- Menjelang abad ke 18 muncul ramai ahli ekonomi yang terkenal di England.
- Adam Smith merupakan salah seorang tokoh dalam bidang ekonomi dan falsafah.
- Beliau terkenal melalui bukunya yang ditulis "The Wealth of Nations".
Isi:
1. Idea perdagangan bebas - laissez-faire
- Melalui bukunya Adam Smith telah telah mencetuskan idea tentang perdagangan bebas -laissez-faire
- Menurut beliau, kerajaan tidak harus campur tangan dalam hal ehwal ekonomi dan perdagangan.
- Doktrin laissez faire dikembangkan oleh Adam Smith di England dengan menubuhkan School of Political Economi
- Idea perdagangan bebas yang disebarkan oleh Adam Smith mendapat perhatian ahli-ahli ekonomi seperti Ricardo dan Thomas Maltus.
2. Mengkritik dasar merkantilisme
- Adam Smith mengkritik dasar ekonomi merkantilisme yang diamalkan oleh negara bangsa di Eropah
- Beliau menolak tindakan yang dilakukan oleh negara bangsa untuk mengawal tanah jajahan.
- Tindakan mengawal tanah jajahan secara politik akan menambahkan beban negara induk daripada masalah kwangan.
3. Faedah mutlak
- Dalam karyanya Karl Mark menganjurkan teori yang dikenali sebagai faedah mutlak.
- Menurut beliau adalah tidak praktkal bagi sesebuah negara mengeluarkan barangan yanor iklim dan g boleh didapati dengan murah ditempat lain.
- Beliau menyarakna agar sesebuah negara membuat membuat pengkhususan dalam pengeluaran barangan yang mempunyai faedah mutlak
- Karl Mark juga berpendapat bahawa faedah mutlak juga boleh disebabkan oleh iklim dan struktur tanah.
4. Pengkhususan antarabangsa
- Adam Smith menyatakan juga bahawa perdangan bebas akan meluaskan pasaran dan pengkhusussan kerja
- Perkembangan ini akan menyebabkan berlakunya lebihan hasil yang akan dapat dipasarkan ke luar negara
- Perkembangan ini menunjukkan pengkhususan antarabangsa menjadi sebahagian daripada proses kemajuan sesebuah negara
- Adam Smith juga berpendapat perdagangan bebas akan menambahkan sumber pendapatan sesebuah negara.
- Beliau juga berpendapat perdagangan bebas akan mengurangkan kos pengeluaran dan menyebabkan pengaliran modal ke sektor yang prokuktif.
5. Nilai dan pengelasan masyarakat
- Melalui bukunya The Wealth of Nations, Adam Smith juga turut mengemukakan pandangan mengenai nilai dan pengelasan masyarakat.
- Menurut beliau nilai merujuk kepada kuasa untuk membeli barangan lain.
- Masyarakat dikelaskan kepada tiga, iaitu mereka yang hidup dengan memperoleh sewa, upah dan untung.
Kesimpulan:
- Adam Smith telah mengemukakan idea-idea beliau dalam bidang ekonomi dan ia telah berjaya mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh England pada masa tersebut.
- Malah idea-idea beliau juga telah diterima dan diamalkan oleh negara-negara lain di seliruh Eropah.
Jom Belajar Sejarah !!