Saturday, November 23, 2013

KERAJAAN AGRARIA - Bincangkan ciri-ciri utama masyarakat agraria di Belanda.

Pengenalan - definisi masyarakat agraria:

Masyarakat agraria merupakan yang bergantung kepada aktiviti pertanian sebagai kegiatan ekonomi mereka. Belanda mengalami perkembangan pertanian pada abad ke 16 dan 17. Mereka menggunakan teknik pertanian yang lebih maju berbanding negara-negara Eropah yang lain. Di antara aktiviti yang mereka jalankan ialah bercucuk tanam seperti  bijirin gandum, barli, oat , mader dan juga kekacang. Mereka juga menjalan kegiatan menternak binatang seperti lembu dan kambing.

Isi - Ciri-ciri masyarakat agraria:

1.Kegiatan ekonomi - Pertanian - bercucuk tanam ; secara ekstensif sayuran seperti ketumbar dan lobak,  bijirin seperti gandum, barli, oat dan rye, tanaman dagang seperti hem, cole dan madder. Kegiatan menternak binatang seperti lembu dan kambing. Hasil ternakan seperti daging dan tenusu.

Penanaman Bunga di Belanda 

Penternakan Lembu Tenusu di Belanda 
Industri tenusu di Holland dan Friesland mengeluarkan keju dan mentega yang terbesar di dunia. Diekspot dalam kuantiti yang banyak ke England, Peranchis dan Sepanyol.

2. Petemptan -Lokasi - terletak di kawasan tepi pantai  yang subur - sesuai untuk pertanian. Contoh kawasan pertanian yang subur seperti wilayah Zeeland, Friesland, Flanders dan Utrech.

3. Sistem pengairan - mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam  sistem pengairan  - Belanda mempunyai kincir angin untuk mengalirkan air ke kawasan pertanian. Membina kincir angin untuk menyalurkan air dari tanah yang ditebus guna untuk tujuan pertanian.


Kincir angin di Belanda 
4. Kesuburan tanah - di  Belanda, petani mempunyai pengetahuan  yang tinggi memelihara dan menggunakan teknik-teknik yang maju untuk menyuburkan tanah seperti; memugar tanah pertanian, menggunakan baja asli, membuang rumput dan tanaman perosak. Mereka menggunakan Sistem Penggiliran Tanaman untuk memelihara kesuburan tanah.

5. Teknoloji - masyarakat agraria di Belanda mempunyai teknologi pertanian yang tinggi seperti ; Sistem Penggiliran Tanaman yang diperkenalkan oleh Townshend. Mereka juga mencipta tenggala dan mesin untuk menampi bijirin. Mereka juga memperkenalkan sistem menanam dengan membuat batas. Melalui sistem ini mereka dapat memastikan tanaman tumbuh dengan subur. Penanaman dalam deretan juga diamalkan seperti madder, hop dan cole.

Kesimpulan :

Masyarakat agraria mempunyai kreativiti dan berdaya saing. Dapat mebangunkan kawasan pertanian mereka dan menjadikan negara mereka sebagai negara pertanian yang maju.


Rupa dan Jiwa
Desa Mahkota!


Tuesday, September 3, 2013

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN NASIONALISME DI INDONESIA

Soalan: Sejauhmanakah pengaruh agama mempengaruhi  peranan dalam perkembangan nasionalisme di Indonesia pada abad ke 19 

Pendahuluan: 

Gerakan nasionalisme merupakan sentimen kecintaan teterhadap negara yang mendorong kepada perjuangan untuk membebaskan tanah air daripada cengkaman kuasa asing. Di Indonesia gerakan ini telah bermula pada  abad ke 19, dan pengaruh agama seperti Hj Ahmad Dahlan, Hj Rasul Omar Said Tjokroaminoto serta Hj Agus Salim merupakah tokoh agama yang berpengaruh dalam menggerakkan nasionalisme di Indonesia.  

Isi:
  1. Pengaruh agama
  2. Peranan bahasa dan kesusasteraan
  3. Pengaruh bidang kewartawanan 
  4. Perkembangan sistem pendidikan dan kemunculan golongan intelektual
  5. Pengaruh dari negara luar                            
                                  - Perkembangan di Mesir
                                  - Revolusi China 1911
                                  - Perjuangan kemerdekaan Filipina
                                  - Revolusi China 1911
                                  - Perang Rusia- Jepun (1904- 1905)

Rumusan:
Pengaruh agama memainkan peranan yang penting dalam perkembangan nasionalisme di Indonesia namun terdapat juga pengaruh lain.

Pendahuluan:

             Gerakan nasionalisme di Indonesia telah bermula pada abad ke 19. Pengaruh agama memainkan peranan yang penting dalam perkembanagn nasionalisme tersebut. Tokoh-tokoh seperti Hj Ahmad Dahlan, Hj Rasul Omar Said Tjokroaminoto serta Hj Agus Salim merupakan antara tokoh agama yang berperanan dalam memperkembangkan nasionalisme di Indonesia.

Isi :
             Pengaruh agama merupakan faktor yang telah mencetuskan nasionalisme di Indonesia. Ini ternyata kerana lebih 90% penduduk Indonesia beragama Islam. Agama Islam ini telah menyatukan semua lapisan masyarakat untuk menentang penjajah. Melalui agama Islam ini masyarakat telah melupakan perbezaan kebudayaan dan keturunan serta semangat kewilayahan mereka. Kehadiran tokoh-tokoh seperti Hj Agus Salim, Hj Rasul Omar Tjokroaminoto serta yang lain menjadi penggerak kepada kebangkitan nasionalisme. Keadaan ini diperkuatkan lagi dengan kewujudan persatuan-persatuan agama seperti Sarekat Islam 1906, Muhammadiyah dan juga Nahdatul Ulama. Oleh itu tidak dapat dinafikan bahawa  pengaruh agama  merupakan faktor  kebangkitan nasionalisme di Indonesia.

             Walau bagaimanapun pengaruh agama bukanlah satu-satunya faktor yang memyebabkan perkembangan nasionalisme ini. Terdapat faktor-faktor lain seperti peranan bahasa dan kesusasteraan. Penggunaan Bahasa Indonesia sebagai Bahasa kebangsaan telah menyebabkan rakyat Indonesia disatukan. Melalui bahasa mereka telah dapat bersatu dan berkomunikasi tentang isea-idea nasionalisme.

             Di samping itu, karya-karya kesusasteraan yang dihasilkan mempunyai mesej  penindasan penjajah Belanda serta kesengsaraan yang dihadapi oleh masyarakat Indonesia juga telah mencetuskan nasionalisme. Antara karya-karya tersebut ialah Kerikil-Krikil yang Tajam oleh Chairil Anwar dan Siti Norbaya karya Marah Rosli.

                 Seterusnya, pengaruh bidang kewartawanan juga membantu kesedaran nasionalisme di Indonesia. Melalui akhbar dan majalah idea-idea nasionalisme disebarkan dengan cepat di kalangan penduduk pribumi. Akhbar-akhbar seperti Medan Priyayi, Utusan Hindia memaparkan tema-tema politik yang membakar semangat nasionalisme di kalangan masyarakat Indonesia.

             Selain daripada itu, sistem pendidikan juga memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia. Sikap penjajah yang pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan tidak puas hati masyarakat. Pada masa yang sama golongan yang telah mendapat pendidikan di Asia Barat serta Eropah yang kembali ke Indonesia telah membawa bersama mereka idea-idea nasionalisme, kemerdekaan serta liberalisme menyemarakkan lagi nasionalisme di Indonesia.

             Pada masa yang sama, pengaruh yang berlaku di negara-negara luar juga telah memberi impak kepada perkembangan nasionalisme di Indonesia. Gerakan Reformasi di Mesir umpamanya yang didokong oleh Sheikh Muhammad Abduh telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Indonesia. Begitu juga tokoh-tokoh seperti Hatta dan Sukarno yang dipengaruhi oleh idea-idea liberalisme dari Barat.

             Seterusnya kejayaan Revolusi China 1911 yang dipimpin oleh Dr Sun Yat Sen serta Chiang Kai Shek, Kebangkitan semangat kebangsaan di Filipina serta perjuangan Mahatma Ghandi di India juga telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Indonesia.  Sementara itu, Perang Russia Jepun1904 juga telah membuka mata orang-orang Indonesis bahawa mereka mampu untuk menghadapi Belanda di Indonesia.

Kesimpulan :

             Berdasarkan penjelasan di atas, tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh agama memainkan peranan yang penting dalam kebangkitan nasionalisme di Indonesia. Walau bagaimanapu, kita tidak boleh menafikan bahawa terdapat faktor-faktor lain seperti bahasa dan kesusasteraan, pendidikan, peranan akhbar, kemunculan golongan intelektual serta pengaruh luar telah mempengaruhi nasionalisme di Indonesia sehinggalah mereka berjaya mencapai kemerdekaan daripada Belanda pada 27 Ogos  1949.



Rupa & Jiwa
September 2013

Tuesday, April 30, 2013

PERLUASAN KUASA BARAT DALAM EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH

Sejak akhir abad ke 15 kuasa Eropah melencarkan gerakan perluasan kuasa besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik & penempatan rakyat mereka di kawasan baru & sehingga akhir abad 
ke - 20, sebahagian besar dunia berada dibawah kekuasaan Barat - Portugis, sepanyol, Britian, Belanda dan Peranchis.


Empayar Turki Uthmaniyah 
Faktor-faktor perluasan kuasa Barat  di  Empayar Turki Uthmaniyah:

1. Persaingan kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk memusnahkan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah.

  •  Kuasa Barat seperti Britian, Peranchis, Russia, Jerman dan Austria- Hungary   bersaing antara satu sama lain untuk menguasai  Empayar Turki Uthmaniyah - 1830, Peranchis menguasai Algeria, Russia terlibat dengan Perang Crimea dan berjaya menewaskan Turki - dan wilayah Romania, Serbia dan Montegnegro memerdekakan dirinya dari Turki - Bosnia Herzegovina dikuasai oleh Austria Hungary.
  • Rusia menghasut wilayah-wilayah Bulgaria, Pulau Crete, Greece supaya menentang Turki Uthmaniyah. 
  • selepas Perjanjian Berlin, Russia telah berjaya menguasai Turkistan, Tajikistan, Kyrgstan, Firghanah, Faniah dan Khuqand.
  • Britian juga menguasai Cyprus, Mesir, teluk Arab dan membuat perjanjian dengan Sheikh Mubaraq al Sabah pada 1899 dan membuat perjanjian  di Hadramawt, bahrain dan Muscat.
  • 1900 - Britaian mengadakan perjanjian dengan penguasa di wilayah di Teluk Arab menghasut penduduk Bulgaria, Kurdis dan Armania supaya menentang kerajaan Turki Uthmaniyah. 
2.  Revolusi perindustrian
  • Menjelang abad ke 18, kuasa Barat memerlukan bahan mentah - Britian memerlukan  arang batu untuk menggerakkan enjin berkuasa wap, lokomotif berenjin kuasa wap, kapal laut berkuasa wap.
  • Pemodal-pemodal eropah telah menanam modal di wilayah2 Turki Uthmaniyah termasuk di Afrika Utara dengan membuka ladang, mengendali lombong, mengimpot buruh dsb.
3.  Bahan mentah
  • Kuasa Barat memerlukan bahan mentah - 1795, British memerlukan bekalan makanan seperti gandum untuk ke Peranchis.
  • Kerajaan Turki Uthmaniyah juga kaya dengan petroleum di Iran dan Iraq. 
  • Pada awal abad ke - 20, penemuan kawasan pengeluaran petroleum di Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain merancakkan lagi penglibatan kuasa besar di kawasan ini. 
4.  Pembinaan Terusan Suez
  • Pembinaan Terusan Suez pada 1689 menyebabkan jalan air antara Eropah dengan Asia menjadi lebih dekat - urusan perdagangan dipercepatkan - perjalanan dipendekkan - kos perdagangan dapat dijimatkan. 
  • British berminat menguasai saham terusan Suez dan benjamin disraeli mengambil tindakan membeli saham kompeni Terusan Suez. 
5.  Agama 
  • Kempen Perang Salib oleh kuasa Barat diteruskan ke atas Empayar Turki Uthmaniyah. 
  • Barat menyemai idea bahawa Islam agama mundur,  anti kemajuan dan tidak berperi kemanusiaan.
6.  Menyebarkan falsafah dan pemikiran Barat
  • Kuasa Barat menyebarkan hilai dan falsafah hidup mereka ke atas masyarakat peribumi. - British di Mesir.
  • Peranchis menekankan konsep kedaulatan dan ketaatan kepada negara dikalangan golongan elit di mesir.
  • barat memuji sesiapa sahaja yang menerima konsep hidup moden, maju, progresif, seperti tanggagapan mereka terhadap Mustafa Kamal Atartuk.
  • sesiaoa yang menolak konsep modenisme dianggap kolot atau ketinggalan zaman.

Bendera Turkey


Pertempuran Ottoman 

Soalan :

Bincangkan faktor-faktor perluasan kuasa Barat di kawasan empayar turki Uthmaniyah pada abad ke - 18 hinggan ke - 20.


Rupa dan Jiwa
30 April 2013


Monday, April 22, 2013

IBNU SINA - AVICENNA




Latarbelakang:
  • Dikenali sebagai Avicenna. Meminati ilmu pengetahuan-Ketika berusia 5 tahun telah mempelajari Al Quran dan Bahasa Arab.
  • Mempelajari ilmu kedoktoran ketika berumur 16 tahun.
  • Mempelajari ilmu logik, geometri, astronomi, . Meninggal dunia pada tahun 1037M.
Sumbangan:
  • unik kerana menguasai pelbagai bidang  - teori & praktikal - perubatan. ahli falsafah, ahli sains, ahli muzik, ahli politik, dan ahli agama.
Perubatan :
  • menulis Qanun fi at- Tibb ( Peraturan perubatan) - ensiklopedia  yang lengkap tentang perubatan - 14 jilid. - menyenaraikan ubat-ubatan, penyakit-penyakit.
  • memuatkan penemuan dalam bidang anatomi.
  • Diterjemahkan dalam bahasa Latin oleh Gerald Cremonia, bahasa Sepanyol, Inggeris, Peranchis dan Itali.
  • Dianggap Bapa kedoktoran- dipengaruhi oleh asas teori perubatan Yunani.
  • Mengembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung. 
  • Doktor pertama yang mencatatkan penyakit paru-paru, memberi tanda-tanda penyakit kencing manis.
  • Orang pertama menemui sistem peredaran darah - lebih 600 tahun mendahului William Harvey.
  • merupakan doktor yang bertanggungjawab mengubati penyakit yang serius seperti barah termasuk barah usus.
  • memperkenalkan cara mengubati penyakit jiwa dan tekanan perasaan yang dikenali "psikoterapi".
  • Juga merupakan tokoh falsafah  dan sebaris dengan tokoh seperti Ibn Rusyd dan Al-Farabi.
  • Karya terkenal ialah al Syifaa', menulis Kitab al Hudud, Kitab al Insaaf.
  • berpendapat ilmu  matematik boleh digunakan untuk mengenal tuhan. 
  • Berpendapat muzik adalah satu cabang ilmu matematik. 
  • Dalam bidang geologi orang pertama membincangkan tentang kejadian pembentukan gunung.
  • Dalam bidang kimia, membentangkan teori kemungkinan untuk membentuk kuningan dengan warna putih yang diambil daripada cairan perak atau membentuk perak dengan warna merah hingga seperti warna emas.
  • memberi sumbangan dalam ilmu astronomi.
  • dalam bidang politik, menyifatkan bahawa politik tidak dapat dipisahkan daripada agama - al- Madinah al fadhilah. 

al Qanun fi at Tibb ( Canon of Medicine)



   rupa dan jiwa
 22 april 2013

ZAKAT


  • Zakat berasal drp perkataan Arab - zaka bererti penambahan @ pensucian/perkembangan & kebaikan - memberi dan menambah kemakmuran dan pahala kepada umat Islam - juga bermaksud pembayaran bagi menyucikan jiwa umat Islam.
  • Disebut juga dengan  lafaz nafaqah/ haq dan al-'afw - merupakan rukun Islam yang ketiga.
  • Perkataan zakat telah disebut sebanyak 58 kali dalam al Quran, 32 kali disebut bersendirian, 26 kali disebut beriringan dengan kalimah solat.
  • Dari segi bahasa bermaksud kesuburan/ kesucian/ keberkatan/ kedamaian.
  • Golongan yang berhak menerima zakat : fakir, orang miskin, amil yang menguruskannya, orang muallaf yang dijinakkan hatinya, hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang yang berhutang, orang yang berjihad, orang yang merantau. 
  • diwajibkan sejak permulaan Islam & pada tahun ke 2 Hijrah difardukan secara ijabari / ilzumi - keengganan membayar zakat boleh membawa hukuman bunuh atau dipaksa mebayar oleh pemerintah.
  • Pada zaman Abu Bakar al Siddiq, beliau bersikap tegas ke atas orang yang engkar membayar zakat. contoh apabila penduduk Yaman, Yamamah dan Oman.
  • Perlaksanaannya diteruskan pada zaman Khalifah Umar, Uthman dan Ali.
  • Pada zaman Bani Abbasiyah, zakat telah dibahagikan kepada dua - Zakat Fitrah & Zakat Harta
  • Zakat Fitrah - wajib ditunaikan selepas selesai mengerjakan puasa pada bulan Ramadan.
  • Zakat Harta - ternakan, emas perak, barang dagangan, pertanian.

binatang ternakan yang boleh dizakat


Lembu 

Tuesday, April 16, 2013

SISTEM PENDIDIKAN DI ACHEH

Faktor-faktor yang menyebabkan Acheh berkembang sebagai pusat pendidikan : 




  1. Sultan-sultan Acheh terlibat secara langsung dan meminati serta menaungi kegiatan ilmu pengetahuan - Contoh: Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.
  2. Kehadiran ulama-ulama luar yang menjadi tenaga pelajar dan penasihat sultan. 
  3. Hasil penulisan ulama-ulama Aceh juga telah membantu ke arah perkembangan pendidikan , tersedia teks-teks pendidikan
  4. Pedagang-pedagang yang datang ke Acheh turut memperkembangkan ilmu pengetahuan Islam. - menggalakkan pertumbuhan institusi pengajian di Acheh.
  5. Institusi pengajian yang lengkap dan sistematik  bermula dengan sekolah rendah (rangkang), menengah (muenasah) dan pendidikan tinggi (universiti) - perkembangan nya pesat dan bidang ilmu ialah usuluddin, fikah, tasawuf.
  6. Ramai ulama tempatan muncul seperti Hamzah fansuri, Bukhari al- Jauhari, Abdul Rauf Singkili, Nuruddin al Raniri. Mereka banyak menghasilkan karya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
  7. Aktiviti penterjemahan kitab-kitab bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. 
Institusi Pendidikan di Acheh:
  1. Masjid
  2. Muenasah
  3. Rangkang
  4. Dayah
  5. Universiti
  6. Istana













Rupa dan Jiwa
16 april 2013

EKONOMI ISLAM - PERANAN DAN KEPENTINGAN BAITULMAL

Konsep Baitulmal:

Institusi kewangan yang berperanan menyelenggara segala sumber pendapatan dan perbelanjaan negara serta menjadi tempat penyimpanan barangan yang berharga seperti emas, perak, batu permata, barang perhiasan, harta wakaf.





Peranan dan kepentingan Baitulmal:

1. Membasmi kemiskinan
  • pengagihan zakat kepada golongan yang berhak
  • masalah golongan kurang berkemampuan dapat diselesaikan 
  • mengurangkan jurang sosial
2. Menyediakan keperluan-keperluan asas
  • menyediakan kemudahan asas seperti jalan raya, pelaburan, aktiviti sosial dsb
  • menjadi tanggung jawab sosial kerajaan
  • menjaga kebaikan masyarakat Islam
3. Meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam
  • meningkatkan taraf pendidikan
  • mengeluarkan biasiswa/ bantuan kewangan untuk golongan yang memerlukannya
4. Membayar gaji golongan pegawai kerajaan  dan golongan tentera
  • melarang pemilikan harta rampasan perang
  • tanah tidak bertuan diamanahkan untuk diusahakan
  • Gaji tetap dibayar daripada hasil negara
5. Menjaga harta yang diwakafkan
  • peranan menjaga segala harta negara
  • Harta wakaf merupakan salah satu sumber
  • Menjadi pemegang amanah jika tidak ada waris

Soalan: Terangkan peranan dan kepentingan Baitulmal dalam membangunkan negara Islam.





Rupa dan Jiwa
16april 2013

Friday, March 29, 2013

CONTOH-CONTOH SOALAN STPM 940/2

Hello, cuti hampir berakhir. Semuga semua mendapat cukup rehat & telah mengisi masa cuti dengan   mengulangkaji sebaik mungkin serta mengisi masa dengan kerja-kerja yang berfaedah.

Semoga pelajar-pelajar semua tidak menghabiskan masa dengan FB semata-mata. Sesungguhnya masa depan sangat penting. Belajarlah, tuntutlah ilmu sebaik mungkin - ilmu dunia maupun  ilmu akhirat. 

Jadilah manusia yang memenafaatkan ilmu. Gunakan ilmu untuk kemajuan dan kepentingan manusia sejagat. Jauhi sifat amarah, fitnah- memfitnah sesama sendiri.

Sepanjang Februari dan Mac, terlalu banyak peristiwa berlaku... antaranya yang paling menyayat hati ialah Serangan di Lahad Datu..

Alhamdulillah, sebagai guru saya telah menjalankan tugas saya .. Saya harap semua pelajar saya dapat menghayati BAB 7 : PERTAHANAN dan PEPERANGAN DALAM ISLAM. Bagi yang bukan Islam, saya harap anda juga dapat memahami dan menghayati konsep peperangan dalam Islam .

Sebelum sekolah bermula, sila ke kedai buku untuk dapatkan Modul dan contoh soalan dan jawapan  STPM penggal 2. Semoga ianya dapat memberi idea sedikit sebanyak tentang soalan yang bakal di uji nanti. JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA, NANTI HABIS DIBELI ORANG.

Modul soalan dan  jawapan untuk latihan 


contoh soalan 

contoh jawapan 


Lepas penat belajar... apa kata makan cokodok dengan teh panas!!



Jom belajar sejarah !!


rupa dan jiwa 
30 mac 2013













Thursday, March 21, 2013

ETIKA PEPERANGAN DALAM ISLAM

Hello... apa khabar semua setelah lama tidak bersua... keputusan peperiksaan telah pun diumumkan . Saya sangat berbangga dengan pencapaian anak-anak murid dan kepada yang berjaya mendapat semua A dalam STPM 2013 diucapkan TAHNIAH. Tahniah ..... kepada yang tidak berjaya, cuba lagi dan  jangan sia-siakan masa muda anda ..

Hari ini tajuk kita ialah ETIKA peperangan dalam Islam,
terbahagi kepada 3 situasi :
  1. etika sebelum peperangan 
  2. etika semasa peperangan
  3. etika selepas peperangan 

Sewaktu di medan perang beberapa prinsip atau etika yang diajar oleh Islam :

  • Ketaatan kepada perintah ketua - contohnya Perang Uhud. 
  • Disamping kekuatan fizikal, keberanian, ilmu pengetahuan , Nabi Muhammad saw mengingatkan tentera Islam supaya sentiasa mengingati Allah dan memohon pertolongan Allah. contoh : Perang Badar.
  • Perjuangan hendaklah dengan dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dengan kerelaan hati dan bukan untuk mendapatkan ganjaran.
  • Sanggup menghadapi apa saja rintangan untuk menegakkan agama Allah.
  • Berjuang dan berperang semata-mata kerana tanggungjawab dan kewajipan kepada agama Islam.
  • Bermesyuarat untuk membuat apa saja tindakan atau keputusan.
  1. Mengajak manusia kepada Islam  sebelum memeranginya - contoh zaman Abu Bakar al Siddiq.
  2. Islam hanya membenarkan umatnya berperang dan memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu - Contoh ketika Perang Badar.
  3. Tentera Islam tidak boleh memerangi orang yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya - kanak-kanak, wanita, orang cacat, orang tua, paderi - golongan ini tidak dikenakan jizyah.
  4. Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah - Contoh ketika mengepung Kota Taif.
  5. Islam menetapkan etika tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah, kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai.
  6. Islam juga melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh - seperti mencencang mayat atau musuh yang terbunuh.
  7. Sebarang perjanjian damai wajib ditaati - contoh ketika pembukaan Kota Makkah pada tahun 8 Hijrah.
  8. Islam menganjurkan agar tawanan perang dilayan dengan baik - kaedah berdakwah yang diajar oleh Nabi Muhammad saw - contoh tawanan semasa Perang Badar.



Sila buat rujukan  dan jawab soalan ini:

1. Bincangkan prinsip-prinsip yang wajar dipatuhi oleh oleh tentera Islam sewaktu di medan perang.

“When it is obvious that the goals cannot be reached, don't adjust the goals, adjust the action steps”                                                                                                                               
                                                                                                                        - Confucius


maryatirahmani
rupa dan jiwa
2132013



PERTAHANAN - JIHAD

Hello... dalam bab ni korang kena faham konsep pertahanan yang merangkumi Jihad, Peperangan dan kepimpinan.

Harapan saya perincikan nota yang saya bagi ini..

Konsep JIHAD:- 

  1. Pengerahan segenab tenaga manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diingini @ menolak sesuatu yang dibenci.
  2. Penumpuan segala tenaga & usaha untuk mencapai suatu cita-cita ; menegakkan syiar Islam
  3. perjuangan di jalan Allah - fisabilillah.
Jenis-Jenis Jihad:
  1. Jihad nyawa & tenaga
  2. Jihad harta
  3. jihad akal fikiran
  4. jihad ilmu
  5. Jihad menentang golongan munafik
  6. Jihad menentang kemungkaran dan mempeertahankan kebenaran.

maryatirahmani
rupa dan jiwa
21 mac 2013

Wednesday, February 20, 2013

PEMERINTAHAN PUSAT & WILAYAH ZAMAN KHULAFA' al RASYIDIN

Hi... jumpa lagi di celah-celah kesibukan setiap hari.  Hari ini kita akan bincangkan pemerintahan Pusat dan wilayah di zaman Khulafa' al Rasyidin..

Madinah Main gate

Latarbelakang :
- Terbentuk secsara rasmi pada 632 H. Abu Bakar ialah khalifah pertama.
- Empat oranf sahabat yang menjadi khalifah:

  1. Abu Bakar al Siddiq
  2. Umar al-Khattab
  3. Uthman bin Affan
  4. Ali bin Abi Talib
Struktur pemerintahan Pusat:
- Madinah ialah pusat pemerintahan
- kekuasaan nya tidak bersifak mutlak & khalifah perlu membuat ijtihad.
- dasar akan diputuskan oleh majlis Syura.
- Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi di zaman Umar al Khattab.
- khalifah merupakan panglima tertingga tentera
- ibu pejabat baitul mal ditubuhkan  & segala sumber pendapatan dan laporan kewangan daripada tanah jajahan akan dihantar melalui gabenor setiap wilayah kepada khalifah setiap tahun.

Struktur pemerintahan Wilayah:           

- Semasa Abu Bakar al Siddiq negara Islam dibahagikan kepada 10 daerah :
  1. Makkah
  2. Ta'if
  3. Yaman
  4. Hadramawt
  5. Khakwan
  6. al Jund
  7. Najran
  8. Zabid
  9. Bahrin
  10. Jarsh
Struktur pemerintahan Wilayah diperkemaskan semasa Umar al Khattab. - kempen perluasan kuasa &  negara Islam dibahagikan kepada 8 buah wilayah utama:
  1. Madinah
  2. Makkah
  3. Syam
  4. Mesopotamia
  5. Iran
  6. Iraq
  7. Mesir 
  8. Palestin
-   Tiap-tiap negeri mempunyai ibu negeri/ pusat pemerintahan & Umar telah membentuk satu sistem birokrasi yang sistematik.
- Setiap wilayah diperintah oleh gabenor yang akan dibantu oleh setiausaha.
- Beberapa jabatan ditubuhkan seperti Setiausaha Tentera, Pegawai Cukai, Pegawai Polis, Pegawai pembendaharaan negara.
- Semua pegawai wajib melaporkan jumlah hartab sebelum dan setelah selesai menjalankan tanggungjawab.
- setiap wilayah didirikan cawangan baitulmal bagi memudahkan urusan pendapatan dan perbelanjaan negara.



SOALAN : Terangkan struktur pentadbiran kerajaan Islam Madinah pada zaman Khulafa' al Rasyidin. (20m)


RUPA dan JIWA
21 Feb 2013

Wednesday, January 16, 2013

PERKEMBANGAN DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM




Masjid al-Haram (The Holy Mosque) – Saudi Arabia

Hi... jumpa lagi... sori lama tak upload cerita dan bahan... email saya kena hijack!! dan banyak perkara yang perlu dibereskan. VLE pun merupakan puncanya...

Walaubagaimana pun, kita akan bincangkan perkembangan dan perubahan masyarakat di semenanjung Tanah Arab selepas kedatangan Islam:

  1. Daripada mata pedang kepada perdamaian - Kedatangan Islam membawa perubahan baru iaitu  peperangan telah digantikan dengan perdamaian - segala bentuk permusuhan telah dihapuskan - sebelum kedatangan Islam peusuhan adalah lumrah, peperangan adalah jalan penyelasaiannya.
  2. Kekuatan individu terhadap undang-undang -  Selepas kedatangan Islam, masyarakat diikat oleh undang-undang yang ditentukan oleh Allah s.w.t. berbanding dengan zaman jahiliah di mana manusia tidak terikat dengan undang-undang khusus.
  3. Balas dendam kepada qisas (pampasan) - Islam telah mengajar masyarakat supaya bersikap luhur  dan pemaaf agar dapat memupuk masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. Sifat berdendam, amalan menuntut bela, bunuh membunuh dihapuskan.
  4. Membentuk masyarakat yang suci dan halal -Islam mengajar masyarakat menjauhi perkara-perkara haram dan membentuk masyarakat yang suci.
  5. Membentuk masyarakat yang jujur dan boleh dipercayai - menuntut masyarakatnya jujur, ikhlas dan boleh dipercayai . sebelum Islam mereka hidup dengan merompak, merampas dan menipu.
  6. Memupuk keberanian dan kekuatan mempertahankan bangsa dan tanah air - Islam tidak membenarkan umat dan tanah airnya dijajah oleh kuasa lain. dengan semangat ini orang Arab beangkit dan berkembang ke Rom dan Farsi. semasa jahiliah, mereka mengasingkan diri dan takut menghadapi kuasa besar seperti rom dan Parsi.
  7. Membentuk masyarakat yang bertanggung jawab keatas diri sendiri - berbuat kebaikan dan membuang sifat kesukuan.
  8. Menyembah Allah yang satu / mengesakan tuhan - Islam mengajar umatnya percaya kepada Allah s.w.t. berbanding dengan kepercayaan jahilliah.
  9. Memuliakan wanita dan meletakkan mereka di tempat tinggi dalam masyarakat - kedudukan wanita & lelaki sama disisi Allah serta dapat mewarisi harta pusaka.
  10. Melahirkah persamaan taraf di kalangan manusia - status manusia di sisi Allah adalah sama. Darjatnya disisi Allah adalah bergantung kepada ketakwaan kepada Allah s.w.t.
Cordoba Cathedral – The Mezquita – Spain

The Umayyad Mosque – Damascus


Rupa & Jiwa
bukit nanas 2013

Wednesday, January 9, 2013

KERJA KURSUS SEJARAH 2015

Hi .... apa khabar semua? Semoga baik-baik saja! Maaf ye kita tak ada di Nazareth hari ini dan besok  kerana menghadiri Taklimat Kerja Kursus Sejarah... Balik nanti kena beri tahu korang semua tentang apa yang nak kena buat...

Satu benda yang kita nak bagi tau... korang mesti menulis kerja kursus sejarah ni dengan menggunakan Bahasa Malaysia. Penggunaaan laras bahasa dan gaya bahasa yang betul amatlah penting!!

Jadi... kat sini kita berbahasa main-main aje... takut korang boring... tapi dalam EXAM atau KERJA KURSUS buat betul=betul ekkk!!

SILA RUJUK PORTAL MPM http://www.mpm.edu.my/manual-pbs



PEPERIKSAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah

KERJA KURSUS SEJARAH 
Kertas 4 (940/4)

Penggal 2
MANUAL CALON SEKOLAH 

Sila layari 



dan PRINT MANUAL INI !! 



APABILA SIAP DICETAK, FAHAM-FAHAMLAH MESTI BACA !!






maryatirahmani