua 5U 2009 5N 2009, 4K 2009, 4N 2009 dan 4A 2009.

Untuk 5U & 5N 2009, tolong SIAPKAN LATIHAN BAB DUA yang cik gu bagi...tengok la ye, posted last wik.

Untuk semua 4K, 4N dan 4A u all tengok-tengok latihan bab satu yang akan cik gu bagi nanti.. jangan kata tak dapat @ tak de masa atau tak de komputer kat rumah.... ingat.... " SHARING IS CARING " k



Love,
maryati rahmani
cbn2009

Sunday, January 18, 2009

KENANGAN LALU MENGIMBAS KEMBALI

Hi murid-murid yang cik gu sayangi,

Hari ini cuti la.. cik gu makan-makan-makan, rehat-rehat-rehat, tapi masih ingat dengan korang. Tak pe..buat je latihan yang cik gu bagi... masih belum siapkan. Esok kena hantar, jadi sambil tengok2 juara lagu tu buat la homework same ye.. pas tu esok boleh hantar k.

SEJARAH adalah tentang masa lalu, masa lampau...penceritaan sejarah yang seronok ialah yang penuh bertenaga, penuh emosi, ada gaya dan ada rupa dan ada cerita, betul???
...sebab itu korang kena cari pn maryati!!!! Ha, ha, ha...

Sebenarnya cik gu macam korang juga.. masa 25 tahun dulu kena belajar macam2. fizik, kimia, bio, agama, geog dlln. Sebab itu hari ini cik gu terkenang masa lalu, ada kenangan, ada sejarah di sekolah cik gu SMDSA- MAJU TERUS MAJU.

Kenangan lalu mengimbas kembali - teringat pada cikgu-cikgu, classmates, kawan2 baik, kawan2 istimewa dan semuanya..yang TERSURAT dan TERSIRAT @???## Bangku, meja, Dewan yang cantik, bendera, POKOK ASAM JAWA, asrama, kantin, kari asrama, nasi lemak asrama, roti sapu planta + telor rebus asrama, pak abu kantin, meehoon kantin, nasi lemak lauk sadin, MR HO, MISS TAN, MR RAHMAN DAUD, MR RAHMAN SIAM, USTAZ FOZI, CIK GU SHADIN, CIK GU RAMAN ISMAIL, MR MICHAEL PEACE CORP USA, PN DARIAH, CIK GU BIDIN, CIK GU SITI ENDON, CIK GU HARON.

THANK U VERY MUCH TEACHERS! MAY GOD BLESS YOU!

Untuk kawan-kawan, semoga anda berjaya dan maju terus maju. Pakai baju kuning pi SikKedah bawa periuk, bawa gitar, masa terlalu cepat beredar ....

Miss u,

MaryatiRahmani
Budak Tambun Tulang,
Arau. Perlis.

Friday, January 16, 2009

NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KE DUA

TINGKATAN 5 BAB 2


Soalan Struktur.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan gerakan nasionalisme?

_____________________________[2 markah]

2. Berikan tiga akhbar/ majalah yang diterbitkan oleh Kaum Muda.
[3 markah]

a.____________________
b.____________________
c.____________________

3. Berikan Dua objektif utama KMM ditubuhkan [2 markah]

a.____________________
b.____________________

4. Nyatakan pertubuhan-pertubuhan yang memainkan peranan aktif menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu. [3 markah]

a. _____________________
b. _____________________
c. _____________________

Soalan Esei:

1. Huraikan penentangan Tok Janggut di Kelantan terhadap British. [ 12 markah]

SELAMAT MENJAWAB & HANTARLAH PADA MASA YANG DITETAPKAN!!

Selamat Maju Jaya,

Maryati Rahmani

Thanks God It's Friday..

Hi 5U, 5N juga 5A.
Thanks God it's FRIDAY.
Cik gu rasa dua minggu masa persekolahan berjalan, hari inilah yang paling berat sekali. Sedih pun ada. Tempat ini lah saja untuk cik gu luahkan rasa sedikit sedih.
TERSURAT & TERSIRAT ??@@**ha ha..

Kalau cik gu bagi homework pada 14 November 2008, n telah beritahu juga u all kena buat n kena hantar pada 8 Januari 2009..tapi masih tak buat juga.. AMACAM? Kat mana tak kena?

Aduh bingung juga mikirkan. Walau bagaimana pun cik gu harap yang belum habiskan tu tolong bawa bertenang, buatlah yang terbaik. February nanti ada INTERVENSI, April pun ada INTERVENSI, MEI - MID year exam. August dah trial exam - NOVEMBER ? SPM !!!

Sesuatu perlu dibuat. Penyakit M----mesti diubati dengan VITAMIN R---- Kalau perlu Tambah dosagenya supaya dapat dipertingkatkan daya ketahanan.

Esok sekolah ganti..SELAMAT TAHUN BARU CINA, xian nin kuai ler (? betul)

sayang dari cikgu,
maryati rahmani

Thursday, January 15, 2009

TINGKATAN 5 LATIHAN I

Chupp..chupp.. kalau sape-sape dari F5 yang belum dapat latihan I : Jangan lupa buat K

JAWAB SOALAN STRUKTUR INI daa
Soalan 1
Apakah yang anda faham dengan imperialisme? [ 2 markah]

Soalan 2
Natakan kepentingan Terusan Suez dalam memesatkan imperialisme Barat? [ 3 markah]
i._________________
ii._________________
iii._________________

Soalan 3

Senaraikan faktor-faktor yang membawa imperialisme Barat di Asia Tenggara. [5 markah]

Hokay, cik gu harap ini tidak membebankan u all. Sila rujuk buku teks Ting. 5 m/s 3 - 7.

Selepas ini cik gu da sediakan soalan objektif. SILA DAPATKAN dari saya . AJK sejarah sila jumpa cikgu untuk dapatkan lembaran kerja.

Cik gu harap kau orang semua rajin2 belajar.. kerana sesungguhnya HIDUP TIDAKLAH SEINDAH MIMPI dan TIDAK ADA YANG MUSTAHIL DALAM HIDUP...

BYE.
Maryati Rahmani

HIS - STORY : History

Sorry lama tak update blog. bukan pasai apa cik gu menghadapi masalah teknikal semasa nak sign in.

Murid-murid cik gu yang baru masuk form 4.. kenapa belajar SEJARAHHHHH ? SEJARAH, SEJARAH. HIS story..HIS STORY ..History? Satu subjek yang orang ramai kata membosankan, beku dan tidak ada nilai ekonomi!

Setakat ini cik gu harap semua sudah ada 2 latihan bertulis. Satu soalan struktur dan satu essei. Kalau belum dapat, jumpa cik gu.


ok , jumpa lagi nanti.

Thursday, January 8, 2009

FORUM DISIPLIN DAN MENSYUARAT AGONG RUMAH SUKAN

Hello semua..

Sepatutnya hari ini cik gu ada kelas dengan 4K tapi pagi tadi ada Forum Disiplin. Oleh itu korang tolong tengak apa yang tertinggal untuk lesson ari ini.

Walaupu ada mesyuarat agong Rumah Sukan ari ini Kelas 5N berjalan lancar. AIDAN, XAVIER, PAULINE & ADELE masing-masing besungguh-sungguh mencari peneraju pasukan masing-masing. Mudah-mudahan semua rumah sukan akan bertarung dengan penuh semangat kesukanan. BEGITUPUN SEMANGAT AIDAN TETAP MERAH MEMBARA.

Kelas 5N Cik gu suka tengok lagak & gaya kamu semua yang "macam" syok nak belajar sejarah dengan cikgu. Best agaknya ye.

Minggu depan cik gu akan terangkan teknik untuk menjawab Sejarah SPM OK.

Minggu ini, minggu pertama masih banyak yang korang perlu bereskan ie homework, buku teks, buku tulis, pendaftaran persatuan dan macam-macam lagi..

SELAMAT KEMBALI KE CBN . SELAMAT BELAJAR. SEMUGA KEJAYAAN BERSAMA KALIAN.

SAYANG DARI CIKGU.

Wednesday, January 7, 2009

5U & USA I @ CBN

Hai, Sori hari ini cik gu tak de kelas dengan Form 4.

Pagi cik gu ajar 5U. Respon bagus. I'm happy. Soalan latihan yang diberi ada tiga soalan. Hopefuli semua da dapat soalan. Tolong buat & pasap pada ari Jumaat masa rehat. Harap Deborah tak lupa. Keje masa cuti juga tolong hantar segera. K !

USA I. Tolong Hantar keje masa cuti juga hari Jumaat. Siapkan bahan-bahan TEMA I - MAnusia & Masyarakat. 1 st TEST JAWAB DUA SOALAN TAU. Satu daripadanya diambil drp kerja masa cuti dan @ soalan drp TEMA I 6 atas.

Selamat Belajar/ Selamat Mengulangkaji.

Tuesday, January 6, 2009

GOT HISTORY TEXT BOOK?

Hari ini cik gu nampak kebanyakkan F5 dah dapat text book sejarah, jadi u all boleh terus study. Guna lah BUKU TEKS tu sebab SEMUA SOALAN peperiksaan adalah dibuat berdasarkan buku teks.

FORM 5 - nota Bab 1, 2 dan 3 da beres kan ! TOLONG HANTAR PADA HARI JUMAAT K.

FORM 4 - U all mungkin nxt wik dapat buku teks tu.. tak pe contoh nota bab satu ada cik gu bagi kan..

FORM 6 - Aleih.. u all boleh buat lah.. TEMA satu tu cukup senang.

Cik gu letih ari ini sebab meeting sampai pukul 4 petang balik rumah lambat. Anyway harap2 u all buat apa yang cik gu bagi tahu k.

Monday, January 5, 2009

TAHNIAH & TAHNIAH

Hari ini cik gu masuk kelas 6 Atas Sastera Satu dan 4K. Muka-muka korang nampak positif...ceria! Syokknya cik gu tengok korang. TAHNIAH kepada semua Form 3 girls yang telah berjaya dengan cemerlang dalam PMR.. HEBATLA tu 86 orang dapat semua A. Sekolah dapat tiga anugerah..Wahhhh dapat lonjakan saujana lagi.. LOVE UUU.. Muahhhhh!!!!

Wbp bila dah masuk F 4 teruskan perjuangan.. berikan sepenuh perhatian untuk SPM 2010 okay!

Form 5 tahun ni SPM 2009. Cik Gu harap korang betul-betul ulangkaji la.. jangan tunggu last minit!

FORM 4: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA - ZAMAN PRA SEJARAH

Orait, untuk form 4...helo-helo CBNer
Ini topik kita yang mula-mula kena tahu utk F4 yee.. rajin-rajin la buat nota dan membaca. Kalau F 5 korang kena mula ulangkaji K ...

5U - jgn lupa ULANGKAJI..

ZAMAN PRASEJARAH:

  • masih belum mengenali tulisan
  • tempoh berbeza-beza mengikut tempat
Kajian terhadap zaman prasejarah dibuat melalui kajian terhadap :
  1. artifak - barangan yag digunakan semasa zaman pra sejarah
  2. feature- tinggalan binaan rumah / bangunan yg tidak berubah
  3. ekofak - tinggalan spt tulang, tumbuhan
Tahap-tahap Zaman Prasejarah terdiri dari zaman:
  1. Paleolitik
  2. Mesolitik
  3. Neolitik
  4. Logam iaitu Zaman Gangsa dan Zaman Logam
CIRI-CIRI PALEOLITIK:
  1. Tempat tinggal ialah ditepi sungai, tasik dan dalam gua
  2. Hidup secara nomad dalam kumpulan atau berkelompok
  3. Kegiatan utama- memungut hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan
  4. Tahun menggunakan api
  5. Pakaian dibuat drp kulit binatang & daun kayu
  6. Alatan batu yg digunakan lebih kasar & mementingkan fungsi drp nilai estiteka
CIRI-CIRI MESOLITIK:
  1. Masih tinggal digua dan di pondok2 kayu
  2. Hidup nomad dan secara berkumpulan
  3. Kegiatan utama memburu binatang, memungut hasil hutan dan menangkap ikan
  4. Pandai membuat perahu sebagai pengangkutan dan menangkap ikan
  5. Alatan batu yang digunakan lebih licin dan lebih baik
  6. Kepercayaan animisme dan kehidupan selepas mati
CIRI- CIRI ZAMAN NEOLITIK:
  1. Mula hidup menetap - tepi sungai, gau batu, tepi laut atau tasik
  2. Kegiatan utama bercucuk tanam & menternak binatang
  3. Mula mencipta alat batu yang licin & mempunyai pelbagai fungsi & membuat tembikar
  4. Sistem barter( sistem tukar barang) mula dijalankan
  5. Mula percaya kepada kuasa luar biasa/ unsur ghaib
CIRI-CIRI ZAMAN LOGAM:
  1. Terdapat dua tahap zaman logam iaitu Zaman Gangsa & Zaman Besi
  2. Pandai membuat alat daripada logam, membina rumah drp kayu dan perahu
  3. Perahu utk memudahkan hubungan dagang dan alat pengangkutan
  4. Contoh petempatan Zaman logan ialah Jericho, Jordan, Catal Huyuk, Turki
  5. Mengetahui cara mengebumikan manyat dan menyediakan bekalan kubur spt makanan, alatan besi, tembikar
  6. Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup.

Saturday, January 3, 2009

Back To School My Dear Students

Minggu Pertama ini korang perlu tahu Sukatan PelajaranTingkatan Empat. Semua ada 10 Bab yang kena belajar.

  1. Kemunculan Tamadun Awal Manusia
  2. Peningkatan Tamadun
  3. Tamadun Awal Asia Tenggara
  4. Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah
  5. Kerajaan Islam Di Madinah
  6. Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya
  7. Islam Di Asia Tenggara
  8. Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat
  9. Perkembangan Di Eropah
  10. Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Untuk ujian pertama, korang akan diuji dari Bab 1 hingga Bab 3. Jadi korang baca Bab 1 hingga Bab 3 dan soalan merupakan Objektif dan Subjektif serta Esei.

Objektif - 40 soalan (40 markah)
Subjektif - 2 soalan (60 markah)
Esei - 2 soalan (40 markah)

Semua nota korang perlu siapkan dan mesti di hantar apabila tarikh penghantaran ditetapkan. Nota hendaklah berbentuk peta minda/jadual/rajah, kemas dan menarik, ringkas serta padat.

Berikut soalan subjektif dan cikgu minta korang cuba buat:
  1. Berikan DUA kegiatan ekonomi pada Zaman Paleolitik (2 markah)
  2. Namakan TIGA petempatan Zaman Paleolitik di Malaysia (3 markah)
  3. Berikan TIGA ciri Zaman Neolitik (3 markah)
Berikut soalan esei untuk dicuba:
  1. Zaman Prasejarah boleh dibahagikan kepada beberapa tahap, antaranya ialah Zaman Paleolitik dan Zaman Neolitik. Bandingkan cara hidup manusia pada kedua-dua zaman tersebut (8 markah)
Selamat mencuba!