Sunday, November 16, 2014

ADAM SMITH - Sumbangan dan idea Adam Smith melalui bukunya The Wealth of Nation

Pendahuluan:

-  Menjelang abad ke 18 muncul ramai ahli ekonomi yang terkenal di England.
-  Adam Smith merupakan salah seorang tokoh dalam bidang ekonomi dan falsafah.
- Beliau terkenal melalui bukunya yang ditulis "The Wealth of Nations".

Isi:
1. Idea perdagangan bebas - laissez-faire
-  Melalui bukunya  Adam Smith telah telah mencetuskan idea tentang perdagangan bebas -laissez-faire
- Menurut beliau, kerajaan tidak harus campur tangan dalam hal ehwal ekonomi dan perdagangan.
- Doktrin laissez faire dikembangkan oleh Adam Smith di England dengan menubuhkan School of Political Economi
- Idea perdagangan bebas yang disebarkan oleh Adam Smith mendapat  perhatian ahli-ahli ekonomi seperti Ricardo dan Thomas Maltus.

2. Mengkritik dasar merkantilisme
- Adam Smith mengkritik dasar ekonomi merkantilisme yang diamalkan oleh negara bangsa di Eropah 
- Beliau menolak tindakan yang dilakukan oleh negara bangsa untuk mengawal tanah jajahan.
- Tindakan mengawal tanah jajahan secara politik akan menambahkan beban negara induk daripada masalah kwangan.

3. Faedah mutlak
- Dalam karyanya Karl Mark menganjurkan teori yang dikenali sebagai faedah mutlak.
- Menurut beliau adalah tidak praktkal bagi sesebuah negara  mengeluarkan barangan yanor iklim dan g boleh didapati  dengan murah ditempat lain.
- Beliau menyarakna agar sesebuah negara membuat membuat pengkhususan dalam pengeluaran barangan  yang mempunyai faedah mutlak
- Karl Mark juga berpendapat bahawa faedah mutlak juga boleh disebabkan oleh iklim dan struktur tanah.

4. Pengkhususan antarabangsa
- Adam Smith menyatakan juga bahawa perdangan bebas akan meluaskan pasaran dan pengkhusussan kerja
- Perkembangan ini akan menyebabkan berlakunya lebihan hasil yang akan dapat dipasarkan ke luar negara
- Perkembangan ini menunjukkan pengkhususan antarabangsa menjadi sebahagian daripada proses kemajuan sesebuah negara
-  Adam Smith juga berpendapat perdagangan bebas akan menambahkan sumber  pendapatan sesebuah negara.
- Beliau juga berpendapat perdagangan bebas akan mengurangkan kos pengeluaran dan menyebabkan pengaliran modal ke sektor yang prokuktif.

5. Nilai dan pengelasan masyarakat
- Melalui bukunya The Wealth of Nations, Adam Smith juga turut mengemukakan pandangan  mengenai nilai dan pengelasan masyarakat.
- Menurut beliau nilai merujuk kepada kuasa untuk membeli barangan lain.
- Masyarakat dikelaskan kepada tiga, iaitu mereka yang hidup dengan memperoleh sewa,  upah dan untung.

Kesimpulan:
- Adam Smith telah mengemukakan idea-idea beliau dalam  bidang ekonomi dan ia telah berjaya mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh England pada masa tersebut.
- Malah idea-idea beliau juga telah diterima dan diamalkan oleh negara-negara lain di seliruh Eropah.


Jom Belajar Sejarah !!


Wednesday, November 12, 2014

Huraikan kemajuan oleh masyarakat Belanda dalam teknologi pertanian pada abad ke 16 dan 17.

Pendahuluan:
Pada abad ke 16 dan 17, teknolog pertanian telah berkembang pesat di Belanda. Masyarakat Belanda mempunyai pengetahuan yang tinggi  serta memperkenalkan kaedah-kaedah baru dalam  pertanian.

Isi-Isi penting :

1. Kajian tentang teknik pertanian 
- kajian tentang teknik dan kaedah pertanian masyarakat Belanda - dilakukan oleh sarjana-sarjana dari England.
- antara tokoh2nya ialah Sir Richard Wilson, Lord Townshend, Sir John Sinclair, Thomas Redcliff
- Kajian dilakukan  seperti Sistem Penanaman Bergilir dan penanaman rumput seperti clover, lucerne dan burnet 
- Antara karya ialah A Report on the Agriculture of Eastern and western Flanders.




2. Teknik memelihara kesuburan tanah
- Memperkenalkan Sistem Penggiliran Pertanian melalui sistem ini kesuburan tanah dipulihkan
- sistem tanah rang dimansuhkan
- diamalkan secara meluas di wilayah Waes pada tahun 1644
- mereka juga memperkenalkan teknik pemugaran tanah untuk memulihkan kesuburan tanah
-  menggunakan baja asli daripada kawasan penternakan lembu

Copyright ©  John Wiley & Sons Australia, Ltd. or related companies. All rights reserved. 2013
Sistem Penggiliran Tanaman 

3. Penanaman rumput ternakan
- memperkenalkan sistem penanaman rumput untuk ternakan
- turnip ditanam di kawasan tanah rang selepas jagung dituai.



4. Sistem batas dan penanaman deretan 
- Memperkenalkan sistem penanaman dengan membuat batas.
- Wujud saliran yang baik  dan tanaman dapat tumbuh dengan subur
- Penanaman dalam deretan juga diamalkan seperti madder, hop dan cole.



5. Penciptaan peralatan pertanian
- Mereka juga mencipta tenggala dan mesin untuk menampi bijirin.
-  memperkenalkan sistem menanam dengan membuat batas. Melalui sistem ini mereka dapat memastikan tanaman tumbuh dengan subur.



Kesimpulan:
- Kajian jelas menunjukkan masyarakat Belanda telah mencapai kemajuan yang pesat dalam teknologi pertanian
- Teknologi yang dihasilkan oleh orang-orang Belanda telah tersebar dan berkembang ke kawasan-kawasan lain di benua Eropah.


Selamat Mengulangkaji!
Rupa & Jiwa