Saturday, November 7, 2009

NOVEMBER 2009


Hello, selamat berjumpa lagi semua!

Cik gu merasakan bahawa ini adalah saat2 yang paling genting.. Walau bagaimana pun tak apa, Cool.. semuanya dah sedia, cuma tunggu HARI ITU SAHAJA... SPM!!!!!!! KAU TIBA JUGA AKHIRNYA..

Untuk anak2 murid cik gu yang disayangi, Sila dapatkan MODULE TOPIK-TOPIK TerHANGAT dari guru SEjarah kelas masing-masing. Semuanya sudah Cik gu print. Walau bagaimana pun ingat.. baca SEMUA yang cikgu-cikgu dah ajar !!!

Cik gu tak dapat muat turun semua soalan latih tubi dan gerak gempur di sini, namun dapatkan soalan-soalan tersebut dari kelas masing-masing OK!

SEPERKARA LAGI.. SAMBUTAN ULANG TAHUN CONVENT BUKIT NANAS YANG KE 110 pada 8 NOVEMBER 2009. HAPPY BIRTHDAY CBN...

BERAMAI-RAMAILAH KITA WARGA CBN MERAIKANNYA DI SUNWAY SPA & RESORT.


"SIMPLE IN VIRTUE, STEADFAST IN DUTY"
motto kita..


Selamat Malam warga CBN. I LOVE U.


maryati rahmani



Thursday, October 15, 2009

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Assalamualaikum...

HELLo..

Rupini.. selamat Hari Deepavali! Lakhsmi.. Selamat Hari Deepavali.. Sugay.. Selamat Hari Deepavali & semua murid-murid cik gu.. selamat Menyambut Hari Deepavali.

Kepada yang lain2 selamat bercuti hujung minggu yang panjang.



Rupa & jiwa

maryati rahmani
melawati

Thursday, October 8, 2009

7 OKTOBER - PMR D DAY

Salam & Hello,

Betapa cik gu rindu korang semua.....

7 Oktober maka bermulalah PMR & cik gu doakan semuga semua pelajar tersayang lulus dengan cemerlang.

"TIADA KATA SECANTIK BAHASA"! Cik gu mohon maaf kerna skarang x de masa langsung utk update ruangan ini.

MR MAHENDAN THULASY yang bagi talk kat cbn ari tu kata nota yang korang bebudak F5 nak masih dlm proses. Insyallah dlm minggu depan dapat la kot..

SEMOGA SEGALA USAHA DIBERKATI ALLAH swt



Rupa & Jiwa

maryatirahmani

8 oktober 2009

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Hello semua, Cik gu mengucapkan selamat hari raya untuk semua!!!

PY.. selamat hari raya. 4a, 4k, 5n & 5u selamat hari raya..

maaf sekiranya terdapat salah dan silap dari cik gu.. halalkan makan & minum & jika ada terlebih dan terkurang.

Sesungguhnya hari raya kali ini jauh berbeza dari tahun2 yang lalu kerana dia ibu ku yang tercinta telah pergi buat selamanya. Adikku Maryana juga telah pergi kerahmatullah selang 4 hari sebelum ibuku..
Betapa sepinya hati ini. Air mata ini tak pernah henti..


kasih ibu membawa ke syurga.. i love you mom!

al Fatihah...



maryatirahmani
1 syawal = 20 september
melawati

Tuesday, September 1, 2009

SEPTEMBER 1st

Hai- Hai korang.. ada 1 lagu tau zaman 1970an..

lagu zaman orang dulu2, sikit2 lirik dia;

Ku masih ingat perkenalan ku
di bulan september..
september...

HARI INI SEPTEMBER bermula percubaan SPM, STPM
Kemudian tu PMR,
Kemudian SPM & STPM
Kemudian
Peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 & Enam Rendah..

Saya mendoakan semuga korang semua dapat menempuh peperiksaan dengan senang dan beroleh kejayaan yang cemerlang.

Kemudian 16 September pula ialah hari penubuhan Malaysia, iaitu pada 16 September 1963 dimana Malaya (Tanah Melayu), Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk Persekutuan Malaysia. Wbp Singapura kemudiannya telah keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

"SELAMAT MAJU JAYA MALAYSIA: I LOVE YOU"



maryatirahmani

rupa & jiwa yang merdeka
SEPTEMBER 2009

Sunday, August 30, 2009

M.E.R.D.E.K.A.- M.E.R.D.E.K.A - M.E.R.D.E.K.A




MERDEKA - 31 OGOS 1957 - 31 OGOS 2009

Di sini lahirlah sebuah cinta
yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

andai ku terbuang tak diterima
andai aku disingkirkan
ke mana harus ku bawa kan
ke mana harus ku semaikan cinta ini

Bertapak....
Di bumi ini ku melangkah
ke utara selatan timur dan barat
ku jejaki

aku bukanlah se orang perwira
gagah menghunus senjata
namun hati rela berjuang
dengan cara sendiri
demi cinta ini

ku ingin kota seribu janji
sepanjang kedewasaan ini
ku ingin sampaikan pesanan
aku lah penyambung warisan..

"I LOVE YOU MALAYSIA"


maryatirahmani

31 OGos 2009
rupa & jiwa yang merdeka

Thursday, August 27, 2009

RAMADHAN AL MUBARAQ & MERDEKA

Selamat bertemu kembali wahai pelajar yang di kasihi..
Semenjak 2 menjak ini cik gu tersangat sibuk. Macam-macam hal yang perlu dibereskan.

Walau bagaimanapun cik gu nak mengucapkan selamat berpuasa kepada korang semua.

Pas tu nak nak cakap SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN..... MERDEKA !!!!

Syukur kat CBN kita dah selesai.. cik gu tengok korang begitu bersemangat dengan lagu merdeka hari itu.. Pn Goh belum bagi gambar kalau tidak boleh kita tengok sama2.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sambutlah dengan jiwa yang MERDEKA!


maryati rahmani
27 ogos 2009
"aku tetap aku"

Tuesday, August 18, 2009

SELAMAT BERTEMU KEMBALI

Assalamualaikum wbt,

Selamat bertemu kembali setelah lama menghilangkan diri.
lama tak ada sebab - laptop rosak....
- sibuk
- tak ada mood
- demam

Walau bagaimanapun cik gu berharap agar agar anda semua sedang mengulangkaji ...


maryatirahmani

rupa & jiwa yang merdeka
melawati 2009

Thursday, June 4, 2009

MID-YEAR HOLIDAY IN JAPAN




Assalamualaikum & HELLO, HELLO.... MOSHI MOSHI

OOooo di sana anak-anak murid tersayang.. terimakasih di atas ingatan kepada cik gu semasa hari guru di CBN pada 29 Mei. I LOVE YOU!

Cuti cik gu ada banyak kerja, menanda kertas tingkatan 4, 5 dan 6 atas. Walau bagaimanapun on the 7 th JUN I will be in Tokyo and Yokohama, Japan..

CHOTTO MATE KU DA SAI, SAYONARA = goodbye...

SEE YOU on 15th Jun 2009 ANDDD 14th JUN is my BIRTHDAY,


Maryati Rahmani
melawati

Monday, May 25, 2009

AKU MASIH DI SINI

Murid-muridku yang disayangi,

Apalah yang boleh ku lakukan lagi..

namun, segalanya bergantung kepada kemahuan kamu.. ku rasa teramatlah baik jika kita merenungi diri dalam-dalam.. apakah ada kekuatan untuk menghadapi dunia yang penuh cabaran...

kah..kah..kah...

cikgu tak sempat nak update blog ni tetapi.. tetapi tak lupa kepada kamu semua..

I MISS U,

maryatirahmani
tambun tulang
arau perlis.

Monday, May 11, 2009

MID YEAR EXAM - 2009 : GOOD LUCK!


Hi..hi semua anak-anak murid yang cik gu sayangi,

Cik gu mengucapkan selamat menempuh peperiksaan pertengahan tahun & semoga sentiasa mencapai kejayaan yang cemerlang..

Di saat-saat terakhir ini, buatlah ulangkaji secara paling cepat dan ringkas. Cuba jawab soalan-soalan latih tubi..

Sesungguhnya tiada apa yang lebih bernilai daripada pelajaran/ ilmu pengetahuan.

Oleh itu belajarlah sehingga ke titisan darah yang terakhir.. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..

Genggam bara api biar sampai jadi abu.. tapi jangan pula sampai masuk ke hospital....


Hidup tak seindah mimpi,

maryati rahmani
11/5/2009

Tuesday, April 28, 2009

I LOVE YOU - 5 N

JUST WANT TO TELL YOU - 5 N girls... my dear students...

I LOVE YOU "N"

Please do your revision...please......

Please..please..please

Thursday, April 23, 2009

MID YEAR EXAM

Hello, murid-murid yang cik gu kasihi,

Kepada semua tingkatan 5, syukur kerana intevensi II sudah berakhir.. maka tension peperiksaan pun berakhir.. walau bagaimana pun bulan mei ada pulak peperiksaan pertengahan tahun.

Tingkatan empat pula, peperiksaan pertengahan tahun pada bulan ,ei jugak.. jadi belajar dan mengulangkajilah rajin-rajin..

OOO ye, format peperiksaan pertengahan tahun :
  1. Kertas I - objektif 40 soalan - jawab semua
  2. Kertas II - Ada dua bahagian:
  • BAHAGIAN A - Struktur 4 soalan (40 markah ) JAWAB SEMUA
  • BAHAGIAN B - Esei 6 soalan - Pilih untuk jawab 3 soalan sahaja (60 markah)
ESEI :
Bila jawab esei:
  • tolonglah jawab dalam bentuk perenggan.
  • Berilah fakta/isi, huraian & contoh.

Akhir sekali, cik gu sentiasa mendoakan kejayaan anda... guru sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak muridnya..

guru ibarat sebatang lilin dan aku lah lilin itu..membakar diri untuk menerangi orang lain



maryati rahmani,

24/4/2009
Jiwa & rupa

Friday, April 17, 2009

THANKS GOD ITS FRIDAY!

Hello,

Sori semalam 2 ari cikgu tak gi sekolah sebab cik gu demam teruk.

Esok Sabtu kita kena sekolah ganti la... ganti untuk hari raya puasa, ish ..cepatnya masa berlalu.

TOLOONGGGGGGGG lah buat latihan dan hantar buku anda pada masa yabg cik gu minta oke!


setakat ini je, sebab:
cik gu sedih la....


maryati rahmani
17 april 2009

Thursday, April 16, 2009

SELAMAT BERTEMU KEMBALI

Assalamualaimum & Selamat Bertemu Kembali..

Haiiiiiii....

Cik gu sudah lama menghilangkan diri, bukan apa bizi.
Wbp cik gu tetap ingat korang semua.

Homework banyak betul, menanda buku, bawa pemain bola tampar pegi pertandingan, kelab sejarah dan rukun negara dsbnya.

Walaupun cik gu tak de kat sekolah, ttp cik gu minta kamu semua rajin@ mengulangkaji agar tidak lupa apa yang dipelajari.. nah, bila exam senang la kan.

Ok. jumpa lagi..


simple in virtue, steadfast in duty


maryati rahmani
rupa & jiwa
16 april 2009

cik gu

Friday, March 20, 2009

ADA RUPA , BERJIWA BARU


Hi semua..

satu lagi ungkapan yang bermakna;

" Good people do not need laws to tell them to act responsibly, while bad people will find a way around the laws"
- Plato 427 - 347 B.C

maryati rahmani
kuala lumpur

22 mac 2009

SELAMAT MENGULANGKAJI







Hello,

Apa khabar semua? Hari ini cik gu hanya mampu memberi satu ungkapan unuk renungan!

"TRY TO LEARN SOMETHING ABOUT EVERYTHING AND EVERYTHING ABOUT SOMETHING"

-Thomas Henry Huxley 1825 - 1895



Azam dengan bakti,


maryati rahmani
16, jalan p4
melawati
21 mac 2009

Tuesday, March 17, 2009

HOMEWORK "N"JUST DANCE













Disneyland, Anaheim,Cali. USA



Hi CUTI LAGI...Anda buat apa hari ini murid-muridku? Cik gu harap semua home work yang tertangguh dapat disiapkan sepanjang minggu ini.. cuti seminggu daa..macam2 boleh buat.

HANTAR BUKU NOTA DAN BUKU LATIHAN PADA HARI PERTAMA PELAJARAN SEJARAH BILA SEKOLAH BUKA OK!


JUST DANCE, lady gaga, colby & maryati

A red one
Convict
Gaga

I've had a little bit too much
All of the people start to rush.
Start to rush by.
A dizzy twister dance
Can't find my drink or man.
Where are my keys, I lost my phone.
What's going on on the floor?
I love this record baby, but I can't see straight anymore.
Keep it cool what's the name of this club?
I can't remember but it's alright, alright.

[Chorus:]
Just dance. Gonna be okay.
Da-doo-doo-doo
Just dance. Spin that record babe.
Da-doo-doo-doo
Just dance. Gonna be okay.
Duh-duh-duh-duh
Dance. Dance. Dance. Just dance.

Wish I could shut my playboy mouth.
How'd I turn my shirt inside out? Inside out, right.
Control your poison babe
Roses have thorns they say.
And we're all gettin' hosed tonight.
What's going on on the floor?
I love this record baby, but I can't see straight anymore.
Keep it cool what's the name of this club?
I can't remember but it's alright, alright.

[Chorus]

[Colby O'Donis]
When I come through on the dance floor checking out that catalogue.
Can't believe my eyes so many women without a flaw.

And I ain't gonna' give it up, steady tryna pick it up like a call
I'm gonna hit it, I'm gonna hit it and flex and do it until tomorrow, yeah
Shorty i can see that you got so much energy
The way you twirling up them hips round and round
There's no reason at all why you can't leave here with me
In the meantime stay, let me watch you break it down.

[Chorus]

Half Psychotic, Sick hypnotic got my blueprint its symphonic.
Half Psychotic, sick hypnotic got my blueprint electronic.
Half Psychotic, Sick hypnotic got my blueprint its symphonic.
Half Psychotic, sick hypnotic got my blueprint electronic.

Go. Use your muscle, carve it out, work it, hustle
I got it, just stay close enough to get it
Don't slow! Drive it, clean it lysol, bleed it
Spend the last dough
(I got it)
In your Pocko
(I got it)

[Chorus]


HANTAR BUKU NOTA DAN BUKU LATIHAN PADA HARI PERTAMA PELAJARAN SEJARAH BILA SEKOLAH BUKA OK!

Selamat Bercuti, selamat menyiapkan homework n selamat berhiburrr..

miss u very much,

Maryati Rahmani
Kuala Lumpur
17 Mac 2009

Monday, March 16, 2009

SELAMAT BERCUTI 16 MAC 2006
















Hello.. Hai-hai & Assalamualaikum wbt,

Cik gu ucapkan selamat bercuti kepada semua murid2 yang tersayang. Semuga cuti ini dapat lah anda berihat dan menyiapkan mana-mana tugasan yang belum siap..

Ujian pertama baru je lepas, jadi boleh lah nilaikan sejauh mana anda sudah mengulangkaji.

Bagi SEMUA BEKAS_BEKAS PELAJAR cik gu yang sudah mendapat keputusan SPM, TAHNIAH Cik gu ucapkan.. BESTNYA BILA TENGOK SLIP SPM SEMUA A1.. TAHNIAH SEMUA, tak dapat cik gu sebut semua nama kat sini tetapi Syukur kamu semua sudah lepas..

Semuga perjalanan yang seterusnya akan menjadi lebih mudah. Bagi yang akan melanjutkan pelajaran samada dalam negeri atau ke luar negeri berhati-hati lah, hidup ini penuh cobaan,
life is too short, be happy!


Tahniah! Tahniah! Tahniah...

LOVE U & Miss U,


maryati rahmani
kuala lumpur
16 Mac 2009

Wednesday, March 11, 2009

EXAM WEEK - TEST! TEST!









Hi girls..hi 5B, 5N, 4 K n 4A..

Apa khabar semua, minggu ini lepas sukan kita bizi dengan TEST... UJIAN I... Wish u all good luck.. cik gu harap u all lulus dengan baik..

Kemudian cik gu pulak BZ dgn pendaftaran pmr 2009. Weekkkk letih!

Esok RESULT SPM 2008 keluar laa.. cik gu doakan semua yang terbAIK UNTUK ANAK2 MURI D YANG DISAYANGI... perjuangan masih belum tamat! sEMUGA ANDA DAPAT MENREALISASIKAN CITA-CITA ANDA!

bAGI YANG AKAN MENDUDUKI SPM 2009, ESOK BOLEH TENGOK CAMNA DIA ORANG TERJERIT2 KEGEMBIRAAN...

Minggu ini tak de nota baru utk F4.. Hopefully 4k n 4 a will do kerja masa cuti sekolah..

Gambar-gambar ini sengaja cik gu upload sebab cik gu suka suasana yang ini. nostalgik sekali.


I MISS U very MUCH!

maryati rahmani

rupa & jiwa
kuala lumpur
11 mac 2009

Sunday, March 1, 2009

I HATE THIS PART RIGHT HERE, The Pussy Cat Dolls & Maryati

We're driving slow through the snow
On fifth avenue
And right now radio is
All that we can hear

Man we ain't talked since we left
It's so overdue
It's cold outside
But between us
It's worse in here

The world slows down but my heart beats fast right now
I know this is the part where the end starts

I can't take it any longer
Thought that we were stronger
All we do is linger
Slipping through our fingers
I don't want to try now
All that's left is goodbye to
Find a way that I can tell you
I hate this part right here
I hate this part right here
I just can't take your tears
I hate this part right here

Everyday seven takes of the same old scene
Seems we're bound by the laws of the same routine
Gotta talk to you now 'fore we go to sleep
But will we sleep once I tell you what's hurting me

The world slows down but my heart beats fast right now
I know this is the part where the end starts
I can't take it any longer
Thought that we were stronger
All we do is linger
Slipping through our fingers
I don't want to try now
All that's left is goodbye to
Find a way that I can tell you
I hate this part right here
I hate this part right here
I just can't take your tears
I hate this part right here

I know you'll ask me to hold on
And carry on like nothing is wrong
But there is no more time for lies
Cause I see sun set in your eyes

I can't take it any longer
Thought that we were stronger
All we do is linger
Slipping through our fingers
I don't want to try now
All that's left is goodbye to
Find a way that I can tell you

But I gotta do this
I gotta do it
I gotta do it
I hate this part

I gotta do it
I gotta do it
I gotta do it

I hate this part right here
I hate this part right here
I just can't take these tears
I hate this part right here
________________________________________________________________________________________________
Awesome Xavier...good job to Pauline...GREAT WORK Aidan, dont give up..strive harder!!! You can do it, Adele.!!

All you girls cooperated very well on Sports Day...ty...

LOVE YOU MY DEAR CBN-ers,

HAPPY HOLLS

Maryati Rahmani
Cbn- 1 mac 2009

Saturday, February 21, 2009

SELAMAT BERSUKAN & ALL THE BEST TO AIDAN, XAVIER, PAULINE & ADELE




Helo..hai, hai...
SEMUA PELAJAR2 yang cikgu kasihi..




I

Minggu ini kita sibuk sebab "Hari Sukan" kita dekat Stadium Bukit Jalil pada hari Sabtu nanti.
To all AIDAN, XAVIER, ADELE n PAULINE girls, I wish u all the best. May AIDAN BE THE "JUARA" AGAIN.. ha..ha..

AIDAN IS HOT TO GO..H-O-T-T-O-G-G-O!!!!

To all the CHEERLEADERS.. Do ur best.. Cik gu dengar hadiah tahun ini lumayan!

Minggu depan cik gu kursus kat Melaka, tapi ada home work ok.. masa cik gu tak dak tolong buat home work!

Bye..jumpa lagi next week. Selamat bersukan dan cik gu harap semua cheerleaders dapat memeriahkan hari sukan CBN.


Rupa & Jiwa,

maryatirahmani
taman melawati
21 februari 2009

Wednesday, February 18, 2009

THE GREAT WALL OF CHINA





















Hi, 4A dan 4K.. SELAMAT BERTEMU KEMBALI....

Assalamualaikum wbt..

Hari ini cik gu cari beberapa gambar Great Wall untuk anda semua buat kajian.. TEMBOK BESAR CHINA.

Tembok ini dibina oleh Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin u dan telAH diteruskan oleh Dinasti seterusnya.

Panjangnya lebih kurang 5000 km dari Kangsu ke Beijing. Dipercayai diperbuat daripada batu. Lebarnya 4.5 m hingga 9 m.

Pada zaman Dinasti Ming, disambung menjadi 6400km.

Fungsinya untuk mempertahankan wilayah daripada serangan orang Hun (nomad). Pembinaannya menggunakan tenaga yang ramai, lebih kurang 30,000 orang.


















Cik, gu harap anda semua dapat siapka nota tentang BAB 2 - ZAMAN PENINGKATAN TAMADUN ini. Ingatlah bahawa sejarah adalah suatu yang hidup, menarik dan penuh dengan peristiwa. Kebanyakkan kita lupa bahawa SEJARAH BOLEH BERULANG!


SEJARAH : ADA RUPA ADA JIWA

MaryatiRahmani
smkcbn
kuala lumpur 18 feb 2009

Tuesday, February 17, 2009

JUST DANCE & HOMEWORK FOR 4K & 4A














Sebelum buat Homework boleh dengar lagu dulu ek?

Cik gu tak dapat masukkan lyric kat sini . Nyway u gi yahoo lyric, copy la.. JUST DANCE! Tadi dia org tak mau yang feeeeling2....

Hey.. hai..hai 4A & 4K.. Anda apa khabar? 4AAAAAAA and 4KKKKKKK....

Orait cikgu tak sempat tadi.. ini ada home work orait !!!

LATIHAN BAB 2:

ZAMAN PENINGKATAN TAMADUN YUNANI, ROM, INDIA DAN CHINA.


1. Nyatakan cabang-cabang yang terdapat dalam Undang-Undang Rom

i. ______________________________________

ii. ______________________________________

iii. ______________________________________


2. Apakah yang dimaksudkan dengan kebudayaan Hellenistik?

_____________________________________________________________


3. Namakan TIGA kota yang menjadi pusat penyebaran kebudayaan Hellenistik.

i. _______________________________

ii. _______________________________

iii. _______________________________


4. Nyatakan DUA sebab mengapa Shih Huang Ti berjaya menyatukan seluruh seluruh kerajaan kecil China.

i. _______________________________________________


ii. _______________________________________________


5. Namakan TIGA orang tokoh Falsafah Yunani yang terkenal.


i. _________________________________

ii. _________________________________

iii. _________________________________

LATIHAN TAMAT..

Cik gu nak tanya sikit, u all nak cik gu cakap formal ikut skema atau bahasa pasar? Cikgu guna ganti nama "anda" atau "korang"? Bukan apa takut tak dterima...tapi kalau ikut skema je tak "cool" lak kan....

Rajin-rajin buat h/work ek..



Sejarah mewarnai kehidupan kita semua, tidak kira siapa dan di mana. Amatlah malang bagi mereka yang tidak memahami sejarah..

Rupa & Jiwa.


maryatirahmani
kuala lumpur
17 februari 2009

Sunday, February 15, 2009

ROMAN EMPIRE- EMPAYAR ROM














Hi..Hi.. haiii.. An Introduction to Roman Empire.

Selamat Bertemu kembali.. apa khabar u all.. harap semua sihat! Dalam sibuk2, cik gu dapat juga ambik beberapa gambar untuk u all tengok2.

Ini adalah contoh senibina yang ditinggalkan oleh Tamadun Rom.


COLLOSEUM

The most famous symbol of ancient Rome. An arena in which gladiator contests and other spectacles were held. It could seat more than 45,000 people.


AQUADUCT
Aquaduct adalah saliran yang dibina untuk mengairi air di Rom.

The Pont du Gard Aquaduct di Nimes, telah dibina oleh Roman pada abad 19 B.C.
Penggunaan seni pintu gerbang adalah merupakan pemandangan biasa dalam seni bina Rom

. An Introduction to Roman Empire.

Rome, which was to become the most powerful state in the ancient world, started as Etruscan city. Sited on the southen border of Etruria, it grew up at a crossing point on River Tiber.

Rom pada mulanya diperintah oleh Raja-Raja berketurunan Etruscan, tetapi digulingkan dan ditubuhkan REPUBLIK.

Sila Rujuk Ciri-Ciri Republik Rom drp BUKU TEKS. OK

JULIUS CAESAR

Julius Caesar- is renown as one of the greatest generals of all time.
Beliau kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai diktator di Rom dan
Tamatlah zaman Republik..
GAIUS CAESAR JULIUS CAESAR dan

digantikan oleh....


JULIUS CAESAR OCTAVIANS (OCTAVIAN)

- adalah anak angkat Julius Caesar. Diberi gelaran oleh Senat Rom sebagai AUGUSTUS CAESAR. Memakai gelaran MAHARAJA ROM.
Zaman pemerintahan beliau di panggil sebagai Pax- Romana (Roman Peace)
- Zaman Keamanan Rom
.


Hello... anda boleh baca buku teks kalau nak detail.. boleh juga buat rujukan dari The New Book Of Knowledge by Grolier Inc. atau The First Civilizations.. atau cari laman web yang berkaitan.. Lagi interesting!!!

Nanti cik gu sambung lagi, SAYONARA..BYE ! BYE ! Adios..


Sejarah,
ada rupa - jiwa.....

love u,

maryatirahmani
15 Februari 2009
kuala lumpur



Wednesday, February 4, 2009

TAMADUN MESIR

HELLO..HELLO...hello, hai-hai 4A, 4N & 4K...

Hari ni cik gu dah dapat upload gambar.... dua2nya cikgu ambik drp WIKIPEDIA, harap u all boleh check website2 yang menarik yang telah cik gu minta u all cuba...

  • Tamadun Mesir Purba - digelar anugerah drp Sg Nil. Terletak di Lembah Sg Nil
  • Diketuai oleh Firaun yg dibantu oleh golongan bangsawan
  • Firaun berkuasa mutlak -
  • Digelar anak Tuhan Matahari [Amon Re]
  • Susunlapis masyarakat : Firaun, Pembesar/Bangsawan (rahib, jurutulis, tuan tanah), Rakyat bebas ( petani, pedagang dan artisan) hamba
  • percaya kepada konsep politeisme (banyak tuhan)
SUMBANGAN :
  • SENIBINA - pembinaan Piramid - ilham drp Imhotep iaitu saintis, ahli Fizik, arkitek yg mperkenalkan teknik pembinaan dgn menggunakan batu bata. Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera.
  • PENCIPTAAN KERTAS - dicipta drp pokok papyrus yg banyak hidup di Lembah Nil. Penciptaan kertas memudahkan penyimpanan dan meninggalkan pengantungan kpd kepingan batu bata utk menyimpan segala khazanah bangsa.
  • TULISAN HIEROGLIF - berasaskan kombinasi gambar dan simbol berdasarkan bunyi. Sangat ptg dlm proses perkembangan Tamadun Mesir utk tujuan dan tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian, pengutipan cukai dan tujuan agamaan serta amalan ritual.
  • SISTEM PENDIDIKAN - mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak2 drp keluarga atasan. Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. Institusi pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan.Pendidikan bertujuan untuk melahirkan pegawai kerajaan spt jurutulis yg sempurna & terlatih. Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yg boleh menguruskan hal ehwal petrtanian, pengawalan air Sg Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.
  • ILMU PERUBATAN - Melahirkan pengamal perubatan. Mereka berstatus tinggi dlm masy. Mesir purba dan berkhidmat utk firaun & masyarakat. - Kemahiran memumiakan mayat.
  • PERKEMBANGAN ILMU MATEMATIK - seperti algebra, geometri dan astronomi telah digunakan sepenuhnya utk mengawal banjir Sg Nil yg berlaku sekali dalam setahun.Firaun Senuusret III telaH menebusguna kawasan padang pasir dan membina terusan utk mengairkan tanah seluas 10000 hektar.Memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.


LATIHAN STRUKTUR TAMADUN MESIR :
( Sila buat dalam buku latihan)

1. Senaraikan EMPAT nama bandar yang menjadi pusat pemerintahan penting dalam kerajaan Mesir Purba. [ 4 markah]
  • __________________________
  • __________________________
  • __________________________
  • __________________________
2. Nyatakan TIGA perana firaun dalam bidang pemerintahan dan agama [ 3 markah]
  • __________________________
  • __________________________
  • __________________________
3. Nyatakan TIGA fungsi tulisan hieroglif [ 3 markah]
  • __________________________
  • __________________________
  • __________________________

Cik gu ucapkan terima kasih kepada anda semua yang telah menunjukkan minat yang tinggi kerana:
  • belajar sejarah......
  • menyiapkan nota...
  • menyiapkan latihan ....
  • menjadi anak-anak yang baik
  • menjadi warga cbn yang berhemah tinggi
  • seterusnya menjadi bangsa Malaysia yang berketrampilan

simple in virtue, steadfast in duty

love you,

maryati rahmani
cbn04022009












Tuesday, February 3, 2009

SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA

Hi ....Hai..
Hi, Hi.....hari mood ada, cik gu pun macam sihat..tak batuk .... nota Mesopotamia ni tentang sumbangannya.. bahagian ciri-ciri tamadun Mesopotamia, cik gu minta u all buat dalam bentuk peta minda ok.

1. KOD UNDANG2 HAMMURABI

  • digubal semasa Raja Hammurabi
  • Berteraskan hak rajkyat terhadap keadilan
  • hukuman & denda hendaklah setimpal dgn kesalahan
  • ttp berbeza mengikut susunlapis masyarakat
  • mengandungi +/- 282 undang2 yg dipahat pd tembok serta tiang besar
  • rakyat dpt membaca undang2 tersebut
Kepentingan Undang2 Hammurabi
  • menjadi dasar perundangan dlm Tamadun Mesopotamia
  • berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan dikalangan masy pelbagai kaum & dikalangan susunlapis masyarakat itu sendiri
  • membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangkamasa yang panjang
  • dapat mengujudkan perpaduan
  • dapat mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut
2. SISTEM TULISAN
  • Sistem tulisan Mesopotamia dipanggil CUNEIFORM. Bermula dalam bentuk tulisan bergambar
  • Berkembang kepada tulisan berebntuk simbol yg ditulis pd tanah liat
  • kewujudan sistem tulisan membawa kpd sistem pendidikan yg bertujuan melahirkan jurutulis
  • Kehadiran jurutulis membolehkan urusan pentadbiran & perniagaan dicatat /direkodkan
  • Dlm perdagangan kesemua urusan jualbelinya disertakan dengan resit, nota & surat kredit
  • Sistem tulisan melahirkan tradisi kesusasteraan
  • hasil kesusasteraan yg terkenal ialahEpik Gilgamesh- menceritakan ttg pemerintahan, percintaan kehidupan yg kekal abadi & kesaktian
3. PERKEMBANGAN ILMU ASTRONOMI
  • Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang, matahari membawa kepada perkembangan ilmu matematik : sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, membahagi dan punca gandadua
  • Kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri
  • Penguasaan dlm bidang astronomi juga membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta kalendar yag berasaskan sistem solar yag mengandungi 12 bulan dalam satu tahun
4. PERKEMBANGAN ILMU PERUBATAN
  • Perkembangan ilmu perubatan mendpt perhatian khusus semasa zaman Assyria
  • Kerajaan ini begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya
  • 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatelogkan dan disampelkan penggunaannya
  • Cara mengubat penyakit dgn menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sbg panduan kpd pengamal perubatan
5. PENCIPTAAN RODA
  • Roda digunakan dlm menghasilkan kereta kuda s/ada utk tujuan peperangan atau kegunaan semasa aman
  • membolehkan mereka mencipta kincir air untuk mengairkan air ke kawasan kering
6. CIPTAAN ALAT PEBFANGKUTAN
  • mencipta kapal layar
  • menghasilkan pengangkutan beroda
7. MEMPERKENALKAN TEKNIK MEMBUAT BATU BATA DARIPADA TANAH LIAT
  • Dalam senibina mereka mahir mencipta arca dan tiang batu
  • cth patung Raja Gudea
  • arca tiang batu dpt dilihat dalam senibina ziggurat
8. KEPIMPINAN RAJA SARGON
  • mewujudkan Kerajaan AKKAD, empayar yang pertama di dunia
  • Berjaya menakluk dan menyatukan wilayah2 kerajaan Sumeria di Selatan Mesopotamia
  • perintis kepada pembentukan sebuah empayar yang menjadi ikutan pemerintah seterusnya.
SELAMAT BELAJAR


SIMPLE IN VIRTUE, STEADFAST IN DUTY
03022009
convent bukit nanas, kl

maryatirahmani

Tuesday, January 27, 2009

THE FIRST EGYPTIAN KINGDOMS

Around 3000BC, the people living along Nile valley formed into 2 kingdoms. The Upper & Lower Kingdoms. Historians divide the long centuries of Ancient Egyptian into 3 periods:
  1. The Old kingdom
  2. The Middle Kingdom
  3. the New kingdom
The Egyptian state was headed by a king or " PHARAOH/ firaun" who was worshipped as a god. The country was divided into districts, each one under the control of a local prince.

Please look for:

  • Goverment N taxation
  • Egyptian agriculture
  • The family at home
  • Religion and afterlife
  • The Hieroglyphs
Only 5 minutes to study HIS story...& next episode i will write a LOVE STORY...

I LOVE U !

regards,

maryati rahmani ani 
cbn 2009

THE EARLIEST TOOLMAKERS

Hi, Hi, and Hii... I'm not feeling well & my lap top too...

CIVILIZATION -
.... is a difficult word to define...
means much more than growing crops and raising animals; its means more than the invention of writing or the wheel.

No one factor, can account for the rise of what we call civilised society. Each civilization represents an adaption to a unique set of circumstance.

But there is one thing that all civilizations would seem to have in common and that is a
  1. stratified society
  2. a degree of specialization: rules, administrators, soldiers, priests, traders, artisans & peasants
There is no civilization without at least two classes of people; the rich and the poor!!!

THIS, IT SEEMS, IS THE PRICE MANKIND HAS TO PAY FOR BEING CIVILIZED.


love u n wassalam,

maryatirahmani
smkcbn, kl

Thursday, January 22, 2009

TINGKATAN EMPAT - CIRI2 TAMADUN

Tamadun = mudun = madain= madana= tinggi budi bahasa =civilazation = peradaban!

Yep - anda kena tahu apa itu tamadun & ciri-cirinya..

Islam = tamadun mesti merangkumi pembangunan lahiriah & rohaniah.

Ciri2 tamadun ialah:
  1. Petempatan kekal
  2. Kehidupan berorganisasi
  3. Sistem pemerintahan
  4. Pengkhususan pekerjaan
  5. Agama & kepercayaan
  6. Bahasa & sistem tulisan
Kebanyakkan tamadun dunia bermula di lembah sungai ie :
  • Tamadun Mesopotamia - Lembah Sg. Tigris & Sg Euprates
  • Tamadun Mesir - Lembah Sg Nil
  • Tamadun India - Lembah Sg Indus
  • Tamadun China - Lembah Sg Hwang Ho
Kenapa mereka pilih lembah-lembah sungai????

Sebabnya:
  1. Kesuburan tanahnya sesuai untuk pertanian
  2. Adanya kemudahan untuk mendapatkan bekalan air
  3. Mudah untuk mendapat bekalan makanan
  4. Kemudahan pengangkutan dan perhubungan

Cik gu harap anda semua boleh baca & seronok membaca..
Membaca jambatan ilmu dan lakukan sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit..
Sambil-sambil itu dengarlah "LOVE STORY", cik gu tau u all suka, cik gu pun 2x5

Selamat Belajar!

Love;
maryatirahmani
cbn2009
Ok, lima minit

SORRY! SORRY! MAAF! MAAF

Assalamualaikum n hai, hai, hai..

sori la sebab cik gu lama tak jumpa korang, manyak masalah - yang paling besarnya laptop cik gu sudah kong kali kong .... viruses, meletop !!! Sabar je ye.. macam itu lah nak idup, ada ari ok ada ari tak ok.

Wbp cik gu da dpt alternatip baru .. ini la baru dpt jumpa balik. Sebelum terlambat cik gu ucapkan XIN NIN KUAI LER & GONG XI FAA CHAI untuk smua anak murid cik gu yang di kasihi... semua 5B 2008 yang sama-sama makan pizza kat klcc, semua 5U 2009 5N 2009, 4K 2009, 4N 2009 dan 4A 2009.

Untuk 5U & 5N 2009, tolong SIAPKAN LATIHAN BAB DUA yang cik gu bagi...tengok la ye, posted last wik.

Untuk semua 4K, 4N dan 4A u all tengok-tengok latihan bab satu yang akan cik gu bagi nanti.. jangan kata tak dapat @ tak de masa atau tak de komputer kat rumah.... ingat.... " SHARING IS CARING " k



Love,
maryati rahmani
cbn2009

Sunday, January 18, 2009

KENANGAN LALU MENGIMBAS KEMBALI

Hi murid-murid yang cik gu sayangi,

Hari ini cuti la.. cik gu makan-makan-makan, rehat-rehat-rehat, tapi masih ingat dengan korang. Tak pe..buat je latihan yang cik gu bagi... masih belum siapkan. Esok kena hantar, jadi sambil tengok2 juara lagu tu buat la homework same ye.. pas tu esok boleh hantar k.

SEJARAH adalah tentang masa lalu, masa lampau...penceritaan sejarah yang seronok ialah yang penuh bertenaga, penuh emosi, ada gaya dan ada rupa dan ada cerita, betul???
...sebab itu korang kena cari pn maryati!!!! Ha, ha, ha...

Sebenarnya cik gu macam korang juga.. masa 25 tahun dulu kena belajar macam2. fizik, kimia, bio, agama, geog dlln. Sebab itu hari ini cik gu terkenang masa lalu, ada kenangan, ada sejarah di sekolah cik gu SMDSA- MAJU TERUS MAJU.

Kenangan lalu mengimbas kembali - teringat pada cikgu-cikgu, classmates, kawan2 baik, kawan2 istimewa dan semuanya..yang TERSURAT dan TERSIRAT @???## Bangku, meja, Dewan yang cantik, bendera, POKOK ASAM JAWA, asrama, kantin, kari asrama, nasi lemak asrama, roti sapu planta + telor rebus asrama, pak abu kantin, meehoon kantin, nasi lemak lauk sadin, MR HO, MISS TAN, MR RAHMAN DAUD, MR RAHMAN SIAM, USTAZ FOZI, CIK GU SHADIN, CIK GU RAMAN ISMAIL, MR MICHAEL PEACE CORP USA, PN DARIAH, CIK GU BIDIN, CIK GU SITI ENDON, CIK GU HARON.

THANK U VERY MUCH TEACHERS! MAY GOD BLESS YOU!

Untuk kawan-kawan, semoga anda berjaya dan maju terus maju. Pakai baju kuning pi SikKedah bawa periuk, bawa gitar, masa terlalu cepat beredar ....

Miss u,

MaryatiRahmani
Budak Tambun Tulang,
Arau. Perlis.

Friday, January 16, 2009

NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KE DUA

TINGKATAN 5 BAB 2


Soalan Struktur.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan gerakan nasionalisme?

_____________________________[2 markah]

2. Berikan tiga akhbar/ majalah yang diterbitkan oleh Kaum Muda.
[3 markah]

a.____________________
b.____________________
c.____________________

3. Berikan Dua objektif utama KMM ditubuhkan [2 markah]

a.____________________
b.____________________

4. Nyatakan pertubuhan-pertubuhan yang memainkan peranan aktif menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu. [3 markah]

a. _____________________
b. _____________________
c. _____________________

Soalan Esei:

1. Huraikan penentangan Tok Janggut di Kelantan terhadap British. [ 12 markah]

SELAMAT MENJAWAB & HANTARLAH PADA MASA YANG DITETAPKAN!!

Selamat Maju Jaya,

Maryati Rahmani

Thanks God It's Friday..

Hi 5U, 5N juga 5A.
Thanks God it's FRIDAY.
Cik gu rasa dua minggu masa persekolahan berjalan, hari inilah yang paling berat sekali. Sedih pun ada. Tempat ini lah saja untuk cik gu luahkan rasa sedikit sedih.
TERSURAT & TERSIRAT ??@@**ha ha..

Kalau cik gu bagi homework pada 14 November 2008, n telah beritahu juga u all kena buat n kena hantar pada 8 Januari 2009..tapi masih tak buat juga.. AMACAM? Kat mana tak kena?

Aduh bingung juga mikirkan. Walau bagaimana pun cik gu harap yang belum habiskan tu tolong bawa bertenang, buatlah yang terbaik. February nanti ada INTERVENSI, April pun ada INTERVENSI, MEI - MID year exam. August dah trial exam - NOVEMBER ? SPM !!!

Sesuatu perlu dibuat. Penyakit M----mesti diubati dengan VITAMIN R---- Kalau perlu Tambah dosagenya supaya dapat dipertingkatkan daya ketahanan.

Esok sekolah ganti..SELAMAT TAHUN BARU CINA, xian nin kuai ler (? betul)

sayang dari cikgu,
maryati rahmani

Thursday, January 15, 2009

TINGKATAN 5 LATIHAN I

Chupp..chupp.. kalau sape-sape dari F5 yang belum dapat latihan I : Jangan lupa buat K

JAWAB SOALAN STRUKTUR INI daa
Soalan 1
Apakah yang anda faham dengan imperialisme? [ 2 markah]

Soalan 2
Natakan kepentingan Terusan Suez dalam memesatkan imperialisme Barat? [ 3 markah]
i._________________
ii._________________
iii._________________

Soalan 3

Senaraikan faktor-faktor yang membawa imperialisme Barat di Asia Tenggara. [5 markah]

Hokay, cik gu harap ini tidak membebankan u all. Sila rujuk buku teks Ting. 5 m/s 3 - 7.

Selepas ini cik gu da sediakan soalan objektif. SILA DAPATKAN dari saya . AJK sejarah sila jumpa cikgu untuk dapatkan lembaran kerja.

Cik gu harap kau orang semua rajin2 belajar.. kerana sesungguhnya HIDUP TIDAKLAH SEINDAH MIMPI dan TIDAK ADA YANG MUSTAHIL DALAM HIDUP...

BYE.
Maryati Rahmani

HIS - STORY : History

Sorry lama tak update blog. bukan pasai apa cik gu menghadapi masalah teknikal semasa nak sign in.

Murid-murid cik gu yang baru masuk form 4.. kenapa belajar SEJARAHHHHH ? SEJARAH, SEJARAH. HIS story..HIS STORY ..History? Satu subjek yang orang ramai kata membosankan, beku dan tidak ada nilai ekonomi!

Setakat ini cik gu harap semua sudah ada 2 latihan bertulis. Satu soalan struktur dan satu essei. Kalau belum dapat, jumpa cik gu.


ok , jumpa lagi nanti.

Thursday, January 8, 2009

FORUM DISIPLIN DAN MENSYUARAT AGONG RUMAH SUKAN

Hello semua..

Sepatutnya hari ini cik gu ada kelas dengan 4K tapi pagi tadi ada Forum Disiplin. Oleh itu korang tolong tengak apa yang tertinggal untuk lesson ari ini.

Walaupu ada mesyuarat agong Rumah Sukan ari ini Kelas 5N berjalan lancar. AIDAN, XAVIER, PAULINE & ADELE masing-masing besungguh-sungguh mencari peneraju pasukan masing-masing. Mudah-mudahan semua rumah sukan akan bertarung dengan penuh semangat kesukanan. BEGITUPUN SEMANGAT AIDAN TETAP MERAH MEMBARA.

Kelas 5N Cik gu suka tengok lagak & gaya kamu semua yang "macam" syok nak belajar sejarah dengan cikgu. Best agaknya ye.

Minggu depan cik gu akan terangkan teknik untuk menjawab Sejarah SPM OK.

Minggu ini, minggu pertama masih banyak yang korang perlu bereskan ie homework, buku teks, buku tulis, pendaftaran persatuan dan macam-macam lagi..

SELAMAT KEMBALI KE CBN . SELAMAT BELAJAR. SEMUGA KEJAYAAN BERSAMA KALIAN.

SAYANG DARI CIKGU.

Wednesday, January 7, 2009

5U & USA I @ CBN

Hai, Sori hari ini cik gu tak de kelas dengan Form 4.

Pagi cik gu ajar 5U. Respon bagus. I'm happy. Soalan latihan yang diberi ada tiga soalan. Hopefuli semua da dapat soalan. Tolong buat & pasap pada ari Jumaat masa rehat. Harap Deborah tak lupa. Keje masa cuti juga tolong hantar segera. K !

USA I. Tolong Hantar keje masa cuti juga hari Jumaat. Siapkan bahan-bahan TEMA I - MAnusia & Masyarakat. 1 st TEST JAWAB DUA SOALAN TAU. Satu daripadanya diambil drp kerja masa cuti dan @ soalan drp TEMA I 6 atas.

Selamat Belajar/ Selamat Mengulangkaji.

Tuesday, January 6, 2009

GOT HISTORY TEXT BOOK?

Hari ini cik gu nampak kebanyakkan F5 dah dapat text book sejarah, jadi u all boleh terus study. Guna lah BUKU TEKS tu sebab SEMUA SOALAN peperiksaan adalah dibuat berdasarkan buku teks.

FORM 5 - nota Bab 1, 2 dan 3 da beres kan ! TOLONG HANTAR PADA HARI JUMAAT K.

FORM 4 - U all mungkin nxt wik dapat buku teks tu.. tak pe contoh nota bab satu ada cik gu bagi kan..

FORM 6 - Aleih.. u all boleh buat lah.. TEMA satu tu cukup senang.

Cik gu letih ari ini sebab meeting sampai pukul 4 petang balik rumah lambat. Anyway harap2 u all buat apa yang cik gu bagi tahu k.

Monday, January 5, 2009

TAHNIAH & TAHNIAH

Hari ini cik gu masuk kelas 6 Atas Sastera Satu dan 4K. Muka-muka korang nampak positif...ceria! Syokknya cik gu tengok korang. TAHNIAH kepada semua Form 3 girls yang telah berjaya dengan cemerlang dalam PMR.. HEBATLA tu 86 orang dapat semua A. Sekolah dapat tiga anugerah..Wahhhh dapat lonjakan saujana lagi.. LOVE UUU.. Muahhhhh!!!!

Wbp bila dah masuk F 4 teruskan perjuangan.. berikan sepenuh perhatian untuk SPM 2010 okay!

Form 5 tahun ni SPM 2009. Cik Gu harap korang betul-betul ulangkaji la.. jangan tunggu last minit!

FORM 4: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA - ZAMAN PRA SEJARAH

Orait, untuk form 4...helo-helo CBNer
Ini topik kita yang mula-mula kena tahu utk F4 yee.. rajin-rajin la buat nota dan membaca. Kalau F 5 korang kena mula ulangkaji K ...

5U - jgn lupa ULANGKAJI..

ZAMAN PRASEJARAH:

  • masih belum mengenali tulisan
  • tempoh berbeza-beza mengikut tempat
Kajian terhadap zaman prasejarah dibuat melalui kajian terhadap :
  1. artifak - barangan yag digunakan semasa zaman pra sejarah
  2. feature- tinggalan binaan rumah / bangunan yg tidak berubah
  3. ekofak - tinggalan spt tulang, tumbuhan
Tahap-tahap Zaman Prasejarah terdiri dari zaman:
  1. Paleolitik
  2. Mesolitik
  3. Neolitik
  4. Logam iaitu Zaman Gangsa dan Zaman Logam
CIRI-CIRI PALEOLITIK:
  1. Tempat tinggal ialah ditepi sungai, tasik dan dalam gua
  2. Hidup secara nomad dalam kumpulan atau berkelompok
  3. Kegiatan utama- memungut hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan
  4. Tahun menggunakan api
  5. Pakaian dibuat drp kulit binatang & daun kayu
  6. Alatan batu yg digunakan lebih kasar & mementingkan fungsi drp nilai estiteka
CIRI-CIRI MESOLITIK:
  1. Masih tinggal digua dan di pondok2 kayu
  2. Hidup nomad dan secara berkumpulan
  3. Kegiatan utama memburu binatang, memungut hasil hutan dan menangkap ikan
  4. Pandai membuat perahu sebagai pengangkutan dan menangkap ikan
  5. Alatan batu yang digunakan lebih licin dan lebih baik
  6. Kepercayaan animisme dan kehidupan selepas mati
CIRI- CIRI ZAMAN NEOLITIK:
  1. Mula hidup menetap - tepi sungai, gau batu, tepi laut atau tasik
  2. Kegiatan utama bercucuk tanam & menternak binatang
  3. Mula mencipta alat batu yang licin & mempunyai pelbagai fungsi & membuat tembikar
  4. Sistem barter( sistem tukar barang) mula dijalankan
  5. Mula percaya kepada kuasa luar biasa/ unsur ghaib
CIRI-CIRI ZAMAN LOGAM:
  1. Terdapat dua tahap zaman logam iaitu Zaman Gangsa & Zaman Besi
  2. Pandai membuat alat daripada logam, membina rumah drp kayu dan perahu
  3. Perahu utk memudahkan hubungan dagang dan alat pengangkutan
  4. Contoh petempatan Zaman logan ialah Jericho, Jordan, Catal Huyuk, Turki
  5. Mengetahui cara mengebumikan manyat dan menyediakan bekalan kubur spt makanan, alatan besi, tembikar
  6. Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup.

Saturday, January 3, 2009

Back To School My Dear Students

Minggu Pertama ini korang perlu tahu Sukatan PelajaranTingkatan Empat. Semua ada 10 Bab yang kena belajar.

  1. Kemunculan Tamadun Awal Manusia
  2. Peningkatan Tamadun
  3. Tamadun Awal Asia Tenggara
  4. Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah
  5. Kerajaan Islam Di Madinah
  6. Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya
  7. Islam Di Asia Tenggara
  8. Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat
  9. Perkembangan Di Eropah
  10. Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Untuk ujian pertama, korang akan diuji dari Bab 1 hingga Bab 3. Jadi korang baca Bab 1 hingga Bab 3 dan soalan merupakan Objektif dan Subjektif serta Esei.

Objektif - 40 soalan (40 markah)
Subjektif - 2 soalan (60 markah)
Esei - 2 soalan (40 markah)

Semua nota korang perlu siapkan dan mesti di hantar apabila tarikh penghantaran ditetapkan. Nota hendaklah berbentuk peta minda/jadual/rajah, kemas dan menarik, ringkas serta padat.

Berikut soalan subjektif dan cikgu minta korang cuba buat:
  1. Berikan DUA kegiatan ekonomi pada Zaman Paleolitik (2 markah)
  2. Namakan TIGA petempatan Zaman Paleolitik di Malaysia (3 markah)
  3. Berikan TIGA ciri Zaman Neolitik (3 markah)
Berikut soalan esei untuk dicuba:
  1. Zaman Prasejarah boleh dibahagikan kepada beberapa tahap, antaranya ialah Zaman Paleolitik dan Zaman Neolitik. Bandingkan cara hidup manusia pada kedua-dua zaman tersebut (8 markah)
Selamat mencuba!