Tuesday, April 30, 2013

PERLUASAN KUASA BARAT DALAM EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH

Sejak akhir abad ke 15 kuasa Eropah melencarkan gerakan perluasan kuasa besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik & penempatan rakyat mereka di kawasan baru & sehingga akhir abad 
ke - 20, sebahagian besar dunia berada dibawah kekuasaan Barat - Portugis, sepanyol, Britian, Belanda dan Peranchis.


Empayar Turki Uthmaniyah 
Faktor-faktor perluasan kuasa Barat  di  Empayar Turki Uthmaniyah:

1. Persaingan kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk memusnahkan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah.

  •  Kuasa Barat seperti Britian, Peranchis, Russia, Jerman dan Austria- Hungary   bersaing antara satu sama lain untuk menguasai  Empayar Turki Uthmaniyah - 1830, Peranchis menguasai Algeria, Russia terlibat dengan Perang Crimea dan berjaya menewaskan Turki - dan wilayah Romania, Serbia dan Montegnegro memerdekakan dirinya dari Turki - Bosnia Herzegovina dikuasai oleh Austria Hungary.
  • Rusia menghasut wilayah-wilayah Bulgaria, Pulau Crete, Greece supaya menentang Turki Uthmaniyah. 
  • selepas Perjanjian Berlin, Russia telah berjaya menguasai Turkistan, Tajikistan, Kyrgstan, Firghanah, Faniah dan Khuqand.
  • Britian juga menguasai Cyprus, Mesir, teluk Arab dan membuat perjanjian dengan Sheikh Mubaraq al Sabah pada 1899 dan membuat perjanjian  di Hadramawt, bahrain dan Muscat.
  • 1900 - Britaian mengadakan perjanjian dengan penguasa di wilayah di Teluk Arab menghasut penduduk Bulgaria, Kurdis dan Armania supaya menentang kerajaan Turki Uthmaniyah. 
2.  Revolusi perindustrian
  • Menjelang abad ke 18, kuasa Barat memerlukan bahan mentah - Britian memerlukan  arang batu untuk menggerakkan enjin berkuasa wap, lokomotif berenjin kuasa wap, kapal laut berkuasa wap.
  • Pemodal-pemodal eropah telah menanam modal di wilayah2 Turki Uthmaniyah termasuk di Afrika Utara dengan membuka ladang, mengendali lombong, mengimpot buruh dsb.
3.  Bahan mentah
  • Kuasa Barat memerlukan bahan mentah - 1795, British memerlukan bekalan makanan seperti gandum untuk ke Peranchis.
  • Kerajaan Turki Uthmaniyah juga kaya dengan petroleum di Iran dan Iraq. 
  • Pada awal abad ke - 20, penemuan kawasan pengeluaran petroleum di Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain merancakkan lagi penglibatan kuasa besar di kawasan ini. 
4.  Pembinaan Terusan Suez
  • Pembinaan Terusan Suez pada 1689 menyebabkan jalan air antara Eropah dengan Asia menjadi lebih dekat - urusan perdagangan dipercepatkan - perjalanan dipendekkan - kos perdagangan dapat dijimatkan. 
  • British berminat menguasai saham terusan Suez dan benjamin disraeli mengambil tindakan membeli saham kompeni Terusan Suez. 
5.  Agama 
  • Kempen Perang Salib oleh kuasa Barat diteruskan ke atas Empayar Turki Uthmaniyah. 
  • Barat menyemai idea bahawa Islam agama mundur,  anti kemajuan dan tidak berperi kemanusiaan.
6.  Menyebarkan falsafah dan pemikiran Barat
  • Kuasa Barat menyebarkan hilai dan falsafah hidup mereka ke atas masyarakat peribumi. - British di Mesir.
  • Peranchis menekankan konsep kedaulatan dan ketaatan kepada negara dikalangan golongan elit di mesir.
  • barat memuji sesiapa sahaja yang menerima konsep hidup moden, maju, progresif, seperti tanggagapan mereka terhadap Mustafa Kamal Atartuk.
  • sesiaoa yang menolak konsep modenisme dianggap kolot atau ketinggalan zaman.

Bendera Turkey


Pertempuran Ottoman 

Soalan :

Bincangkan faktor-faktor perluasan kuasa Barat di kawasan empayar turki Uthmaniyah pada abad ke - 18 hinggan ke - 20.


Rupa dan Jiwa
30 April 2013


No comments:

Post a Comment