Thursday, February 13, 2014

AL MASUDI TOKOH PELAYARAN

Wow... terlalu lama tidak update ruangan jom belajar sejarah ini... Sorry lah, kerana ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...
Hari ini kita akan buat sedikit kajian tentang Penerokaan dalam Islam. Tumpuan kita yang pertama ialah al Masudi.

al- Masudi 
Latarbelakang:
  • Nama sebenar beliau Abu Al Hassan Ali bin Hussayn bin Ali al Masudi.
  • Dilahirkan di Kota Baghdad 895 M dan meninggan 956 M
  • Memulakan pelayaran ke Parsi dan sampai ke India, China, Indochina, Madagascar, Zanzibar dan Oman.
Isi-isi penting ~ sumbangan beliau :

1. Menghasilkan ensiklopedia geografi
  • Menulis ensiklopedia geografi terawal  Muruj al-Dhabab wa Maiadin al-Jawahir
  • menggabungkan ilmu geografi dengan disiplin sejarah
  • Menghuraikan dan menggambarkan keadaan gempa bumi dan perairan Laut  Mati
2. Menyokong Teori Determinisme Alam Sekitar
  • Berpendapat bahawa faktor persekitaran seperti iklim dipengaruhi oleh planet mempunyai  pengaruh yang rapat dengan sikap manusia
  • Matahari dan bulan dikatakan mempengaruhi nasib dan hidup manusia dari utara ~ berbakat tinggi daripada manusia selatan yang lebih suka dengan keadaan aman
3. Gambaran persekitaran India
  • Persisiran pantai Bombay digambarkan melalui karya beliau 
  • Bahan kajian beliau di India ialah gajah, merak, kakak tua, oren dan kelapa
  • Membuat kajian terperinci kawasan-kawasan Makran, Sind, Pantai Barat india 
4. Membetulkan kefahaman para pelaut
  • pelaut-pelaut berpendapat bahawa laut adalah berasingan.
  • Beliau membuktikan semua laut adalah bersambungan seperti Laut Parsi, Laut China, Laut Rom, Laut Syiria
  • Membetulkan kesilapan pelaut-pelaut Arab dengan menjelaskan bahawa Laut Kaspia adalah tidak bersambung dengan Laut Hitam
5. Menjelaskan jarak benua Eropah dengan China
  • menyatakan bahawa jarak ke dua benua ini adalah setengah lingkungan bumi.
  • menamatkan kekeliruan tentang nama-nama sungai yang dilalui semasa pelayaran dan menerangkan keadaan, lokasi , aktiviti masyarakat India.
Rumusan :
  • Beliau adalah tokoh ilmuan yang mampu mengemukakan idea-idea berkaitan geografi dan pelayaran dan membuat revolusi dalam penulisan ilmu sejarah. 
Anda juga boleh membaca :

http://sara.theellisschool.org/worldciv/museum2008/stacyk/index.html




Jom Belajar Sejarah !!


No comments:

Post a Comment