Saturday, April 3, 2010

GOOD FRIDAY. SELAMAT BERCUTI...


Hi Selamat bercuti good Friday & Selamat mengulangkaji...

Bagi yang form 5, Selamat mengulang kaji kerana exam masih lagi berlangsung next wik..

Kepada pelajar-pelajar yang baru lepas f5, sila semak nama untuk masuk lower six..

cik gu harap ramai2 daftar utk lower six @ cbn Ok...


maryati


Thursday, March 11, 2010

PEMBINAAN NEGARA BANGSA


1. Persidangan Damai Paris
( DEKLARASI 14 PERKARA WOODROW WILSON)
ada dua prinsip penting :
i. penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri
ii. prinsip sempadan negara berasaskan bangsa

Count Camillo Benso d Cavour

Otto von Bismark
KESAN :
i. Empayar Austria Hungary yang mengalami kekalahan dibahagi-bahagikan.
ii. muncul negara bangsa baru iaitu Czechoslovakia, Estonia, Finland Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia.

Orang Itali telah disatukan oleh Count Camillo Benso di Cavour
- berlandaskan pemerintahan monarki
- mewujudkan kerjasama dgn Napoleon III menentang Austria 1860
- mengadakan pungutan suara , sokongan majoriti rakyat untuk menyatukan Itali
- menewaskan Austria dan dapat ambil Venetia
- Mengambil Rom daripada Perancis selepas pengunduran Perancis.

 German disatukan oleh Otto von Bismark.
- menggunakan taktik;
  • tipu helah
  • pemalsuan dokumen
  • provokasi
  • penipuan
  • ugutan untuk mencetuskan peperangan
Bismarck menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia .

MEREKA GUNAKAN AMALAN "REALPOLITIK" iaitu amalan yang mewajarkan apa saja cara spt tipu helah, kerasan bersenjata dan peperangan untuk mencapai matlamat politik. @ " the ends justify the means" . dari buku THE PRINCE By Machiavelli.

"ada rupa ada jiwa"

maryatirahmani

bukitnanas, kl
12 mac2010

CONGRATULATIONS & I LOVE YOU

Hello, Hi korang semua.... selamat berjumpa kembali!

Betapa gembiranya cikgu bila melihat murid-murid yang di sayangi semuanya berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2009.

Tahniah diucapkan.. akhirnya penat dan lelah anda belajar, buat latihan, mengulang kaji, pegi balik sekolah sberhasil juga akhirnya.

HELLO 5N..
HELLO 5K..
HELLO 5U..

Anda semua membuat cik gu jadi gembira.. u all pass with flying colours! Tak satu orang pun yang kecundang.. RUPINI, SARAH, MONICA.. opps.. tahniah k..

5U .. heu , korang semua satu kelas dapat A lahh.. MISS U ALL,

2010 5b n 5k.. tolong ulangkaji dari awal sikit k..


"bukan senang nak senang"

maryatirahmani
12 mac 2010

CIRI-CIRI NEGARA BANGSA DALAM KESULTANAN MELAKA

Di antara alat-alat kebesaran negara kita. Bolehkah anda namakannya:





Apa khabar semua?
SAMBUNG TAJUK LEPAS....
Ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka ada ciri-cirinya:
  1. Wilayah Pengaruh
  2. Kedaulatan
  3. Keunggulan Undang-Undang
  4. Rakyat cogan Alam
  5. Lambang-Lambang
  6. Kerajaan
1. WILAYAH PENGARUH
- kawasan tempat tinggal; sempadan yang diterima umum. merujuk kepada kawasan yang menerima; memperakui pemerintahan seorang raja. Kesulranan Melayu Melaka mempunyai kawasan lingkungan keseluruhan semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.
ADA KE NEGARA YANG TAK ADA WILAYAH??? Cuba fikir..

2. KEDAULATAN
- Kedaulatan = kekuasaan tertinggi terhadap rakyat di sebuah wilayah. Negara berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya dan bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau penjajahan kuasa asing!

3. KEUNGGULAN UNDANG-UNDANG
- penguatkuasaan undang2 secara formal utk mengawal masyarakat meallui peraturan yang telah diwartakan. Undang-undang dicipta untuk memerlihara keamanan dan melindungi rakyat.
Zaman Melaka ada 2 sumber undang-undang bertulis iaitu HUKUM KANUN MELAKA dan UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA.
HUKUM KANUN MELAKA : hukuman terhadap kesalahan jenayah awam, undang-undang keluarga

UNDANG2 LAUT MELAKA : tatacara pelayaran di laut, tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidangkuasa nakhoda kapal, hukuman bagi kesalahn jenayah.

4. RAKYAT
- seluruh penduduk bagi wilayah; mereka terikat kepada undang2 peraturan dalam wilayah tersebut.
 Ada ke negara yang tak ada RAKYAT...

5. LAMBANG-LAMBANG

- Simbol yg menjadi identiti/ tanda sesebuah negara
- sistem pemerintahan beraja
- adat istiadat Melayu
- bahasa Melayu
- agama Islam
- lambang-lambang
6. KERAJAAN
- badan yag diberi kuasa untuk menguruskan pentadbiran , menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.
Sistem pembesar di Melaka SISTEM PEMBESAR 4 Lipatan .
SEKIAN.
Sampai jumpa lagi, Selamat mengulangkaji.

" MELAKA EMPAYAR PERKASA BERPUNCAK DAULAT"

I LOVE YOU !!!

maryatirahmani
bukitnanas kl
15 mac 2010

Wednesday, January 20, 2010

2010 SELAMAT KEMBALI

HELLO KORANG SEMUA,

Selamat kembali ke sekolah!! masuk tahun baru cik gu yakin semua dengan azam baru.

maaf kan cikgu kerna tak sempat paparkan yang terbaru untuk anda.. dan tak banyak nota yang sempat diberi.

cik gu akan cuba.. TAHNIAH KEPADA KORANG YG LULUS PMR " DENGAN GEMILANG" NYA Sekarang korang di tkn 4. semoga impian anda tercapai.

Yang FORM 4 dah pun berada di form 5 . Semoga anda semua berjaya!

JANGAn lupa ulangkaji dari sekarang. BUAT SOALAN OBJEKTIF TIAP HARI 4O SOALAN JE...

LEPAS TU IKUT CAKAP CIK GU SEJARAH DI SEKOLAH.... DIA ORANG LEBIH ARIF TENTANG PENANDAAN & TEKNIK MENJAWAB UNTUK SPM..

OK UJUNG TAHUN KITA BUAT ULANG KAJI INTENSIF.. INSYAALAH ANDA PASTI BERJAYA..

siapalah aku..hanya sebatang lilin, membakar diri... he..he

maryatirahmani