Pendahuluan:
Gerakan nasionalisme merupakan sentimen kecintaan teterhadap negara yang mendorong kepada perjuangan untuk membebaskan tanah air daripada cengkaman kuasa asing. Di Indonesia gerakan ini telah bermula pada abad ke 19, dan pengaruh agama seperti Hj Ahmad Dahlan, Hj Rasul Omar Said Tjokroaminoto serta Hj Agus Salim merupakah tokoh agama yang berpengaruh dalam menggerakkan nasionalisme di Indonesia.
Isi:
- Pengaruh agama
- Peranan bahasa dan kesusasteraan
- Pengaruh bidang kewartawanan
- Perkembangan sistem pendidikan dan kemunculan golongan intelektual
- Pengaruh dari negara luar
- Revolusi China 1911
- Perjuangan kemerdekaan Filipina
- Revolusi China 1911
- Perang Rusia- Jepun (1904- 1905)
Rumusan:
Pengaruh agama memainkan peranan yang penting dalam perkembangan nasionalisme di Indonesia namun terdapat juga pengaruh lain.
Pendahuluan:
Gerakan nasionalisme di Indonesia
telah bermula pada abad ke 19. Pengaruh agama memainkan peranan yang penting
dalam perkembanagn nasionalisme tersebut. Tokoh-tokoh seperti Hj Ahmad Dahlan,
Hj Rasul Omar Said Tjokroaminoto serta Hj Agus Salim merupakan antara tokoh
agama yang berperanan dalam memperkembangkan nasionalisme di Indonesia.
Isi
:
Pengaruh agama merupakan faktor
yang telah mencetuskan nasionalisme di Indonesia. Ini ternyata kerana lebih 90%
penduduk Indonesia beragama Islam. Agama Islam ini telah menyatukan semua
lapisan masyarakat untuk menentang penjajah. Melalui agama Islam ini masyarakat
telah melupakan perbezaan kebudayaan dan keturunan serta semangat kewilayahan
mereka. Kehadiran tokoh-tokoh seperti Hj Agus Salim, Hj Rasul Omar Tjokroaminoto
serta yang lain menjadi penggerak kepada kebangkitan nasionalisme. Keadaan ini
diperkuatkan lagi dengan kewujudan persatuan-persatuan agama seperti Sarekat
Islam 1906, Muhammadiyah dan juga Nahdatul Ulama. Oleh itu tidak dapat
dinafikan bahawa pengaruh agama merupakan faktor kebangkitan nasionalisme di Indonesia.
Walau bagaimanapun pengaruh agama
bukanlah satu-satunya faktor yang memyebabkan perkembangan nasionalisme ini.
Terdapat faktor-faktor lain seperti peranan bahasa dan kesusasteraan. Penggunaan
Bahasa Indonesia sebagai Bahasa kebangsaan telah menyebabkan rakyat Indonesia
disatukan. Melalui bahasa mereka telah dapat bersatu dan berkomunikasi
tentang isea-idea nasionalisme.
Di samping itu, karya-karya
kesusasteraan yang dihasilkan mempunyai mesej
penindasan penjajah Belanda serta kesengsaraan yang dihadapi oleh
masyarakat Indonesia juga telah mencetuskan nasionalisme. Antara karya-karya
tersebut ialah Kerikil-Krikil yang Tajam oleh Chairil Anwar dan Siti Norbaya
karya Marah Rosli.
Seterusnya, pengaruh bidang
kewartawanan juga membantu kesedaran nasionalisme di Indonesia. Melalui akhbar
dan majalah idea-idea nasionalisme disebarkan dengan cepat di kalangan penduduk
pribumi. Akhbar-akhbar seperti Medan Priyayi, Utusan Hindia memaparkan
tema-tema politik yang membakar semangat nasionalisme di kalangan masyarakat
Indonesia.
Selain daripada itu, sistem
pendidikan juga memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat
nasionalisme di Indonesia. Sikap penjajah yang pilih kasih dalam memberikan
pendidikan menimbulkan tidak puas hati masyarakat. Pada masa yang sama golongan
yang telah mendapat pendidikan di Asia Barat serta Eropah yang kembali ke
Indonesia telah membawa bersama mereka idea-idea nasionalisme, kemerdekaan
serta liberalisme menyemarakkan lagi nasionalisme di Indonesia.
Pada masa yang sama, pengaruh yang
berlaku di negara-negara luar juga telah memberi impak kepada perkembangan
nasionalisme di Indonesia. Gerakan Reformasi di Mesir umpamanya yang didokong
oleh Sheikh Muhammad Abduh telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme di
Indonesia. Begitu juga tokoh-tokoh seperti Hatta dan Sukarno yang dipengaruhi
oleh idea-idea liberalisme dari Barat.
Seterusnya kejayaan Revolusi China
1911 yang dipimpin oleh Dr Sun Yat Sen serta Chiang Kai Shek, Kebangkitan
semangat kebangsaan di Filipina serta perjuangan Mahatma Ghandi di India juga
telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Indonesia. Sementara itu, Perang Russia Jepun1904 juga
telah membuka mata orang-orang Indonesis bahawa mereka mampu untuk menghadapi
Belanda di Indonesia.
Kesimpulan :
Berdasarkan penjelasan di atas,
tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh agama memainkan peranan yang penting
dalam kebangkitan nasionalisme di Indonesia. Walau bagaimanapu, kita tidak
boleh menafikan bahawa terdapat faktor-faktor lain seperti bahasa dan
kesusasteraan, pendidikan, peranan akhbar, kemunculan golongan intelektual
serta pengaruh luar telah mempengaruhi nasionalisme di Indonesia sehinggalah
mereka berjaya mencapai kemerdekaan daripada Belanda pada 27 Ogos 1949.
Rupa & Jiwa
September 2013