Saturday, February 15, 2014

IBN BATTUTTAH - TOKOH PELAYARAN

Soalan: 
Bincangkan kepentingan pelayaran yang dilakukan oleh Ibn Battuttah terhadap perkembangan tamadun manusia.

Traveling - it leaves you speechless then turns you into a storyteller - Ibn Battuta
  • Nama sebenar - Muhammad bin Abd Allah al Lawati - lahir 1304M di Tanger, Maghribi.
  • Menghasilkan karya Tuhfat al Nazar
  • Disifatkan sebagai The Prince of Muslim Travellers.                          
 Isi-Isi penting:
1. Karyanya menjadi  sumber sejarah.
  • masyarakat didedahkan dengan aspek-aspek agama, politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan masyarakat di Afrika Barat dan India.
  • Catatan di India berkisar tentang pelbagai kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Hindu   
2. Gambaran tentang negeri Islam 
  • menulis catatan sejarah India semasa pemerintahan Muhammad Tughluq, Anatolia, Afrika Timur dan Barat serta Maldives
  • menulis catatan perjalanan di kota yang dilawati seperti Iskandariah, Damsyik, Makkah, Konstantinopole, Syiraz dan Sifahan
  • menulis catatan tentang Masjidil Haram, Makam Imam dan Kaabah.
3.  Kepentingan karya al-Rihlah
  • menjadi rujukan sarjana Barat dan seluruh dunia
  • diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris The Travel of Ibn Battuttah oleh H.A.R.Gibb, ke bahasa  Belanda, Perancis dan Jerman.

4. Rangsangan kepada pelayar lain
  • pendorong kepada pelayar lain untuk belayar seperti Ibn Hawqal dan Sulayman al Mahri.
5. Bidang Geografi
  • meningkatkan pengetahuan ilmu geografi
  • mencatatkan keadaan geografi sesebuah negara seperti iklim Khtulistiwa tidak sepanas seperti iklim di Afrika Utara
6. Bidang sejarah dan persejarahan 
  • menggarab penulisan dalam persejarahan melalui pertemuan dengan pemerintah tempatan yang dilawati.
  • Mencatat keindahan konstantinople yang dilengkapi dengan pasar dan gudang membeli belah, jalan raya yang indah dan gereja St Sophie
  • Pasai dicatatkan sebagai kawasan yang subur dengan pokok kelapa, cengkih dan gaharu.



Jom Belajar Sejarah !!

Thursday, February 13, 2014

AL MASUDI TOKOH PELAYARAN

Wow... terlalu lama tidak update ruangan jom belajar sejarah ini... Sorry lah, kerana ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...
Hari ini kita akan buat sedikit kajian tentang Penerokaan dalam Islam. Tumpuan kita yang pertama ialah al Masudi.

al- Masudi 
Latarbelakang:
  • Nama sebenar beliau Abu Al Hassan Ali bin Hussayn bin Ali al Masudi.
  • Dilahirkan di Kota Baghdad 895 M dan meninggan 956 M
  • Memulakan pelayaran ke Parsi dan sampai ke India, China, Indochina, Madagascar, Zanzibar dan Oman.
Isi-isi penting ~ sumbangan beliau :

1. Menghasilkan ensiklopedia geografi
  • Menulis ensiklopedia geografi terawal  Muruj al-Dhabab wa Maiadin al-Jawahir
  • menggabungkan ilmu geografi dengan disiplin sejarah
  • Menghuraikan dan menggambarkan keadaan gempa bumi dan perairan Laut  Mati
2. Menyokong Teori Determinisme Alam Sekitar
  • Berpendapat bahawa faktor persekitaran seperti iklim dipengaruhi oleh planet mempunyai  pengaruh yang rapat dengan sikap manusia
  • Matahari dan bulan dikatakan mempengaruhi nasib dan hidup manusia dari utara ~ berbakat tinggi daripada manusia selatan yang lebih suka dengan keadaan aman
3. Gambaran persekitaran India
  • Persisiran pantai Bombay digambarkan melalui karya beliau 
  • Bahan kajian beliau di India ialah gajah, merak, kakak tua, oren dan kelapa
  • Membuat kajian terperinci kawasan-kawasan Makran, Sind, Pantai Barat india 
4. Membetulkan kefahaman para pelaut
  • pelaut-pelaut berpendapat bahawa laut adalah berasingan.
  • Beliau membuktikan semua laut adalah bersambungan seperti Laut Parsi, Laut China, Laut Rom, Laut Syiria
  • Membetulkan kesilapan pelaut-pelaut Arab dengan menjelaskan bahawa Laut Kaspia adalah tidak bersambung dengan Laut Hitam
5. Menjelaskan jarak benua Eropah dengan China
  • menyatakan bahawa jarak ke dua benua ini adalah setengah lingkungan bumi.
  • menamatkan kekeliruan tentang nama-nama sungai yang dilalui semasa pelayaran dan menerangkan keadaan, lokasi , aktiviti masyarakat India.
Rumusan :
  • Beliau adalah tokoh ilmuan yang mampu mengemukakan idea-idea berkaitan geografi dan pelayaran dan membuat revolusi dalam penulisan ilmu sejarah. 
Anda juga boleh membaca :

http://sara.theellisschool.org/worldciv/museum2008/stacyk/index.html




Jom Belajar Sejarah !!