Tuesday, September 3, 2013

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN NASIONALISME DI INDONESIA

Soalan: Sejauhmanakah pengaruh agama mempengaruhi  peranan dalam perkembangan nasionalisme di Indonesia pada abad ke 19 

Pendahuluan: 

Gerakan nasionalisme merupakan sentimen kecintaan teterhadap negara yang mendorong kepada perjuangan untuk membebaskan tanah air daripada cengkaman kuasa asing. Di Indonesia gerakan ini telah bermula pada  abad ke 19, dan pengaruh agama seperti Hj Ahmad Dahlan, Hj Rasul Omar Said Tjokroaminoto serta Hj Agus Salim merupakah tokoh agama yang berpengaruh dalam menggerakkan nasionalisme di Indonesia.  

Isi:
  1. Pengaruh agama
  2. Peranan bahasa dan kesusasteraan
  3. Pengaruh bidang kewartawanan 
  4. Perkembangan sistem pendidikan dan kemunculan golongan intelektual
  5. Pengaruh dari negara luar                            
                                  - Perkembangan di Mesir
                                  - Revolusi China 1911
                                  - Perjuangan kemerdekaan Filipina
                                  - Revolusi China 1911
                                  - Perang Rusia- Jepun (1904- 1905)

Rumusan:
Pengaruh agama memainkan peranan yang penting dalam perkembangan nasionalisme di Indonesia namun terdapat juga pengaruh lain.

Pendahuluan:

             Gerakan nasionalisme di Indonesia telah bermula pada abad ke 19. Pengaruh agama memainkan peranan yang penting dalam perkembanagn nasionalisme tersebut. Tokoh-tokoh seperti Hj Ahmad Dahlan, Hj Rasul Omar Said Tjokroaminoto serta Hj Agus Salim merupakan antara tokoh agama yang berperanan dalam memperkembangkan nasionalisme di Indonesia.

Isi :
             Pengaruh agama merupakan faktor yang telah mencetuskan nasionalisme di Indonesia. Ini ternyata kerana lebih 90% penduduk Indonesia beragama Islam. Agama Islam ini telah menyatukan semua lapisan masyarakat untuk menentang penjajah. Melalui agama Islam ini masyarakat telah melupakan perbezaan kebudayaan dan keturunan serta semangat kewilayahan mereka. Kehadiran tokoh-tokoh seperti Hj Agus Salim, Hj Rasul Omar Tjokroaminoto serta yang lain menjadi penggerak kepada kebangkitan nasionalisme. Keadaan ini diperkuatkan lagi dengan kewujudan persatuan-persatuan agama seperti Sarekat Islam 1906, Muhammadiyah dan juga Nahdatul Ulama. Oleh itu tidak dapat dinafikan bahawa  pengaruh agama  merupakan faktor  kebangkitan nasionalisme di Indonesia.

             Walau bagaimanapun pengaruh agama bukanlah satu-satunya faktor yang memyebabkan perkembangan nasionalisme ini. Terdapat faktor-faktor lain seperti peranan bahasa dan kesusasteraan. Penggunaan Bahasa Indonesia sebagai Bahasa kebangsaan telah menyebabkan rakyat Indonesia disatukan. Melalui bahasa mereka telah dapat bersatu dan berkomunikasi tentang isea-idea nasionalisme.

             Di samping itu, karya-karya kesusasteraan yang dihasilkan mempunyai mesej  penindasan penjajah Belanda serta kesengsaraan yang dihadapi oleh masyarakat Indonesia juga telah mencetuskan nasionalisme. Antara karya-karya tersebut ialah Kerikil-Krikil yang Tajam oleh Chairil Anwar dan Siti Norbaya karya Marah Rosli.

                 Seterusnya, pengaruh bidang kewartawanan juga membantu kesedaran nasionalisme di Indonesia. Melalui akhbar dan majalah idea-idea nasionalisme disebarkan dengan cepat di kalangan penduduk pribumi. Akhbar-akhbar seperti Medan Priyayi, Utusan Hindia memaparkan tema-tema politik yang membakar semangat nasionalisme di kalangan masyarakat Indonesia.

             Selain daripada itu, sistem pendidikan juga memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia. Sikap penjajah yang pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan tidak puas hati masyarakat. Pada masa yang sama golongan yang telah mendapat pendidikan di Asia Barat serta Eropah yang kembali ke Indonesia telah membawa bersama mereka idea-idea nasionalisme, kemerdekaan serta liberalisme menyemarakkan lagi nasionalisme di Indonesia.

             Pada masa yang sama, pengaruh yang berlaku di negara-negara luar juga telah memberi impak kepada perkembangan nasionalisme di Indonesia. Gerakan Reformasi di Mesir umpamanya yang didokong oleh Sheikh Muhammad Abduh telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Indonesia. Begitu juga tokoh-tokoh seperti Hatta dan Sukarno yang dipengaruhi oleh idea-idea liberalisme dari Barat.

             Seterusnya kejayaan Revolusi China 1911 yang dipimpin oleh Dr Sun Yat Sen serta Chiang Kai Shek, Kebangkitan semangat kebangsaan di Filipina serta perjuangan Mahatma Ghandi di India juga telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Indonesia.  Sementara itu, Perang Russia Jepun1904 juga telah membuka mata orang-orang Indonesis bahawa mereka mampu untuk menghadapi Belanda di Indonesia.

Kesimpulan :

             Berdasarkan penjelasan di atas, tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh agama memainkan peranan yang penting dalam kebangkitan nasionalisme di Indonesia. Walau bagaimanapu, kita tidak boleh menafikan bahawa terdapat faktor-faktor lain seperti bahasa dan kesusasteraan, pendidikan, peranan akhbar, kemunculan golongan intelektual serta pengaruh luar telah mempengaruhi nasionalisme di Indonesia sehinggalah mereka berjaya mencapai kemerdekaan daripada Belanda pada 27 Ogos  1949.



Rupa & Jiwa
September 2013

2 comments:

  1. assalamualaikum , mohon copy untuk rujukn saya. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus lagi kalau dapat merujuk buku-buku ilmiah

      Delete