Wednesday, December 26, 2012

KERJA KURSUS SEJARAH STPM 2015


Hai... sekolah hampir bermula.. dah ready ke??

Untuk Semester Dua ini nanti, kita juga dikehendaki menjalankan Kerja Kursus. Kerja Kursus ini akan dijalankan sepanjang Semester Dua. Tajuk akan diberikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Sila Klik disini & layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia dan baca maklumat di bawah STPM Baharu.
http://www.mpm.edu.my/

Anda akan didedahkan dengan :


  1. Apa itu Sejarah.
  2. Kaedah Penyelidikan dan Penulisan sejarah.
  3. Penyediaan Cadangan Penyelidikan.
  4. Penyelidikan Bahan.
  5. Penulisan Hasil Penyelidikan

Kerja Kursus (Kerja Projek) 

1 Pengenalan

Kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah STPM (940) merupakan satu daripada komponen 
sukatan pelajaran Sejarah STPM. Setiap calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan,  
calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu wajib melaksanakan tugasan kerja projek 
yang melibatkan penyelidikan sejarah berdasarkan tajuk pilihan mereka sendiri.

Kerja projek adalah satu daripada komponen pentaksiran untuk penggal kedua. Wajaran markah bagi 
komponen kerja projek ini adalah sebanyak 20%. Pada akhir kerja projek calon mesti 
membentangkan esei penyelidikan.   Panjang esei tersebut adalah kira-kira 2500 hingga 3000 patah perkataan, tidak termasuk nota kaki, jadual, rajah, graf, dan bibliografi. 

Panduan dan arahan tugasan kerja projek akan diberikan melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my.  

2 Objektif Kerja projek ini dilaksanakan untuk membolehkan calon: 

(a) memperoleh kemahiran mengumpul, memilih, menilai, dan mentafsir sumber sebagai bukti  
sejarah; 
(b) mengembangkan kemahiran insaniah; 
(c) menganalisis dan merumuskan fakta sejarah secara kritis dan rasional; 
(d) menghayati kepentingan peristiwa, tokoh, isu, dan perubahan sosial dalam masyarakat. 

3 Tema kajian

Calon dikehendaki memilih satu tajuk berdasarkan dua tema yang dikenal pasti pada tahun 
berkenaan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia. Tema-tema tersebut adalah daripada senarai 
di bawah: 

(a) Sejarah ekonomi 
(b) Sejarah kehakiman dan perundangan 
(c) Sejarah ketenteraan  
(d) Sejarah kulinari dan makanan 
(e) Sejarah kumpulan etnik/kaum/klan/suku kaum 
(f)  Sejarah pendidikan 
(g) Sejarah perubatan dan kesihatan 
(h) Sejarah politik 

(i)  Sejarah sains dan teknologi 
(j)  Sejarah seni dan kebudayaan 
(k) Sejarah sukan 
(l)  Sejarah tempat 
(m) Sejarah tokoh 

Calon boleh memilih mana-mana tajuk daripada kajian Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Sejarah 
Islam, dan Sejarah Dunia bermula dari 500 Masihi sehingga 2000 Masihi.  Pemilihan tajuk tidak 
terikat dengan kandungan yang telah dipelajari dalam sukatan pelajaran Sejarah STPM.  









Selamat Bersedia!

maryati rahmani


No comments:

Post a Comment