Minggu Pertama ini korang perlu tahu Sukatan PelajaranTingkatan Empat. Semua ada 10 Bab yang kena belajar.
- Kemunculan Tamadun Awal Manusia
- Peningkatan Tamadun
- Tamadun Awal Asia Tenggara
- Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah
- Kerajaan Islam Di Madinah
- Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya
- Islam Di Asia Tenggara
- Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat
- Perkembangan Di Eropah
- Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Untuk ujian pertama, korang akan diuji dari Bab 1 hingga Bab 3. Jadi korang baca Bab 1 hingga Bab 3 dan soalan merupakan Objektif dan Subjektif serta Esei.
Objektif - 40 soalan (40 markah)
Subjektif - 2 soalan (60 markah)
Esei - 2 soalan (40 markah)
Semua nota korang perlu siapkan dan mesti di hantar apabila tarikh penghantaran ditetapkan. Nota hendaklah berbentuk peta minda/jadual/rajah, kemas dan menarik, ringkas serta padat.
Berikut soalan subjektif dan cikgu minta korang cuba buat:
Objektif - 40 soalan (40 markah)
Subjektif - 2 soalan (60 markah)
Esei - 2 soalan (40 markah)
Semua nota korang perlu siapkan dan mesti di hantar apabila tarikh penghantaran ditetapkan. Nota hendaklah berbentuk peta minda/jadual/rajah, kemas dan menarik, ringkas serta padat.
Berikut soalan subjektif dan cikgu minta korang cuba buat:
- Berikan DUA kegiatan ekonomi pada Zaman Paleolitik (2 markah)
- Namakan TIGA petempatan Zaman Paleolitik di Malaysia (3 markah)
- Berikan TIGA ciri Zaman Neolitik (3 markah)
Berikut soalan esei untuk dicuba:
- Zaman Prasejarah boleh dibahagikan kepada beberapa tahap, antaranya ialah Zaman Paleolitik dan Zaman Neolitik. Bandingkan cara hidup manusia pada kedua-dua zaman tersebut (8 markah)
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment