Tuesday, April 30, 2013

PERLUASAN KUASA BARAT DALAM EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH

Sejak akhir abad ke 15 kuasa Eropah melencarkan gerakan perluasan kuasa besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik & penempatan rakyat mereka di kawasan baru & sehingga akhir abad 
ke - 20, sebahagian besar dunia berada dibawah kekuasaan Barat - Portugis, sepanyol, Britian, Belanda dan Peranchis.


Empayar Turki Uthmaniyah 
Faktor-faktor perluasan kuasa Barat  di  Empayar Turki Uthmaniyah:

1. Persaingan kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk memusnahkan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah.

  •  Kuasa Barat seperti Britian, Peranchis, Russia, Jerman dan Austria- Hungary   bersaing antara satu sama lain untuk menguasai  Empayar Turki Uthmaniyah - 1830, Peranchis menguasai Algeria, Russia terlibat dengan Perang Crimea dan berjaya menewaskan Turki - dan wilayah Romania, Serbia dan Montegnegro memerdekakan dirinya dari Turki - Bosnia Herzegovina dikuasai oleh Austria Hungary.
  • Rusia menghasut wilayah-wilayah Bulgaria, Pulau Crete, Greece supaya menentang Turki Uthmaniyah. 
  • selepas Perjanjian Berlin, Russia telah berjaya menguasai Turkistan, Tajikistan, Kyrgstan, Firghanah, Faniah dan Khuqand.
  • Britian juga menguasai Cyprus, Mesir, teluk Arab dan membuat perjanjian dengan Sheikh Mubaraq al Sabah pada 1899 dan membuat perjanjian  di Hadramawt, bahrain dan Muscat.
  • 1900 - Britaian mengadakan perjanjian dengan penguasa di wilayah di Teluk Arab menghasut penduduk Bulgaria, Kurdis dan Armania supaya menentang kerajaan Turki Uthmaniyah. 
2.  Revolusi perindustrian
  • Menjelang abad ke 18, kuasa Barat memerlukan bahan mentah - Britian memerlukan  arang batu untuk menggerakkan enjin berkuasa wap, lokomotif berenjin kuasa wap, kapal laut berkuasa wap.
  • Pemodal-pemodal eropah telah menanam modal di wilayah2 Turki Uthmaniyah termasuk di Afrika Utara dengan membuka ladang, mengendali lombong, mengimpot buruh dsb.
3.  Bahan mentah
  • Kuasa Barat memerlukan bahan mentah - 1795, British memerlukan bekalan makanan seperti gandum untuk ke Peranchis.
  • Kerajaan Turki Uthmaniyah juga kaya dengan petroleum di Iran dan Iraq. 
  • Pada awal abad ke - 20, penemuan kawasan pengeluaran petroleum di Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain merancakkan lagi penglibatan kuasa besar di kawasan ini. 
4.  Pembinaan Terusan Suez
  • Pembinaan Terusan Suez pada 1689 menyebabkan jalan air antara Eropah dengan Asia menjadi lebih dekat - urusan perdagangan dipercepatkan - perjalanan dipendekkan - kos perdagangan dapat dijimatkan. 
  • British berminat menguasai saham terusan Suez dan benjamin disraeli mengambil tindakan membeli saham kompeni Terusan Suez. 
5.  Agama 
  • Kempen Perang Salib oleh kuasa Barat diteruskan ke atas Empayar Turki Uthmaniyah. 
  • Barat menyemai idea bahawa Islam agama mundur,  anti kemajuan dan tidak berperi kemanusiaan.
6.  Menyebarkan falsafah dan pemikiran Barat
  • Kuasa Barat menyebarkan hilai dan falsafah hidup mereka ke atas masyarakat peribumi. - British di Mesir.
  • Peranchis menekankan konsep kedaulatan dan ketaatan kepada negara dikalangan golongan elit di mesir.
  • barat memuji sesiapa sahaja yang menerima konsep hidup moden, maju, progresif, seperti tanggagapan mereka terhadap Mustafa Kamal Atartuk.
  • sesiaoa yang menolak konsep modenisme dianggap kolot atau ketinggalan zaman.

Bendera Turkey


Pertempuran Ottoman 

Soalan :

Bincangkan faktor-faktor perluasan kuasa Barat di kawasan empayar turki Uthmaniyah pada abad ke - 18 hinggan ke - 20.


Rupa dan Jiwa
30 April 2013


Monday, April 22, 2013

IBNU SINA - AVICENNA




Latarbelakang:
  • Dikenali sebagai Avicenna. Meminati ilmu pengetahuan-Ketika berusia 5 tahun telah mempelajari Al Quran dan Bahasa Arab.
  • Mempelajari ilmu kedoktoran ketika berumur 16 tahun.
  • Mempelajari ilmu logik, geometri, astronomi, . Meninggal dunia pada tahun 1037M.
Sumbangan:
  • unik kerana menguasai pelbagai bidang  - teori & praktikal - perubatan. ahli falsafah, ahli sains, ahli muzik, ahli politik, dan ahli agama.
Perubatan :
  • menulis Qanun fi at- Tibb ( Peraturan perubatan) - ensiklopedia  yang lengkap tentang perubatan - 14 jilid. - menyenaraikan ubat-ubatan, penyakit-penyakit.
  • memuatkan penemuan dalam bidang anatomi.
  • Diterjemahkan dalam bahasa Latin oleh Gerald Cremonia, bahasa Sepanyol, Inggeris, Peranchis dan Itali.
  • Dianggap Bapa kedoktoran- dipengaruhi oleh asas teori perubatan Yunani.
  • Mengembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung. 
  • Doktor pertama yang mencatatkan penyakit paru-paru, memberi tanda-tanda penyakit kencing manis.
  • Orang pertama menemui sistem peredaran darah - lebih 600 tahun mendahului William Harvey.
  • merupakan doktor yang bertanggungjawab mengubati penyakit yang serius seperti barah termasuk barah usus.
  • memperkenalkan cara mengubati penyakit jiwa dan tekanan perasaan yang dikenali "psikoterapi".
  • Juga merupakan tokoh falsafah  dan sebaris dengan tokoh seperti Ibn Rusyd dan Al-Farabi.
  • Karya terkenal ialah al Syifaa', menulis Kitab al Hudud, Kitab al Insaaf.
  • berpendapat ilmu  matematik boleh digunakan untuk mengenal tuhan. 
  • Berpendapat muzik adalah satu cabang ilmu matematik. 
  • Dalam bidang geologi orang pertama membincangkan tentang kejadian pembentukan gunung.
  • Dalam bidang kimia, membentangkan teori kemungkinan untuk membentuk kuningan dengan warna putih yang diambil daripada cairan perak atau membentuk perak dengan warna merah hingga seperti warna emas.
  • memberi sumbangan dalam ilmu astronomi.
  • dalam bidang politik, menyifatkan bahawa politik tidak dapat dipisahkan daripada agama - al- Madinah al fadhilah. 

al Qanun fi at Tibb ( Canon of Medicine)



   rupa dan jiwa
 22 april 2013

ZAKAT


  • Zakat berasal drp perkataan Arab - zaka bererti penambahan @ pensucian/perkembangan & kebaikan - memberi dan menambah kemakmuran dan pahala kepada umat Islam - juga bermaksud pembayaran bagi menyucikan jiwa umat Islam.
  • Disebut juga dengan  lafaz nafaqah/ haq dan al-'afw - merupakan rukun Islam yang ketiga.
  • Perkataan zakat telah disebut sebanyak 58 kali dalam al Quran, 32 kali disebut bersendirian, 26 kali disebut beriringan dengan kalimah solat.
  • Dari segi bahasa bermaksud kesuburan/ kesucian/ keberkatan/ kedamaian.
  • Golongan yang berhak menerima zakat : fakir, orang miskin, amil yang menguruskannya, orang muallaf yang dijinakkan hatinya, hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang yang berhutang, orang yang berjihad, orang yang merantau. 
  • diwajibkan sejak permulaan Islam & pada tahun ke 2 Hijrah difardukan secara ijabari / ilzumi - keengganan membayar zakat boleh membawa hukuman bunuh atau dipaksa mebayar oleh pemerintah.
  • Pada zaman Abu Bakar al Siddiq, beliau bersikap tegas ke atas orang yang engkar membayar zakat. contoh apabila penduduk Yaman, Yamamah dan Oman.
  • Perlaksanaannya diteruskan pada zaman Khalifah Umar, Uthman dan Ali.
  • Pada zaman Bani Abbasiyah, zakat telah dibahagikan kepada dua - Zakat Fitrah & Zakat Harta
  • Zakat Fitrah - wajib ditunaikan selepas selesai mengerjakan puasa pada bulan Ramadan.
  • Zakat Harta - ternakan, emas perak, barang dagangan, pertanian.

binatang ternakan yang boleh dizakat


Lembu 

Tuesday, April 16, 2013

SISTEM PENDIDIKAN DI ACHEH

Faktor-faktor yang menyebabkan Acheh berkembang sebagai pusat pendidikan : 




  1. Sultan-sultan Acheh terlibat secara langsung dan meminati serta menaungi kegiatan ilmu pengetahuan - Contoh: Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.
  2. Kehadiran ulama-ulama luar yang menjadi tenaga pelajar dan penasihat sultan. 
  3. Hasil penulisan ulama-ulama Aceh juga telah membantu ke arah perkembangan pendidikan , tersedia teks-teks pendidikan
  4. Pedagang-pedagang yang datang ke Acheh turut memperkembangkan ilmu pengetahuan Islam. - menggalakkan pertumbuhan institusi pengajian di Acheh.
  5. Institusi pengajian yang lengkap dan sistematik  bermula dengan sekolah rendah (rangkang), menengah (muenasah) dan pendidikan tinggi (universiti) - perkembangan nya pesat dan bidang ilmu ialah usuluddin, fikah, tasawuf.
  6. Ramai ulama tempatan muncul seperti Hamzah fansuri, Bukhari al- Jauhari, Abdul Rauf Singkili, Nuruddin al Raniri. Mereka banyak menghasilkan karya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
  7. Aktiviti penterjemahan kitab-kitab bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. 
Institusi Pendidikan di Acheh:
  1. Masjid
  2. Muenasah
  3. Rangkang
  4. Dayah
  5. Universiti
  6. Istana













Rupa dan Jiwa
16 april 2013

EKONOMI ISLAM - PERANAN DAN KEPENTINGAN BAITULMAL

Konsep Baitulmal:

Institusi kewangan yang berperanan menyelenggara segala sumber pendapatan dan perbelanjaan negara serta menjadi tempat penyimpanan barangan yang berharga seperti emas, perak, batu permata, barang perhiasan, harta wakaf.





Peranan dan kepentingan Baitulmal:

1. Membasmi kemiskinan
  • pengagihan zakat kepada golongan yang berhak
  • masalah golongan kurang berkemampuan dapat diselesaikan 
  • mengurangkan jurang sosial
2. Menyediakan keperluan-keperluan asas
  • menyediakan kemudahan asas seperti jalan raya, pelaburan, aktiviti sosial dsb
  • menjadi tanggung jawab sosial kerajaan
  • menjaga kebaikan masyarakat Islam
3. Meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam
  • meningkatkan taraf pendidikan
  • mengeluarkan biasiswa/ bantuan kewangan untuk golongan yang memerlukannya
4. Membayar gaji golongan pegawai kerajaan  dan golongan tentera
  • melarang pemilikan harta rampasan perang
  • tanah tidak bertuan diamanahkan untuk diusahakan
  • Gaji tetap dibayar daripada hasil negara
5. Menjaga harta yang diwakafkan
  • peranan menjaga segala harta negara
  • Harta wakaf merupakan salah satu sumber
  • Menjadi pemegang amanah jika tidak ada waris

Soalan: Terangkan peranan dan kepentingan Baitulmal dalam membangunkan negara Islam.





Rupa dan Jiwa
16april 2013