Wednesday, February 4, 2009

TAMADUN MESIR

HELLO..HELLO...hello, hai-hai 4A, 4N & 4K...

Hari ni cik gu dah dapat upload gambar.... dua2nya cikgu ambik drp WIKIPEDIA, harap u all boleh check website2 yang menarik yang telah cik gu minta u all cuba...

  • Tamadun Mesir Purba - digelar anugerah drp Sg Nil. Terletak di Lembah Sg Nil
  • Diketuai oleh Firaun yg dibantu oleh golongan bangsawan
  • Firaun berkuasa mutlak -
  • Digelar anak Tuhan Matahari [Amon Re]
  • Susunlapis masyarakat : Firaun, Pembesar/Bangsawan (rahib, jurutulis, tuan tanah), Rakyat bebas ( petani, pedagang dan artisan) hamba
  • percaya kepada konsep politeisme (banyak tuhan)
SUMBANGAN :
  • SENIBINA - pembinaan Piramid - ilham drp Imhotep iaitu saintis, ahli Fizik, arkitek yg mperkenalkan teknik pembinaan dgn menggunakan batu bata. Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera.
  • PENCIPTAAN KERTAS - dicipta drp pokok papyrus yg banyak hidup di Lembah Nil. Penciptaan kertas memudahkan penyimpanan dan meninggalkan pengantungan kpd kepingan batu bata utk menyimpan segala khazanah bangsa.
  • TULISAN HIEROGLIF - berasaskan kombinasi gambar dan simbol berdasarkan bunyi. Sangat ptg dlm proses perkembangan Tamadun Mesir utk tujuan dan tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian, pengutipan cukai dan tujuan agamaan serta amalan ritual.
  • SISTEM PENDIDIKAN - mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak2 drp keluarga atasan. Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. Institusi pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan.Pendidikan bertujuan untuk melahirkan pegawai kerajaan spt jurutulis yg sempurna & terlatih. Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yg boleh menguruskan hal ehwal petrtanian, pengawalan air Sg Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.
  • ILMU PERUBATAN - Melahirkan pengamal perubatan. Mereka berstatus tinggi dlm masy. Mesir purba dan berkhidmat utk firaun & masyarakat. - Kemahiran memumiakan mayat.
  • PERKEMBANGAN ILMU MATEMATIK - seperti algebra, geometri dan astronomi telah digunakan sepenuhnya utk mengawal banjir Sg Nil yg berlaku sekali dalam setahun.Firaun Senuusret III telaH menebusguna kawasan padang pasir dan membina terusan utk mengairkan tanah seluas 10000 hektar.Memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.


LATIHAN STRUKTUR TAMADUN MESIR :
( Sila buat dalam buku latihan)

1. Senaraikan EMPAT nama bandar yang menjadi pusat pemerintahan penting dalam kerajaan Mesir Purba. [ 4 markah]
  • __________________________
  • __________________________
  • __________________________
  • __________________________
2. Nyatakan TIGA perana firaun dalam bidang pemerintahan dan agama [ 3 markah]
  • __________________________
  • __________________________
  • __________________________
3. Nyatakan TIGA fungsi tulisan hieroglif [ 3 markah]
  • __________________________
  • __________________________
  • __________________________

Cik gu ucapkan terima kasih kepada anda semua yang telah menunjukkan minat yang tinggi kerana:
  • belajar sejarah......
  • menyiapkan nota...
  • menyiapkan latihan ....
  • menjadi anak-anak yang baik
  • menjadi warga cbn yang berhemah tinggi
  • seterusnya menjadi bangsa Malaysia yang berketrampilan

simple in virtue, steadfast in duty

love you,

maryati rahmani
cbn04022009












7 comments:

  1. faham la jgk lau tgok kt internet punyew... lau tgok dlm buka langsung x msk kt otak...bab banyak sgt... lau tgok internet dye juz bg poin jew..lau nk wt essay pakai la ayat sendiri...huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... guna ayat dan gaya bahasa yang kita sendiri boleh faham. itu lebiih bagus!

      Delete
  2. salam,saya memerlukan nota-nota tamadun mesir berkaitan perkembangan sukan...boleh emelkan kepada saya?teriman kasih

    fadzilothman91@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Bismillah...salam...saya mohon pertolongan untuk menyiapkan assignment berkaitan konsep ilmu dalam tamadun mesir...klu boleh tolong emailkan rujukan berkaitan konsep ilmu dalam tamadun mesir di alamat nawfas.harathkum@gmail.com....

    ReplyDelete
  4. tlg email kan note pasal perkembangan sukan pada tamadun mesir .... :(
    ke alamat khairulmumtaz@gmail.com
    harap dapat bantuan untuk siapkan issigment sy ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh... rujukan lebih banyak didapati daripada buku :D

      Delete