Tuesday, April 16, 2013

SISTEM PENDIDIKAN DI ACHEH

Faktor-faktor yang menyebabkan Acheh berkembang sebagai pusat pendidikan : 




  1. Sultan-sultan Acheh terlibat secara langsung dan meminati serta menaungi kegiatan ilmu pengetahuan - Contoh: Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.
  2. Kehadiran ulama-ulama luar yang menjadi tenaga pelajar dan penasihat sultan. 
  3. Hasil penulisan ulama-ulama Aceh juga telah membantu ke arah perkembangan pendidikan , tersedia teks-teks pendidikan
  4. Pedagang-pedagang yang datang ke Acheh turut memperkembangkan ilmu pengetahuan Islam. - menggalakkan pertumbuhan institusi pengajian di Acheh.
  5. Institusi pengajian yang lengkap dan sistematik  bermula dengan sekolah rendah (rangkang), menengah (muenasah) dan pendidikan tinggi (universiti) - perkembangan nya pesat dan bidang ilmu ialah usuluddin, fikah, tasawuf.
  6. Ramai ulama tempatan muncul seperti Hamzah fansuri, Bukhari al- Jauhari, Abdul Rauf Singkili, Nuruddin al Raniri. Mereka banyak menghasilkan karya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
  7. Aktiviti penterjemahan kitab-kitab bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. 
Institusi Pendidikan di Acheh:
  1. Masjid
  2. Muenasah
  3. Rangkang
  4. Dayah
  5. Universiti
  6. Istana













Rupa dan Jiwa
16 april 2013

No comments:

Post a Comment